Khabar Dari Utara

Khabar Dari Utara Laman ini bertujuan memaparkan berkaitan sejarah di utara tanah air

๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿฐ, ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—๐—จ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐— ๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฐ ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ๐Ÿต๐—”๐—Ÿ-๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜...
27/07/2024

๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿฐ, ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—๐—จ๐——๐——๐—œ๐—ก ๐— ๐—จ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฐ ๐—›๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—” ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ๐Ÿต

๐—”๐—Ÿ-๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› (๐—”๐—ง๐—ฆ๐—ก๐—ž)
๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฒ๐Ÿด
๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ž๐—”

๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ง๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต
Hatta, dalam hal yang demikian Sultan Zainal Rashid Yang Maha Mulia pun jatoh gering. Makin sa-hari gering duli baginda itu menjadi sa-makin berat. Maka berhimpun-lah segala putera2-nya di-dalam istana dan segala menteri2 dan orang besar2 berjaga di-balai besar serta berikhtiar mengubat duli baginda itu, demikian-lah hal-nya tiap2 hari.

Maka pada tiga belas haribulan Jamadiโ€™l-akhir tahun Hijrah sa-ribu dua ratus tujoh puloh (270) hari Isnin bersamaan 13 Mach tahun Masehi 1854 Sultan Zainal Rashid Al-Muazzam Shah Yang Maha Mulia ibni Al-marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah pun mangkat di-dalam istana Kota Setar.

Maka ber-muafakat-lah segala menteri2 penggawa dan anak Raja2 dan Wan Ibrahim bin Dato" Seri Paduka Maha- raja Sura dan Dato Seri Indera Membang Senggara Shahnbandar ia-itu Wan Aib [ยน] bin Wan Sidek melayankan jenazah Raja Di-raja Al-marhum itu hendak menabalkan Tengku serta bermuafakat Ahmad Tajuddin putera Al-marhum Sultan menurut adat penabalan raja yang raja yang besar2 di-atas takhta kerajaan saperti yang telah di-adatkan.

Maka ber-siap-lah sakalian-nya. Pada ketika itu bangkit-lah Tengku Muhammad Said, Raja Muda, hendak dudok di-atas takhta kerajaan menjadi Sultan memerentah negeri Kedah. Maka ramai juga anak raja2 dan menteri2 yang berserta dengan-nya.

Maka orang2 yang ada di-balai itu pun terchenganglah sa-ketika. Maka dalam hal yang demikian bangkit-lah Wan Ismail [ยฒ] dan Wan Ibrahim dan Wan Aib [ยณ] dengan keras-nya menzahirkan maharaja lela-nya mengangkat Tengku Ahmad Tajuddin, putera Al-marhum Sultan Zainal Rashid Yang Maha Mulia menjadi Sultan ber-semayam di-atas takhta kerajaan negeri Kedah Daru'l-aman.

Maka pada ketika itu nobat nafiri pun di-pukul dan di-tembak meriam dua puloh satu das, serta menjunjong duli-lah sakalian-nya itu menurut adat. Maka akan jenazah Al-marhum Sultan Zainal Rashid itu pun di-angkat orang-lah dan dengan nobat nafiri di-bawa ka-langgar dengan chukup peratoran saperti adat Al-marhum yang terdahulu, dan di-makamkan di-dalam Kota Langgar.

Maka duli Al-marhum itu di-sebut orang Al-marhum Muda Kota Setar yang ketiga. Maka tetap-lah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia di-atas takhta kerajaan memerentah negeri Kedah dengan segala menteri2 penggawa-nya. Hatta, sa-telah itu maka bermuafakat-lah Wan Ibrahim dan Wan Ismail dengan segala menteri2 membuat surat untok di-hantarkan masok ka-benua Siam nencheritakan darihal kemangkatan Sultan Zainal Rashid Phya Saiburi. Dan darihal yang telah di-muafakat oleh mereka itu dengan segala isi negeri mengangkat Tengku Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia menjadi Sultan.

Apakala siap surat itu maka Wan Masheran dan segala menteri2 pun menurunkan chap ka-atas surat itu dan di-sampulkan dengan kain tiongga [โด] lalu di-serahkan kapada Tengku Aman dan Tengku Musa, Pulau Langkawi, supaya di-bawa masok ka-benua Siam.

Hatta tiada beberapa lama kemudian Tengku Aman dan Tengku Musa pun sampai-lah di-benua Siam, lalu mereka itu pun masok mengadap Sumdit Phya. Maka di-ma'alumkan oleh Tengku Aman berdua akan hal ahwa. menetapkan Tengku Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia menjadi Sultan. Maka surat itu pun di-terima oleh Sumdit.

Ada pun yang menjadi Raja Maha Besar pada masa itu ia-lah Prak Chom Kelau Yew. Huwa Raja yang keempat. Maka Sumdit pun membawa masuk surat itu dan di-persembahkan-nya kapada Raja Maha Besar serta di-ma'alumkan-nya bahawa Tengku Ahmad Tajuddin sudah tetap menjadi Sultan di dalam negeri Phya Saiburi. Maka titah Prak Chom Kelau Yew Huwa Raja Maha Besar โ€œBoleh berikan surat senjabat dan persalinan saperti yang telah di-adatkan.โ€

Maka sa-telah sa-bulan kemudian-nya Sumdit pun serahkan-lah surat senjabat dan persalinan serta surat Sumdit kapada Tengku Aman ber-dua. Maka tiada berapa hari sa-telah itu Tengku Aman berdua bermohon kapada Sumdit lalu belayar balek ka-Kedah. Hatta tiada berapa lama kemudian Tengku Aman dan Tengku Musa pun sampai-lah di-Kedah.

Maka Tengku Aman bersama2 Wan Ibrahim dan Wan Ismail pun masok mengadap tapak cherpu duli baginda Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia mema'alumkan yang mereka itu ada membawa surat daripada Raja Maha Besar Siam. Maka pada keesokan hari-nya surat itu pun di-sambut dan di-arak dengan nobat nafiri, lalu di-bawa naik ka-atas balai besar dan di-sambut oleh Wan Ahmad Datoโ€™ Bentara Wang Seri.

Maka Dato Bentara Wang Seri bertelut membacha surat senjabat itu di-hadapan anak raja2 dan menteri2 penggawa sakalian. Dalam surat itu ada disebutkan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia ia-itu menjadi Phya Saiburi, dan di-sebut juga mengenal persalinan yang di-anugerahkan kapada-nya.

Apakala surat itu selesai di-bacha maka duli baginda Sultan Yang Maha Mulia pun berangkat masok ka-dalam istana-nya, dan segala menteri2 dan orang besar2-nya pun balek, demikian-lah ada-nya. Ada pun duli baginda Sultan Yang Maha Mulia itu sentiasa-lah bermuafakat dengan Wan Ibrahim dan Wan Ismail dan segala menteri2 dan ulama2 [โต] menjalankan tiap2 suatu pekerjaan negeri.

Hatta, maka Wan Masheran bonda Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia pun membuat ketetapan hendak mengahwinkan duli baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan Wan Hajar timang2an Wan Teh, ia-itu anak Wan Ismail, Maka di-persiapkan-lah alatan2 perkahwinan itu saperti di-adatkan.

Apakala telah siap semua-nya maka di-kahwinkankan-lah duli baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan Wan Hajar. Sa-telah chukup hari-nya Wan Hajar pun di-bawa masok ka-dalam istana dan di-sambut saperti yang telah di-adatkan, demikian-lah. Ada pun duli baginda Sultan ang Maha Mulia itu sangat mengambil hemah dan usaha atas tiap2 suatu pekerjaan dan baginda menetapkan jawatan segala pegawai2 yang menjalankan pekerjaan negeri.

Dalam hal yang demikian di-perbuat jalan2 dan lorong2 di-dalam pekan Kota Setar dan mengatorkan segala saudagar2 membuat rumah2 kedai. Maka pada empat haribulan Safar tahun Hijrah sa-ribu dua ratus tujoh puloh dua (1272) bersamaan 16 Oktober tahun Masehi 1855 duli baginda Sultan Yang Maha Mulia bermuafakat dengan menteri2 membuat jalan besar daripada Kota Setar pergi ka-langgar. Sa-telah itu di-perbuat suatu jalan simpang melalui Hutan Kampong, Lepai, langsong ka-Sungai Besar mukim Bukit Pinang yang di sebut orang Kepala Batas.

๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ง๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ-๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—บ
Hatta, pada suatu hari sampai-lah surat Sumdit Chao Phya mempersilakan duli baginda Sultan Yang Maha Mulia masok ka-benua Siam kerana mereka itu hendak membakar Raja Maha Besar Siam yang ber-nama Prak Nang Kelau Chao Yew Huwa la-itu raja yang ketiga yang telah mati itu. Maka bersiap-lah duli baginda Sultan Yang Maha Mulia hendak masok ka-benua Siam.

Maka pada lima belas haribulan Rabi'ul-akhir tahun Hijrah sa-ribu dua ratus tujoh puloh dua (1272) bersamaan 25 Disember tahun Masehi 1855 duli baginda Sultan Yang Maha Mulia pun berangkat ka-benua Siam dengan gajah menuju ka-Singgora. Ada pun orang2 yang mengiring duli baginda Sultan Yang Maha Mulia itu ia-lah Wan Ibrahim anak Dato' Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura dan Wan Leh dan Tuan Syed Abdullah Maghribi Al-Jafri dan Tuan Haji Mat Ja'afar Iman, dan Kerani Abdullah Rahsia Raja, dan Penghulu Mat Saman ia-itu abang Haji Muhammad Hussin, Bukit Pinang dan orang suroh2an sa-ramai tujoh orang.

Ada pun orang2 yang di-tinggal menjaga pekerjaan negeri itu ia-lah Wan Ismail anak Dato' Seri Paduka Raja Laksamana di-kapit oleh Dato' Seri Indera Mambang Senggara Shahbandar dan Wan Muhammad Akib menantu Dato' Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura. Sa-bermula maka tersebut-lah kesah pelayaran Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia dengan sakalian pengiring2-nya. Tiada berapa lama kemudian mereka itu pun sampai-lah di-benua Siam, berhenti di-kampong Sumdit Chao Phya di-tempat yang ia siapkan itu. Ada pun orang yang Sumdit Chao Phya benarkan menjaga duli baginda Yang Maha Mulia itu ia-lah Wang Abdullah Luang Kucha Ishak dan yang menunggu tiada ka-mana2 itu ia-lah Wan Muhammad Salleh adek Luang Kucha Ishak. Maka dudok-lah duli baginda Sultan Yang Maha Mulia di-sana sa-lama tiga hari.

Sa-telah itu duli baginda Sultan Yang Maha Mulla masok mengadap Sumdit Chao Phya bersama2 dengan Wan Abdullah dan Wan Ibrahim dan Tuan Syed Abdullah Al-Jafri. Maka di-tegor mereka itu oleh Sumdit Chao Phya dengan manis. Maka dudok-lah mereka itu berkata2 me-mengenai hal ahwal negeri dan perkara mengenal hendak membuat khenduri kerana membakar Prak Nang Chao Yew Huwa. Sa-telah dudok berkata2 sa-ketika duli baginda Sulan Yang Maha Mulia pun ber-mohon balek.

Maka apakala sampai hari-nya dengan atoran Sumdit Chao Phya duli baginda dan Sultan Yang Maha Mulia dan segala orang besar2-nya pun masok mengadap Prak Chao Kelau Chao Yew Huwa Raja Maha Besar di-balai penghadapan. Maka tiap2 pertanyaan Raja Maha Besar itu di-jawab oleh duli baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan sempurna. Luang Kucha Ishak menjadi juru-bahasa. Maka sa-telah dudok berkata2 sa-ketika Raja Maha Besar Besar pun berangkat masok ka-dalam istana-nya, dan duli baginda Sultan Yang Maha Mulia dan pengiring2-nya pun berangkat balek ka-tempat masing2.

๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ง๐—ฎ๐—ท๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ-๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—บ
Hatta tiada berapa hari kemudian sampai-lah masa-nya di-bakar Prak Kelau Chao Yew Huwa dongan chukup adat raja2 Siam, Maka akan atoran membakar-nya dan ramai orang2 yang hadhir dan perbualan [โถ] itu tiada-lah di-sebutkan di-dalam Tawarikh ini. Maka pada suatu hari Sumdit Chao Phya menyuroh Luang Kucha Ishak persilakan duli baginda Sultan Yang Maha Mulia ka-balai-nya. Maka duli baginda Yang Maha Mulia dan sakalian pengiring2-nya pun pergi-lah, lalu dudok memberi hormat.

Maka di-tegor akan mereka itu oleh Sumdit dengan manis-nya. Sa-telah dudok sa-ketika maka berkata Sumdit kapada duli baginda Sultan Yang Maha Mulia, "Dengan per-hamba ini ada sa-orang anak raja negeri Petani yang perhamba ambil dari kechil dan perhamba buatkan saperti anak sendiri. Sekarang ini ia sudah berumor tujoh belas tahun. Perhamba tampak patut di-letak taroh kapada Phya Saiburi.

Ta' dapat tiada Phya Saiburi mahu-lah menerima-nya mengikut hukum Islam." Maka sahut duli baginda Sultan Yang Maha Mulia, "Jika Chao Phya sudah tampak patut perhamba terima-lah dengan ikhlas dan chuchi hati." Sa-telah itu Sumdit bertanya kapada Tuan Syed Abdullah Al-Jafri, "Macham mana-kah hukum orang Islam?" Maka di-ma'alum oleh Tuan Syed Abdullah Al-Jafri akan hal ahwal nikah chara Islam.

Maka Sumdit Chao Phya pun sangat s**a hati mendengar hal yang demikian itu, lalu bertitah kapada Luang Kucha Ishak, "Boleh-lah siapkan alat2 perkahwinan dengan segera.โ€ Maka di-siapkan oleh Luang Kucha Ishak dan kaum2-nya akan alatan2 perkahwinan itu di-rumah yang Chao Phya suroh hiaskan itu. Apakala telah siap semua-nya maka Sumdit Chao Phya pun pergi ka-rumah itu dan di-lihat-nya sudah di-siapkan oleh Luang Kucha Ishak dengan saperti-nya.

Maka di-suroh-nya persilakan duli baginda Sultan Yang Maha Mulia. Maka duli baginda pun berangkat-lah ka-rumah itu, di-iring oleh Wan lbrahim dan Tuan Syed Abdullah Al-Jafri dan Tuan Haji Mat Jaโ€™afar Imam dan lain2-nya. Apakala sampai di-sana maka mereka itu pun naik, lalu dudok memberi hormat. Maka di-tegor mereka itu oleh Sumdit Chao Phya dengan manis-nya.

Ada pun orang2 yang ada di-majlis itu kebanyak-an-nya orang2 Islam yang berpangkat. Maka kata Sumdit kapada Wan Ibrahim, "Sekarang ini sudah siap sakalian-nya." Maka Wan Ibrahim pun memberi hukum kapada Tuan Haji Mat Ja'afar Imam. Maka Tuan Haji Mat Ja'afar Imam pun masok mengambil radhi [โท] dengan chukup isharat-nya, lalu bertelut di-hadapan duli baginda Sultan Yang Maha Mulia mem-bacha dan meng'akad-nikahkan duli baginda Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia dengan Wan Jah binti Luang Nik 'Abidin dengan ber-walikan saudara-nya Nik Ibrahim, demikian-lah ada-nya. Maka pada suatu hari Wan Jah dan isteri Luang Kucha Ishak masok mengadap Sumdit Chao Phya laki isteri.

Maka di-tegor oleh Sumdit laki isteri dengan manis suara-nya. Sa-telah dudok sa-ketika Wan Jah pun menyembah ma'alum memohon supaya Nik Sara la-itu pupu-nya itu di-berikan kapada Wan Ibrahim untok di-jadikan isteri-nya. Maka sembah-nya, "Jadi tiada-lah patek akan bersaorangan diri keluar pergi dudok di-negeri Phya Saiburi itu." Maka Sumdit laki isteri pun sangat s**a hati mendengar sembah Wan Jah itu.

Maka bertitah Sumdit laki isteri, "Baik-lah, jangan-lah bersusah hati. Boleh-lah beritahu kapada Phya Saiburi yang ia hendak berikan isteri kapada Wan Ibrahim itu." Selang dua hari sa-lepas itu maka Tuan Haji Mat Ja'afar Imam pun mengakad-nikah-kan Wan Ibrahim dengan Nik Sara dengan berwalikan bapa saudara-nya, demikian-lah ada-nya. Ada pun semenjak duli baginda Sultan Yang Maha Mulia itu dudok di-benua Siam sudah lima kali ia masok mengadap Prak Chom Kelau Chao Yew Huwa Raja Maha Besar.

[1] Wan Taib.
[2] Bapa Wan Muhammad Saman Menteri, adek-nya Wan Muhammad Saman (Wan Hajar) kahwin dengan Sultan Ahmad Tajuddin III.
[3] Wan Aib (Wan Muhammad Taib) Dato' Temenggong Anggota Desa.
[4] Sa-jenis kain tenun yang amat indah; dewangga.
[5] Bijak-pandai2 dalam hal ugama.
[6] Majlis perayaan.
[7] Persetujuan; keredhaan.

Bahagian 1 daripada 10.

p/s: ada beberapa ejaan agak berbeza seperti sekarang disebabkan tulisan ini dibuat tahun 1960an.

JEJAK LEGENDA: MAKAM-MAKAM LAMA DI LANGKAWIPada 22 Mac 2024 bersiaran di radio Langkawi fm bersama DJ Yaya dan tetamu bu...
29/03/2024

JEJAK LEGENDA: MAKAM-MAKAM LAMA DI LANGKAWI

Pada 22 Mac 2024 bersiaran di radio Langkawi fm bersama DJ Yaya dan tetamu bual bicara iaitu Adnan Hasan atau Cik Nan.

Makam yang diceritakan
(1) Makam Mahsuri
(2) Makam Purba
(3) Makam di Bukit Masjid, Temoyong
(4) Makam di Kampung Hilir, Temoyong
(5) Makam di Pulau Jemuruk, Sungai Kubang Badak
(6) Makam Tun Jana Khatib di Ulu Melaka
(7) Makam di Lawer
(8) Makam di Kampung Raja, Padang Matsirat
(9) Telaga Raja, Pulau Tuba


34 Je....Kita S**aaaBersiaran serentak di 34 stesen radio RTM. Nantikan 34 Je .. Kita S**a di Jejak Legenda Jumaat ini 22 Mac 2024, 3.40 petang -...

PERASMIAN T**I CHE MENJALARAAda satu video berdurasi 9 minit 46 saat berjudul 'Retrospektif: Kemajuan Negara Malaysia Bi...
28/03/2024

PERASMIAN T**I CHE MENJALARA

Ada satu video berdurasi 9 minit 46 saat berjudul 'Retrospektif: Kemajuan Negara Malaysia Bil. 12 (1965)' di Youtube saluran FINAS Malaysia dimana minit ke 8:11 hingga 8:46 memaparkan majlis perasmian T**i Che Menjalara di Alor Setar pada 14hb. Oktober 1965 bersamaan 13hb. Jemadilakhir 1385 (gambar 2).

Terlihat pada minit 8:11 (gambar 1) ada 4 orang berjalan seiringan. Dari kiri Menteri Besar Kedah ke-3 (1959-1967), Dato' Syed Omar bin Syed Abdullah Shahabuddin, Perdana Menteri Malaysia Pertama (1957-1970), Tunku Abdul Rahman Putra, Tunku Kassim bin Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah? dan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom (1959-1970), Tun Veerasamy Thirunyana Sambathan.

Gambar 2: Tugu Perasmian.

Gambar 3: Beberapa orang lain yang turut hadir.

Video penuh:
https://youtu.be/vIJpmyLkMUc?si=58s3kTX_Z8ljRGzY


AKHBAR MELAYU KEDUA DITERBITKAN DI KEDAHSesudah akhbar Melayu pertama bertulisan jawi berjudul Nun diterbitkan di pekan ...
28/03/2024

AKHBAR MELAYU KEDUA DITERBITKAN DI KEDAH

Sesudah akhbar Melayu pertama bertulisan jawi berjudul Nun diterbitkan di pekan Yan, Kedah pada 23 Februari 1926 maka lahir p**a sebuah akhbar lagi bertajuk 'Chahaya Malaya'.

Chahaya Malaya mempunyai slogan 'Suara Bagi Semua' mula terbit pada 14 Ogos 1927 (16 Safar 1346) beralamat No. 81, Pekan Melayu, Alor Setar. lanya diterbitkan pada awal dan pertengahan setiap bulan oleh Mohd. Nordin Haji Ali selaku pengarang dan pengurusnya. Akhbar yang berharga 12 sen senaskah ini turut memuatkan berita tempatan dan luar negeri di samping banyak mengupas persoalan agama, bahasa dan iktisad bumiputera.

Dalam rencana pengarangnya tanggal 12 Oktober 1927, ia melahirkan kesyukurannya kerana masih ada lagi Kerajaan Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor mengukuhkan pemakaian bahasa Melayu di bidang pentadbiran. Menyentuh sikap mereka yang mencuai-cuai bahasa ibunda, pengarangnya menegaskan, "Sebelum anak-anak diserahkan ke sekolah bahasa asing, wajiblah mereka dilatih dahulu menggunakan bahasa Melayu dengan baik agar mereka mengerti betapa lazat dan nikmatnya bahasa mereka itu sendiri..."

Gambar: Muka hadapan akhbar Chahaya Malaya keluaran 12 Oktober 1927.

Sumber: Penulisan dan gambar dari buku 'Kedah Dalam Lipatan Sejarah' 2004 terbitan Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM).

AKHBAR MELAYU PERTAMA DITERBITKAN DI KEDAHAkhbar Melayu pertama di negeri Kedah Darulaman yang diberi narma "NUN" telah ...
28/03/2024

AKHBAR MELAYU PERTAMA DITERBITKAN DI KEDAH

Akhbar Melayu pertama di negeri Kedah Darulaman yang diberi narma "NUN" telah lahir pada hari Selasa, 23 Februari 1926 (11 Syaaban 1344).

Akhbar yang bertulisan jawi ini diusahakan oleh Haji Muhammad Said bin Penghulu Muhammad Taib dari pekan Yan, Kedah. Beliau yang bertindak selaku pengarang dan penerbitnya adalah seorang tokoh ulama dan pernah menjawat jawatan Kadi di Daerah Yan.

Akhbar ini diterbitkan dua kali pada awal dan pertengahan setiap bulan hijrah. lanya berukuran 12 x 8 inci dan mengandungi 10 halaman. Di samping terdapat berita-berita tempatan, akhbar ini memuatkan rencana bersiri yang merangkumi persoalan agama, pengetahuan am, sejarah, ilmu perubatan, ilmu pertanian dan sastera tradisional khususnya cerita-cerita lisan dan syair.

Bagaimanapun akhbar ini akhirnya terhenti penerbitannya pada bulan November 1932.

Gambar: Muka hadapan akhbar Nun terbitan Bilangan 2, Mac 1926.

Sumber: Penulisan dan gambar dari buku 'Kedah Dalam Lipatan Sejarah" 2004 terbitan Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebuah gambar dirakam di Kedah pada tahun 1889. Terdapat sekump**an orang melakukan aktiviti memburu. Sebelah kanan gamb...
26/03/2024

Sebuah gambar dirakam di Kedah pada tahun 1889. Terdapat sekump**an orang melakukan aktiviti memburu. Sebelah kanan gambar paling kanan berdiri Frank Swettenham sebelahnya Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah ke-26) dan yang duduk di kanan antara mereka Tunku Abdul Aziz (Raja Muda Kedah)*. Selebihnya tidak diketahui siapa dan tempat mereka berada secara terperinci.

*maklumat ini dari sumber lain.


The theme for today is sport! We start things off with this picture from 1889 of a shooting party on the hunt in Kedah. In the shooting party are Sultan Abdul Hamid Halimshah (third from right) and Frank Swettenham (far right).

Lagu berjudul Musuh Bisik I - Kebangkitan Tunku Kudin. Lagu ini berkisah kejadian Perang Musuh Bisik (PMB) pada tahun 18...
30/09/2023

Lagu berjudul Musuh Bisik I - Kebangkitan Tunku Kudin. Lagu ini berkisah kejadian Perang Musuh Bisik (PMB) pada tahun 1821-1842.

Lagu ini dinyanyikan oleh Muhammad Adli bin Burhanudin manakala penulis lirik oleh Mahadhir bin Mat Lazim dan komposer oleh Azman Abu Hassan.

Video dari Youtube saluran Jejak Melayu.


Video Lirik lagu Musuh Bisik I - Kebangkitan Tunku Kudin. Nantikan kemunculan klip video rasmi MB 1!Penyanyi: Adli BurhanudinLagu: Mahadhir bin Mat Lazim & M...

Memori Kedahhttps://www.memori-kedah.com/index.phpLaman ini diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Sila mela...
26/09/2023

Memori Kedah
https://www.memori-kedah.com/index.php

Laman ini diuruskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Sila melayari laman ini terdapat pelbagai topik yang menarik perihal negeri Kedah dan maklumat sejarah yang dipaparkan secara percuma.

Terdapat 8 topik seperti:

1. Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
2. Tokoh
3. S**an
4. Sejarah dan Peristiwa
5. Tempat
6. Pertanian
7. Makanan
8. Permainan dan Aktiviti

Setiap topik ada beberapa lagi sub-topik contohnya topik yang ke-4 iaitu Sejarah dan Peristiwa ada 10 sub-topik seperti:

1. Peristiwa Sejarah Polis di Kedah
2. Pengangkutan
3. Kedah Volunteer Force (KVF)
4. Kependudukan Siam di Kedah
5. Peristiwa Bersejarah di Negeri Kedah (1904-1990)
6. Merdeka! Merdeka! Mederka!
7. Sejarah Pembinaan Jalan Kereta Api di Kedah
8. Sejarah Perkhidmatan Bomba
9. Sejarah Terusan Wan Muhammad Saman
10. Sejarah Pentadbiran Negeri Kedah


KESAN LAWATAN KE RANONG DI THAILAND SELATANDipetik dari buku โ€˜Tak Sesungguh Seluang Melautโ€™Ismail SalehTahun 1999Seramai...
03/08/2023

KESAN LAWATAN KE RANONG DI THAILAND SELATAN
Dipetik dari buku โ€˜Tak Sesungguh Seluang Melautโ€™
Ismail Saleh
Tahun 1999

Seramai 51 orang ahli dan keluarga Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Darul Aman membuat lawatan ke Thailand Selatan dari 15 November hingga 20 November 1987. Sasaran lawatan ialah Ranong sebuah wilayah bersempadan Burma untuk melihat cara-cara hidup orang-orang Melayu di sana. Peserta rombongan tinggal di sana dua hari dua malam bergaul mesra dengan penduduk Islam di dua buah kampong : Kampong Tacang dan Kampong Kamphuan.

Tempat-tempat yang disinggahi dalam perjalanan ialah Haad Yai, Songkhla (Senggora), Nakhora (Legor), Surat Thani, Chaiyya dan terus ke Ranong. Dalam perjalanan balik, tempat yang disinggahi ialah Terang, Pathalong dan Haad Yai semula. Dari Haad Yai bertolak balik ke Kedah. Jumlah lawatan ialah selama 6 hari.

GEOGRAFI RANONG

Ranong terletak di pantai barat Thailand bersempadan dengan Burma, Victoria Point bahagian yang paling selatan bagi Negara Burma bersetentangan dengan Ranong. Nama asal Victoria Burma ialah Pulau Dua dan dikenali dengan nama itu oleh orang-orang Melayu di sana sehingga hari ini. Pulau Dua dan Ranong dipisahkan oleh sebuah selat yang menirus ke Segenting Kera. Jaraknya lebih dekat lagi dari Butterworth ke Pulau Pinang. Perhubungan dilakukan dengan bot atau sampan bermotor sangkut.

Ranong sebenarnya bukan sahaja nama sebuah pelabuhan tetapi juga nama sebuah wilayah atau โ€œChangwadโ€ yang mempunyai seorang gabenor. Pada masa ini gabenornya bertalian keluarga dengan Raja Thailand. Changwad ini mempunyai empat daerah atau amphur p**a. Jaraknya 600 km persegi. Panjang dari utara ke selatan ialah 1,000 km.

Cuaca di Ranong keseluruhannya 27 darjah Calcius dan menerima dua kali musim hujan. Hujan paling lebat ialah dalam bulan Disember dan Januari. Penduduknya 100,000 orang, 20,000 ialah orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu di sini tinggal di 20 buah kampung dan kampong yang paling ramai penduduk Melayunya ialah di Tacang dan di Kamphuan. Tacang dengan Ranong tidak jauh hanya 12 km. Jarak Ranong dan Kamphuan ialah 95 km.

Ranong terkenal dengan lombong bijihnya. Terdapat bukit-bukit lalang yang gondol tiada berpokok, menarik mata memandang. Pelancong-pelancong datang ke sini kerana tertarik dengan kolam air panasnya. Sebuah hotel di sini ialah antara 5 buah di dunia yang menyalurkan air panas natural ke bilik-bilik penghuni dari perut bumi.

SEJARAH

Mengikut โ€œAl-tarikh Salasilah Negeri Kedahโ€ karya Muhammad Hassan, Wilayah Ranong ini pernah diperintah oleh Kedah dalam zaman Sultan Muhammad Jiwa 1710-1778. Katanya: โ€œMaka pada masa Tunku Anjang Seri Paduka Maharaja Durga Senggara itu ia menjadi Raja Laut ia menawan ambil negeri Tengkah, Terang, Kupah dan Rundung hingga sampai ke perenggan Murgi. Maka pada masa Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin memerintah itu negeri-negeri yang tersebut itu adalah termasuk di dalam perintahnya ialah nama yang sekarang dikorapkan menjadi Ranong.

J.Anderson (โ€œPolitical and Commersial Consideration Relative to the Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malaccaโ€ JMBRAS. Vol ###V Pt. IV) dalam tahun 1824 menyenaraikan beberapa batang sungai kepunyaan Negeri Kedah bermula dengan Sungai Polian, Sungai Trang, Sungai Bongsu, Sungai Lingu, dan Sungai Setol turun ke selatan sehingga Sungai Muda.

Di tempat lain, Anderson mengatakan: โ€œThis River (Trang) forms the northern boundary of the Quedah Kingdom, but has been possessed by the Siamese for these last fifteen yearsโ€. Thailand menduduki kawasan Trang kepunyaan Kedah sejak 1810. Kemungkinannya Wilayah Kedah di utara sehingga ke Ranong diduduki lebih awal lagi.

Apabila berlaku serangan Thailand ke atas Kedah dalam tahun 1821 (12.11.1821) rakyat Kedah berhampiran mengundurkan diri ke wilayah-wilayah yang tidak diganggu oleh angkatan perang Thai, khususnya tentera-tentera Legor (Nakhorn Sri Tammarat). Selain dari menghala ke selatan ke Pulau Pinang dan Perak orang-orang Kedah tinggal di Ranong amat besar kerana Ranong ialah wilayah Kedah dalam zaman Sultan Muhammad Jiwa. Pelarian-pelarian dari Kedah dipimpin oleh kerabat-kerabat diraja seperti Megat Johan, asalnya seorang Tunku yang tidak mahu namanya disebut-sebut. Orang-orang di Ranong masih menyebut nama Wan Sofian dan Wan Ismail sebagai ketua-ketua Melayu telah menduduki p**au-p**au di Perairan Murgi dan ada setengahnya yang berhijrah ke Burma. Di perairan Murgi terdapat p**au-p**au yang bernama Melayu dan sehingga hari ini masih ada orang-orang Melayu di p**au-p**au tersebut. Pelancong-pelancong Eropah yang ditemui di Haadyai dan di Surat Thani menceritakan peri adanya orang-orang Melayu yang tinggal di p**au-p**au terpencil mengaku diri mereka Melayu dan beragama Islam tetapi โ€œminum arak seperti ikanโ€.

Gambar: Peta wilayah Ranong kini di Thailand dari Google Maps.

p/s: Istilah dan ejaan yang digunakan seperti nama tempat dan beberapa perkataan mengikut tahun buku ini ditulis. Ada perubahan pada nama Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin dalam penulisan ini untuk masa kini perubahan nama baginda ialah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muโ€™adzam Shah.


Dalam sejarah Kedah terdapat tiga orang sultan yang nama baginda serupa iaitu Ahmad Tajuddin.1. Sultan Ahmad Tajuddin Ha...
24/07/2023

Dalam sejarah Kedah terdapat tiga orang sultan yang nama baginda serupa iaitu Ahmad Tajuddin.

1. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I
Tahun memerintah 1706 โ€“ 1710 (Sultan Kedah ke-18)
Baginda anakanda kepada Sultan Abdullah Muaโ€™dzam Shah (Sultan Kedah Ke-17)
Digelar marhum Bukit Pinang III

2. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
Tahun memerintah 1804 โ€“ 1845 (Sultan Kedah ke-22)
Baginda anakanda kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah (Sultan Kedah ke-20)
Zaman baginda berlaku Perang Musuh Bisik (PMB)

3. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
Tahun memerintah 1854-1879 (Sultan Kedah ke-24)
Baginda anakanda kepada Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (Sultan Kedah ke-23)
Zaman baginda awal kemodenan negeri Kedah

Ada juga sultan-sultan yang serupa nama dalam Kesultanan Kedah antaranya:

Muzaffar Shah (ke-1 dan ke-11)
Mahmud Shah (ke-5 dan ke-10)
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muโ€™adzam Shah (ke-9 dan ke-19)
Sulaiman Shah (ke-7 dan ke-12)
Athaโ€™Allah Muhammad Shah (ke-8 dan ke-16)
Dhiauddin Mukarram Shah (ke-15 dan ke-21)
Zainal Rashid Mu'adzam Shah (ke-23 dan ke-25)


Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khabar Dari Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category