Blog iamfuzy

Blog iamfuzy Hari-hari masak, kadang rajin share resipi, kadang share tempat makan sedap, lokasi makan angin menarik.

Kadang2 ada cerita lawak dan motivasi supaya hidup kita lebih tenang dan happy. Bolehlah follow www.iamfuzy.com atau www.sweetsourleyra.blogspot.com

10/10/2025

MASAK CUKA IKAN MAYONG

Kalau bonda memang s**a guna ikan mayong atau ikan duri buat masak cuka. Lagi lama lagi sedap bila kuah cuma meresap ke dalam isi ikan

nak resipi ➡️ www.sweetsourleyra.blogspot.com

24/09/2025

MASAK PUTIH DAUN BELINJAU.

Memang sedap dengna rasa manis daun dan nak-nak p**ak ada ikan tenggiri jeruk dan sambal belacan

18/09/2025
21/08/2025

Tauge Masak Lemak Putih ni sedap kalau digandingkan. dengan ikan pekasam, sambal belacan dan ulam petai.

12/08/2025

Daun kelor.

Kalau kat utara dipanggil daun munggai bukan punggai tau😁

Kalau sebut morinaga pasti lebih kenal. Banyak sungguh namanya.

First time jumpa kat pasar dan dah selamat dimasak.

Sedap dan regunya ikan goreng dan sambal belacan, confirm bertambah nasi di pinggan.



Siapaa sangka,kulit nanas yang selalu kita buang ni boleh jadi minuman yang sedap gila. "Tepache"— rasa manis, masam, da...
11/08/2025

Siapaa sangka,
kulit nanas yang selalu kita buang ni boleh jadi minuman yang sedap gila.
"Tepache"
— rasa manis, masam, dan berkilau macam mood kita bila happy. ✨
Pernah tak, satu hari kau tengah potong nanas,
tiba-tiba rasa sayang nak buang kulitnya.
Itulah yang terjadi
kat aku minggu lepas.
Kulit nanas tu wangi betul, macam dia bisik, “Eh… aku masih ada cerita untuk kau.”
Lepas tu, aku teringat pasal satu minuman orang Mexico yang pernah aku baca — tepache.
Cerita dia, orang Mexico dulu s**a guna kulit nanas untuk buat minuman fermentasi manis masam yang menyegarkan.
Mereka tak guna mesin canggih pun, cuma kulit nanas, air, gula perang, dan masa.
Biar je beberapa hari, kulit nanas tu melepaskan rasa manis dan aroma tropika, sambil yis semula jadi buat kerja menghasilkan sedikit buih halus yang gatal-gatal di lidah.
Aku pun cuba.
Kulit nanas masuk dalam balang besar, tambah gula perang sampai air jadi warna karamel, kacau sikit, tutup longgar, dan tinggalkan di sudut dapur.
.
Hari pertama, baunya manis. Hari kedua, ada rasa masam-masam segar.
Hari ketiga, dia dah mula “hidup”, keluarkan bunyi halus macam dia tengah bernafas.
Dan bila aku rasa,
Wah, rasa dia macam pelukan tropika dalam gelas.
Itulah tepache.
Minuman yang lahir daripada “jangan membazir”,
tapi akhirnya jadi satu pengalaman rasa yang buat kau senyum sambil pandang nanas dengan penuh hormat.
Satu balang kecil di dapur, tapi ceritanya panjang — dari Mexico, singgah ke rumah aku, dan mungkin lepas ni, ke rumah kau p**a.



kredit Kak Leny via Ulam Ulaman

RESIPI DAGING GORENG CILI APIBahan-bahan Daging, dihiris nipisSerbuk kunyit2 sudu pes asam jawaGaram secukupnyaGulaMinya...
06/08/2025

RESIPI DAGING GORENG CILI API

Bahan-bahan
Daging, dihiris nipis

Serbuk kunyit

2 sudu pes asam jawa

Garam secukupnya

Gula

Minyak

Bahan dikisar kasar/tumbuk
10 tangkai cili api thai

10 tangkai cili api hijau

5 tangkai cili api kampung

2 batang serai, dihiris

3 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan daging dan serbuk kunyit kacau biar sebati dan mesra. Kemudian masukkan pes asam jawa. Bila daging nampak masak, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

3. Biarkan api perlahan, kacau daging kerap supaya tidak melekat dan bila dan nampak sempurna masaknya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

CEKODOK PISANG RANGUP LEMBUT DI DALAMBahan-bahan :4 biji pisang berangan1 senduk tepung beras2 sudu makan gula1/2 sudu g...
27/07/2025

CEKODOK PISANG RANGUP LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahan :
4 biji pisang berangan
1 senduk tepung beras
2 sudu makan gula
1/2 sudu garam
sedikit soda bikabonat
Minyak

Cara Penyediaan :
1. Kupas kulit pisang dan lenyekkan pisang hingga lumat. Masukkan gula dan garam, kacau hingga sebati.

2. Satukan tepung beras, dan sedikit soda bikabonat. Masukkan ke dalam adunan pisang sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair. Gaul supaya adunan tidak berketul dan sebati. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.

3. Panaskan minyak di dalam kuali dan sendukkan minyak yang telah mendidih, masukkan ke dalam adunan pisang. Gaul (dengan sudu) supaya sebati.

4. Kautkan adunan cekodok dengan hujung jari, gesel-geselkan di dinding bekas adunan dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Pastikan api tidak terlalu kuat.

5. Kacau dan balikkan cekodok pisang supaya masak dengan sempurna. Jangan masukkan adunan terlalu banyak kerana nanti susah untuk dibalikkan.

6. Bila cekodok sudah nampak kekuningan, angkat dan toskan didalam bekas berlapikan kertas tisu untuk toskan minyak.

Tip :

Tepung harus ditambah sedikit demi sedikit supaya nanti cekodok pisang tidak menjadi terlalu cair atau terlalu keras. Ini adalah kerana s**atan itu bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang kita masukkan.

15/07/2025

Resipi Mudah Kerabu Selom & Kacang Kelisa + Ikan

Salam Maal Hijrah 1447H
27/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H

Address

Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300

Telephone

+60182756994

Website

http://www.sweetsourleyra.blogspot.com/, http://www.boookku.blogspot.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blog iamfuzy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Blog iamfuzy:

Share

Salam ukhuwah ~ Welcome to iamfuzy official page

FB page ini adalah kesinambungan dari blog www.iamfuzy.com yang menampilkan pelbagai informasi gaya hidup yang dikongsi buat pembaca secara langsung.

Antara topik yang ditampilkan di blog dan dikongsi di sini untuk pembaca yang dihargai


  • kesihatan

  • kekeluargaan