09/12/2025
SYARAT IMAN ADA 6 :
1. KASIH KEPADA ALLAH DAN RASUL.
Mahabbah Allah dan Mahabbah Rasul. Itu kewajipan . Kasih Allah Wajib , kasih Rasul pun wajib .
Selagi tak timbul kasih pada Allah dan kasih pada rasul, maknanya kita masih di darjah orang AWAM , yang bergelumang dengan dosa . Kalau tidak ditolong Allah , kita tak akan naik iman .
2. BENCI SETERU ALLAH .
Apa dia seteru Allah ?
MUSUH ALLAH . Maka segala yang menjadi musuh Allah Wajib dibenci . Segala yang Allah murka itu namanya musuh Allah . Segala jenis maksiat , Segala jenis Fahsya' dan mungkar dan kemunafikan , itu semuanya adalah musuh Allah yang wajib dibenci .
HARAM MENGASIHI MAKSIAT.
Sepertimana haram kita mengasihi penyanyi-penyanyi yang melalaikan manusia dari mengingati Allah .
Mengasihi pelakon-pelakon filem
yang berlakon yang tidak dibenarkan oleh syara' .
Mengasihi ahli s**an ,
pemain bola sepak dunia yang jelas-jelas melanggar hukum Allah.
Mengasihi pemimpin-pemimpin yang tidak menghukum dengan hukum Allah .
Menjadikan seseorang orang yang bermaksiat kepada Allah sebagai idola , dan ikutan , dan tauladan .
Mengasihi muzik-muzik yang melalaikan hati dari mengingati Allah . Mengasihi apa jua yang dilarang oleh Allah, maka bermakna tidak akan dapat didalam hatinya kasih Allah .
Bila ada kasih kepada musuh Allah ,
maka hati tak akan kasih kepada Allah dan tak akan kasih kepada Rasul .
3. AL-KHAUF . Takut azab Allah .
Takut Azab Allah ni syarat iman .
Seseorang tak dikira beriman jika ia tidak takut pada Allah .
Siapa tak takut kepada murka Allah,
tak takut pada azab Allah,
maka bermakna dia tak beriman kepada Allah .
Bila tercabut dari hati rasa takut kepada azab , barangkali sudah tercabut iman dari dalam hati .
ORANG YANG BERBUAT MAKSIAT TETAPI MASIH RISAU KALAU-KALAU DIA MATI DALAM KETIADAAN IMAN , ITU BERMAKNA DIA MASIH ADA IMAN . CUMA IMANNYA LEMAH .
Tapi, kalau sudah tidak ada lagi ketakutan didalam hati kepada azab Allah, itu bermakna imannya sudah keluar dari hatinya , sudah gugur .
Wal’iyadzubillah min zalik .
Jadi,
sejauh manapun dosa kita dengan Allah ,
jangan sampai rasa tidak takut dengan azab Allah .
Mintak tolonglah dengan Allah agar dapat tinggalkan segala jenis maksiat , Fahsya' dan mungkar . Mintak tolonglah dengan Allah agar dijauhi dari bersifat dengan sifat munafik .
Jangan rasa seronok dengan kemaksiatan , kemungkaran yang kita buat .
Bila rasa seronok , jaga-jaga .
Harini kita seronok dengan maksiat,
satu hari kita akan menghalalkannya .
Bila kita sudah menghalalkannya ,
jaga-jaga itu tanda iman sudah gugur dari hati kita .
Menghalalkan yang haram,
mengharamkan yang halal hukumnya murtad
Wal 'iyazubillah .
4. Al-RAJA' .
Harap rahmat Allah , harap pertolongan Allah , harap bantuan Allah , harap keampunan Allah , harap keredhaan Allah , harap Allah kasih kepada kita , harap Allah masukkan kita kedalam syurga , harap Allah jauhi kita daripada neraka , harap mati syahid Akhbar , itu namanya Al-RAJA' .
kita buat dosa banyak,
harap Allah ampun dosa kita .
kita solat tak pernah khusyuk ,
Harap Allah ampuni dosa kita .
Jangan rasa puas
dengan solat yang tak pernah khusyuk ,
itu namanya GHARAR , tipu daya dalam solat .
Itulah tipu daya dalam solat, Solat tak khusyuk tapi rasa lega . itulah namanya solat beserta dengan keUJUban .
UJUB ni maknanya apa ?
perasan diri dah baik sebab dah solat . Rasa lega dengan ibadah yang tidak khusyuk , yang tidak seberapa , yang banyak cacat , itu nama dia tipu daya dalam beribadah .
“ Moga -moga Allah jaga kita daripada terkena tipudaya itu . kalau kita dah duduk dalam tipudaya itu , cari jalan macam mana nak keluar . jangan seronok dalam tipu daya . Takut mati su'ul khatimah "
5. BESARKAN PERINTAH ALLAH.
Utamakan suruhan Allah,
contohnya seperti menuntut ilmu .
Utamakan dulu ilmu Fardhu Ain . Yang fardhu kifayah tu belakang-belakang sikit pon tak apa .
Imam Ghazali kata ,
Mendahulukan Fardhu kifayah sebelum Fardhu Ain adalah HARAM ,Kata Imam Ghazali
dalam Ihya' Ulumuddin .
Boleh jumpa juga dalam kitab Siyarussalikin , karangan Syeikh Abdul Somad Al-Falimbani .
Boleh jumpa juga dalam kitab HidayatulSalikin karangan Imam Al-Ghazali , dan beberapa kitab-kitab lagi yang dinyatakan HARAM mendahulukan yang fardhu kifayah sebelum fardhu ain .
6. TAUBAT NASUHA .
Apa dia taubat nasuha ?
Taubat maknanya Kembali mentaati perintah Allah .
TAUBAT ADA 3 PERINGKAT :
1. BERTAUBAT DARI SEGALA JENIS DOSA Maksiat , Fahsya' Mungkar dan kemunafikan . Itu namanya taubat darjah orang AWWAM yang dinamakan taubat darjah Muttaqin .
2. BERTAUBAT DARIPADA KELUPAAN DAN KELALAIAN . Ini taubat darjah orang KHAWWAS . Darjah orang pilihan tuhan . Dia terlupa, dia taubat . Lupa kepada Allah , dia taubat .
3. BERTAUBAT ATAS DASAR MAHABBAH ALLAH . Taubat darjah KHAWWASUL KHAWWAS . Orang pilihan yang terpilih . Taubat darjah AL-inabah . Mereka bertaubat bukan kerana melakukan dosa, tetapi bertaubat atas dasar mempersembahkan rasa cinta mereka kepada tuhan .
Nabi bertaubat bukan kerana dosa, bukan kerana lalai , tapi bertaubat kerana MAHABBAH ALLAH .
Inilah dia 6 syarat iman yang wajib diketahui,
Wajib kita ingat sampai mati .
TUAN GURU USTAZ ANWAR HELMY
Syarah kitab MINHAJUL ABIDIN .