28/11/2025
Cerita Pengalaman Dengan Customer: “5 Bulan, Tapi Masih Breakout?”
Semalam saya ada seorang customer datang jumpa saya.
Dia duduk depan saya, tarik kerusi pelan-pelan, lepas tu dia cakap,
“Kak… saya dah pakai skincare ni 5 bulan. Tapi jerawat tak berhenti.
Ini maksudnya kulit saya tak sesuai ke?”
Saya tengok kulit dia, ada merah, ada jerawat kecil-kecil, dan beberapa yang baru naik di tempat yang sebelum ni tak pernah naik pun.
Saya tanya dia balik, “Awal-awal dulu breakout tu sama macam biasa? Atau makin merebak?”
Dia angguk perlahan,
“Makin banyak, kak… sampai ke kawasan yang dulu memang tak pernah naik.”
Masa tu saya terus tahu, ini bukan purging. Sebab purging selalunya 4 sampai 6 minggu saja.
Lima bulan tu memang dah terlalu lama.
Saya explain dekat dia,
“Kalau kulit masih breakout lepas 5 bulan, ada dua kemungkinan besar:
1️⃣ Bahan dalam produk tu memang tak sesuai untuk kulit awak, atau
2️⃣ Kulit awak ter-overdose dengan bahan aktif sampai barrier rosak.”
Dia terdiam.
Saya nampak dia kecewa, tapi lega juga sebab akhirnya dapat jawapan.
Saya sambung lagi,
“Bukan salah awak. Kadang-kadang produk tu bagus… tapi bukan untuk kulit kita. Kulit bagi signal. Bila dia tak s**a sesuatu, dia tunjuk melalui jerawat, redness, pedih.”
Customer tu senyum kecil.
“Jadi saya kena stop?”
Saya jawab, “Ya. Stop dulu. Bagi kulit rehat. Kita repair barrier dulu. Lepas stabil, baru masuk balik skincare satu-satu. Kulit ni macam manusia juga… dia tak s**a dipaksa.”
Masa dia nak balik, dia cakap,
“Terima kasih kak… akhirnya saya faham kenapa saya macam ni.”
Dan dari situ, saya sedar ramai orang sebenarnya salah sangka, ingat purging tu boleh tahan berbulan-bulan.
Padahal bila jerawat tak berhenti selepas 5 bulan, itu kulit kita minta tolong.