09/12/2025
RM 50,000,000 untuk tahun 2026
RM 10,000 untuk tahun 2016
RM 20,000 untuk tahun 2017
RM 50,000 untuk tahun 2018
RM 1,000,000 untuk tahun 2019
RM 2,000,000 untuk tahun 2020
RM 5,000,000 untuk tahun 2021
RM 10,000,000 untuk tahun 2022
RM 20,000,000 untuk tahun 2023
RM 30,000,000 untuk tahun 2024
RM 40,000,000 untuk tahun 2025
Ini antara target 🎯 dalam vision board setiap kali menghampiri hujung tahun atau awal tahun,
Ada kala nya hit target dan saya berasa gembira dan bahagia,
Ada kala nya tak hit target langsung dan saya merasa amat sedih dan tidak bahagia,
Merasakan segala kejayaan dan kekalahan adalah berpunca dari diri sendiri,
Saban tahun saya mula merasakan adakah kebahagiaan dan kejayaan hakiki terletak pada jumlah duit yang kita dapat, ikut rasional lagi banyak duit lagi bahagia, kita selalu merasakan sedemikian,
Suatu malam saya terdengar definisi hidup ini keras dari sudut pandang seorang yang berusia 14 tahun, definisi hidup keras adalah memasak maggi tetapi lupa ambil air untuk diminum, apabila air suda diambil, maggi sudah sejuk dan mula kembang, itu definisi hidup keras,
Manakala definisi berlawanan kepada hidup ini keras adalah hidup ini lembut, saya amat terkedu dan berasa ingin tahu kerana tidak pernah lagi dengar definisi bagaimana keadaan hidup itu lembut, semudah dan se-simple itu, hidup itu lembut dan bahagia apabila bateri handphone tinggal 2% dan pada ketika dan saat itu kawan kita menghulurkan power bank.
Itulah definisi bahagia melalui perspective dan sudut pandang yang berbeza yang sering kali kita lupa dan abaikan,
Ini bukan berapa banyak duit dan harta kita perolehi, berapa banyak kejayaan dan kemasyhuran serta sanjingan yang kita kecapi atas usaha kita,
Tetapi kejayaan dan kebahagian hakiki terletak dari nilai serta value tambah baik yang kita beri kepada orang lain, tambah baik dari segi peribadi, tahap kewangan kendiri dan bagaimana seseorang itu boleh membantu serta menambah baik nilai orang yang lain di sekeliling nya.
Saya mula bermonolog dan merasakan inilah jalan yang akan ambil dan tahu ianya bukannya mudah, selama ini tersasar sebab hanya mengejar target 🎯 untuk diri sendiri tanpa menambah nilai orang sekeliling,
Jumlah berapa yang kita perolehi itu tidak penting kerana tujuan untuk nilai tambah dan membantu orang lain untuk menjadi lebih baik adalah lebih bermakna dan ternyata kebahagian itu tidak boleh dinilai dengan nilai wang sebab ianya priceless dan terlalu berharga untuk dibandingkan dengan segala yang ada.
Selamat pagi dan Assalamualaikum
Hafiz Tokyo 2026
*Gambar di bawah sewaktu saya melakukan rutin harian untuk memastikan team dan rakan2 saya dapat hit 3,4 & 5 angka dan seterusnya 6 angka hanya dalam trading sebagai pendapatan utama serta secara sambilan.
Saya juga sertakan prestasi semasa untuk bulan November dan terbaru Disember ini, semua fokus kepada ekuiti pasaran tempatan sahaja.