06/04/2025
https://www.facebook.com/share/16VHaQzMY9/
๐๐๐ ๐๐ฒ๐๐ซ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐ : ๐๐๐๐๐ง ๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฉ๐ฌ๐ข ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning bukan calang-calang perlawanan. Ini bukan sekadar nak tengok siapa menang, siapa kalah, tapi lebih kepada nak ukur suhu politik semasa โ sejauh mana rakyat masih bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO, dan macam mana rakyat menilai kerajaan Madani sekarang.
Di sinilah tempatnya rakyat nak bagi isyarat โ sokong atau protes. Dan dalam suasana politik yang makin mencabar ni, banyak benda boleh jadi tumpuan.
๐๐ฉ๐ ๐๐ฌ๐ฎ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐๐ข๐ฆ๐๐ข๐ง๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐?
Perikatan Nasional ni kalau masuk gelanggang, memang dia tak main kosong. Dia akan ambil peluang untuk โmainkanโ isu-isu yang dekat di hati rakyat. Antara jangkaan isu-isu yang mungkin dibawa oleh PN dalam PRK Ayer Kuning ni termasuk:
1. ๐๐จ๐ช ๐๐ค๐จ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ช๐ฅ
o Harga barang naik, subsidi ditarik, dan gaji tak naik-naik โ ini antara benda yang mudah untuk "dibakar" sentimen rakyat. PN mungkin akan kaitkan hal ni dengan kegagalan dasar ekonomi kerajaan Madani.
2. ๐๐จ๐ช ๐๐๐ง๐ฅ๐๐๐ช๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐ผ๐๐๐ข๐
o Isu DAP dan pengaruhnya dalam kerajaan mungkin akan digunakan untuk menakutkan orang Melayu, kononnya Islam terancam dan hak orang Melayu makin terhakis.
3. ๐๐จ๐ช ๐๐ฃ๐ฉ๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฉ๐๐ก๐ช๐จ๐๐ฃ
o PN mungkin akan ulang-ulang cerita pasal isu 1MDB, LCS, dan isu rasuah yang masih belum selesai. Kalau ada pemimpin kerajaan yang ada kes, itu akan dijadikan peluru.
4. ๐๐จ๐ช ๐๐๐ง๐ฉ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ข๐ค๐๐๐ฉ๐
o Kawasan seperti Ayer Kuning yang banyak bergantung kepada pertanian dan kebun kecil akan rasa tempias kalau harga hasil turun. PN mungkin akan janji nak bantu petani dan pekebun kecil kalau mereka diberi mandat.
5. ๐๐จ๐ช ๐๐ง๐๐จ๐ฉ๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ ๐ฎ๐๐ฉ
o Kalau ada kelemahan wakil rakyat BN sebelum ini, termasuk perkhidmatan tak memuaskan, lambat turun padang, atau tak mesra rakyat โ ini pun akan dimainkan.
6. ๐๐๐ฃ๐ฉ๐๐ข๐๐ฃ "๐๐ง๐ค๐ฉ๐๐จ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ฅ"
o Dalam banyak PRK sebelum ni, ada undi protes โ orang tak marah sangat, tapi dia nak ajar sikit. Jadi, ada kemungkinan PN akan mainkan sentimen โundi untuk tegur kerajaan.โ
๐๐๐๐๐ซ๐๐ฉ๐ ๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ซ๐๐ง๐ฎ๐ง๐ -๐ซ๐๐ง๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐๐ง :
1. Nada kecewa yang makin kedengaran
o Ada penyokong lama yang mula bersuara secara terbuka, terutama di media sosial dan kedai kopi โ "apa UMNO buat sekarang?", "kenapa banyak isu rakyat lambat selesai?". Kalau rasa kecewa tu tak dijawab, ia boleh jadi undi protes atau golput (tak keluar mengundi).
2. Generasi muda dalam keluarga UMNO
o Dalam banyak keluarga yang selama ni sokong UMNO, anak-anak muda mereka kini lebih terbuka dengan TikTok, YouTube dan media sosial โ yang banyak dikuasai naratif pembangkang. Mak ayah mungkin kekal, tapi anak-anak pengundi baru boleh belok arah.
3. Keterikatan dengan isu agama dan Melayu
o PN bijak bermain naratif โkerajaan sekarang tak jaga Islam dan Melayuโ. Walaupun tak semestinya benar, sentimen macam ni boleh cucuk emosi. Kalau BN dan Kerajaan Perpaduan lambat counter dengan fakta & pendekatan mesra rakyat, ia boleh jadi masalah.
4. Kesan โpenyatuanโ undi pembangkang
o Kalau dulu undi lawan BN berpecah antara PH dan PN, kali ni ada kemungkinan pengundi yang kecewa akan pakat undi PN sebagai โundi penentang tunggalโ. Itu boleh ubah corak kawasan majoriti Melayu.
5. Masalah dalaman atau sabotaj kecil-kecilan
o Kadang-kadang calon tak kena dengan jiwa akar umbi pun boleh buat pengundi tak turun. Tambah p**a kalau ada tokoh tempatan yang terasa hati atau dipinggirkan.
๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง, ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ ๐
๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ญ๐ค๐๐ง ๐๐:
โข ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐ญ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ฎ๐๐ญ ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ญ๐ข๐.
โข ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐๐๐๐ข ๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ค๐๐ญ.
โข ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐ ๐๐๐ง ๐๐ ๐๐ข ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐ง๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ฌ๐ญ๐๐๐ข๐ฅ.
โข ๐๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ค๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐ค๐๐ซ ๐ฎ๐ฆ๐๐ข ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง.
๐๐๐ ๐๐ฒ๐๐ซ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ฌ๐
Ini bukan sekadar PRK, tapi macam โmini referendumโ โ orang kampung akan gunakan undi mereka untuk sampaikan mesej: sama ada mereka masih bersama BN dan Kerajaan Perpaduan, atau mereka nak โbagi isyaratโ yang lebih keras.
Yang penting sekarang, bukan siapa lebih pandai bercakap, tapi siapa yang lebih pandai dengar suara rakyat.
๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฟ. ๐๐น๐ฒ๐
๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ ๐ก๐ผ๐ผ๐ฟ
๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต ๐๐น๐ฎ๐บ
๐ฒ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ