
04/01/2024
KALAU ALLAH NAK SUSAHKAN KITA BOLEH SAJA
Sebenarnya Bumi ini milik Allah swt. Dia berhak jadikan seperti mana yang Dia inginkan.
Tapi Allah swt itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Banyak nikmat yang Allah swt limpahkan pada kita semua.
Tahukan anda bahawa Allah swt juga telah jadikan sebahagian Bumi ini jalan-jalan supaya kita dapat ke sesuatu destinasi dengan mudah?
Dalam Surah An-Nahl ayat ke -15. Allah swt berfirman :
وَأَلْقَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ رَوَٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَـٰرًۭا وَسُبُلًۭا لَّعَلَّكُمْ
تَهْتَدُونَ
"Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju."
Subhanallah. Marilah kita banyak bersyukur. Sesungguhnya betapa banyak kenikmatan yang telah Allah swt berikan kepada kita