Esma Daniel

Esma Daniel ~Every job is a self-portrait of the person who does it. Autograph your work with excellence.~

Alhamdulillah.Kadang-kadang, sebuah festival filem bukan sekadar tempat menonton atau menilai karya, tetapi juga tempat ...
02/07/2026

Alhamdulillah.
Kadang-kadang, sebuah festival filem bukan sekadar tempat menonton atau menilai karya, tetapi juga tempat terjalinnya persahabatan yang merentas negara.
Saya berkenalan dengan Dr. Humaid Said Al Amri dari Oman ketika Kazan International Muslim Film Festival (KIFF) 2024. Daripada perbualan mengenai filem dan industri kreatif, lahirlah sebuah artikel yang memperkenalkan sinema Malaysia kepada pembaca dunia Arab melalui Contre Cinéma, sebuah majalah filem berbahasa Arab yang diterbitkan di Algeria dan diedarkan secara digital.
Saya amat menghargai usaha beliau mengupas perjalanan sinema Malaysia, daripada legasi Allahyarham P. Ramlee dan Yasmin Ahmad, kejayaan antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh, sehinggalah kepada peranan dalam membangunkan ekosistem industri filem negara melalui pembangunan bakat, promosi antarabangsa dan inisiatif seperti Film in Malaysia Incentive (FIMI).
Lebih bermakna apabila artikel ini turut menyebut nama saya sebagai antara penggiat industri. Bagi saya, ia bukan sekadar penghargaan peribadi, tetapi satu pengiktirafan kepada perjalanan sinema Malaysia yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Terima kasih, Dr. Humaid, atas persahabatan dan sokongan yang diberikan. Semoga lebih banyak kisah tentang Malaysia dapat dikongsi kepada masyarakat dunia, dan semoga hubungan antara penggiat filem Malaysia dan dunia Arab terus berkembang.

Malaysia Kazan

Hari ini saya berpeluang menonton filem    bersama isteri. Syukur masih sempat menyaksikannya di pawagam.Menghasilkan fi...
24/06/2026

Hari ini saya berpeluang menonton filem bersama isteri. Syukur masih sempat menyaksikannya di pawagam.
Menghasilkan filem biografi atau naskhah yang diinspirasikan daripada kisah hidup seseorang bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila individu tersebut telah meninggal dunia. Cabarannya adalah mengimbangi fakta, interpretasi dan sensitiviti.
Bagi saya, di sinilah terletaknya keunikan Sutradara ini ,Beliau memberi ruang kepada watak yang diangkat untuk dilihat sebagai seorang manusia — dengan kekuatan dan kelemahannya — tanpa menafikan hakikat sejarah yang telah berlaku.
Polong mengajak kita melihat sebuah kisah yang pernah menjadi perhatian masyarakat dari sudut yang lebih berlapang dada dan penuh pengajaran. Pada akhirnya, manusia hanya mampu berusaha memahami, manakala segala penentuan adalah milik Allah SWT. Tahniah kepada seluruh tenaga produksi. 👏🎬

Lawatan ke Bangunan Sultan Abdul Samad – 18 Jun 2026Hari ini saya berpeluang menerima jemputan daripada CEO Pengurusan A...
18/06/2026

Lawatan ke Bangunan Sultan Abdul Samad – 18 Jun 2026
Hari ini saya berpeluang menerima jemputan daripada CEO Pengurusan Aset Warisan Sdn Bhd (PAWSB), anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, En. Hilmie Hassan, bersama Chief Finance Officer, En. Shamsul Mohammed Isa, bagi meninjau perkembangan pemuliharaan dan pengaktifan semula Bangunan Sultan Abdul Samad.
Antara perkara menarik yang dikongsikan:
• Projek pemuliharaan dan pengaktifan semula bangunan berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 8 bulan sebelum dibuka semula kepada orang awam.
• Pendekatan yang diambil memberi penekanan kepada pemeliharaan struktur asal dan bahan binaan warisan sejajar dengan keperluan Akta Warisan Kebangsaan.
• Pelaksanaan projek berdepan pelbagai cabaran memandangkan kepakaran dalam seni bina tradisional dan teknik pembinaan lama semakin berkurangan, termasuk kerja-kerja melibatkan elemen tembaga, struktur bumbung serta perincian seni bina asal.
• Bangunan ini bukan sahaja berfungsi sebagai tarikan pelancongan utama Kuala Lumpur, malah usaha pemuliharaan yang dilaksanakan berjaya mengekalkan keaslian dan nilai sejarahnya untuk generasi akan datang.
Lawatan ini memberi gambaran jelas bahawa pemuliharaan warisan bukan sekadar memulihkan bangunan lama, tetapi juga menghidupkan semula identiti, sejarah dan naratif negara dalam bentuk yang relevan untuk masyarakat masa kini.
"Warisan yang dipelihara dengan baik bukan sahaja menghubungkan kita dengan masa lalu, malah menjadi aset strategik untuk masa depan."

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi keberanian membawa perubahan yang memberi man...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙
Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi keberanian membawa perubahan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Dalam perjalanan hidup, kerjaya dan khidmat kepada industri, saya percaya setiap usaha membina ilmu, memperkukuh nilai, menghubungkan budaya serta membuka peluang baharu adalah sebahagian daripada makna hijrah itu sendiri.
Semoga tahun 1448H ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta membuka lebih banyak ruang untuk kita berkhidmat, berkarya dan menyumbang kepada ummah.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjuang pada jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah."
(Surah Al-Baqarah: 218)
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

Bekerja dengan bakat baru  yang sedang meningkat naik  untuk
16/06/2026

Bekerja dengan bakat baru yang sedang meningkat naik untuk

With the leading man of  ,  🔥Looking forward to bringing this action thriller to audiences nationwide.See you in cinemas...
15/05/2026

With the leading man of , 🔥

Looking forward to bringing this action thriller to audiences nationwide.
See you in cinemas starting 21 May 2026. 🎬

Seusai urusan merisik anak dara Datuk Abraham dalam   untuk
04/04/2026

Seusai urusan merisik anak dara Datuk Abraham dalam untuk


Pagi Syawal selalu terasa sedikit sunyi sejak Abah pergi…Dah hampir 10 tahun.Tapi suara Abah… masih jelas dalam ingatan....
23/03/2026

Pagi Syawal selalu terasa sedikit sunyi sejak Abah pergi…
Dah hampir 10 tahun.
Tapi suara Abah… masih jelas dalam ingatan.
‘Hidup ni umpama roda…
ada masa di bawah, ada masa di atas.’
Dulu mungkin aku sekadar dengar,
hari ini… aku benar-benar faham.
Setiap jatuh bangun, setiap simpang yang aku pilih,
semuanya membawa aku kembali kepada pesanan itu.
Insyallah ,Roda itu masih berputar, Abah.
Dan saya masih berjalan… seperti yang Abah ajarkan dulu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Abah.
Al-Fatihah. 🤍”

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.Setahun kita diuji, setahun kita belajar.Ada jatuh, ada bangun.Ada kehi...
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
Setahun kita diuji, setahun kita belajar.
Ada jatuh, ada bangun.
Ada kehilangan, ada juga harapan baru.
Hari ini, kita kembali kepada fitrah—
memeluk yang tersayang,
memaafkan yang lalu,
dan mensyukuri setiap nafas yang masih diberi.
Jika ada salah dan silap dari saya, saya mohon maaf dari hati yang paling dalam.
Semoga kita semua terus kuat, terus ikhlas, dan terus melangkah.
— Esma Daniel

  di Viu Malaysia
11/03/2026

di Viu Malaysia

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Esma Daniel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Esma Daniel:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share