12/07/2025
Tips untuk membina keyakinan bercakap di khalayak ramai.
Ramai orang mempunyai masalah untuk bercakap di khalayak ramai bukanlah disebabkan mereka tak pandai cakap tetapi adalah disebabkan dua pekara iaitu kurang latihan dan takut untuk mencuba.
Dulu, kita sentiasa mempelajari pekara-pekara baru yang dapat meningkatkan keyakinan diri serta membangunkan karakter diri kepada better version of ourself.
Public speaking atau ucapan awam adalah antara aktiviti membangunkan model insan yang kita lakukan di platfom ini.
Setelah berberapa bulan peserta menjadi semakin yakin dan mahir dalam berbicara, siap boleh buat kelakar lagi untuk menghiburkan penonton.
Jadi, ini tips untuk berani bercakap di khalayak ramai.
1. Banyakkan latihan.
Tiada cara lain untuk kita pandai sesuatu, di sekolah juga kita diajar untuk lebih memahami sesuatu formula matematik, kita perlu melakukan lebih banyak latihan. Sama juga dengan public speaking, untuk menjadi lebih yakin dan berani, kita perlu banyakkan latihan.
2. Buang rasa takut.
Cara untuk membuang rasa takut adalah dengan menghadapi perasaan takut itu, jika kita rasa takut dengan gelap, duduk di tempat gelap itu selama 10 minit, kemudian perasaan takut gelap itu akan hilang lama-kelamaan. Sama juga seperi bercakap dikhalayak ramai, jika rasa takut, cuba dulu pertama kali kemudian rasa takut itu mula hilang apabila kita menghadapinya.
3. Persediaan.
Untuk menjadikan kita lebih yakin untuk bercakap di khalayak ramai. Persediaan yang rapi juga diperlukan. Rancang apa yang nak dicakap dan apa manfaat yang akan pendengar dapat apabila mendengarnya.
Ulang tips ini sehingga anda menjadi yakin dengan diri anda. Proses ini memerlukan latihan, Semua “speaker” hebat di luar sana bermula dengan latihan pertama, jadi kita sebagai manusia biasa perlu hadapi proses yang sama.
Enjoy the process dan teruskan latihan.
dan tag kepada 3 orang rakan anda yang memerlukan tips ini.
Syidi Zikri
Belajar bercakap di khalayak ramai