24/08/2026
KEEWAY MALAYSIA ANJUR PROGRAM PANGGIL SEMULA UNTUK MODEL
KEEWAY XDV 180 EVO BAGI PENGGANTIAN SWINGARM.
Keeway Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model motosikal KEEWAY XDV180 Evo. Langkah ini diambil susulan pengenalpastian kemungkinan berlakunya isu ketahanan pada komponen swingarm assembly melibatkan 5000 unit motosikal, demi memastikan keselamatan dan ketahanan motosikal berada pada tahap yang tertinggi.
Bagi memastikan prestasi yang optimum dan keselamatan penunggang, Keeway
Malaysia menyediakan komponen swingarm baharu yang telah dipertingkatkan rekabentuknya. Komponen baharu ini direka khusus untuk memberi ketahanan yang lebih kukuh serta kestabilan jangka panjang semasa tunggangan.
Pemilik yang mendapati unit mereka terlibat boleh terus menghubungi atau mengunjungi pengedar sah Keeway Malaysia di mana tempat pembelian asal dibuat untuk mengatur jadual temjanji penggantian.
Seluruh proses penggantian swingarm ini dilaksanakan secara percuma, merangkumi kos alat ganti baharu dan upah kerja.
Keeway Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama,
kepercayaan dan sokongan daripada para pelanggan, serta kekal komited dalam
menawarkan motosikal berkualiti tinggi berserta perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai.