04/09/2025
Assalamualaikum & Salam Maulidur Rasul 1447H.
Pada hari penuh barakah ini, seluruh warga JEV Integrated ingin mengajak anda semua menelusuri kembali sirah Rasulullah SAW, seorang pemimpin yang bukan sahaja membawa cahaya kejahilan kepada umat, tetapi juga menjadi lambang kasih sayang, hikmah dan keberanian.
Dalam dunia yang serba pantas ini, kami percaya bahawa nilai-nilai yang dibawa oleh Baginda SAW seperti keikhlasan, amanah dan kepedulian, harus terus menjadi asas dalam setiap langkah kita baik dalam kehidupan peribadi mahupun dalam dunia profesional.
Semoga semangat Maulidur Rasul ini menyatukan hati kita untuk terus membawa kebaikan, menyebarkan kasih sayang, dan menjadikan dunia ini lebih bermakna — satu usaha, satu niat, satu perjuangan.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Ikhlas daripada kami di JEV Integrated.