AZtv Media

AZtv Media Portal Media Bebas, BerIntergriti & Tidak berpihak pada mana-mana parti politik…

Ashraf Zainal Global Resources(002524425-H)
→ FREELANCE MEDIA LIVE
→ CONTENT CREATOR
→ REVIEW PRODUCT/BISNES

Pertama di Malaysia! PMPA 2025 Bukakan Era Baharu Undang-Undang Angkasa : Bakal Lahirlah Generasi Peguam Angkasa NegaraN...
06/12/2025

Pertama di Malaysia! PMPA 2025 Bukakan Era Baharu Undang-Undang Angkasa : Bakal Lahirlah Generasi Peguam Angkasa Negara

NILAI, 6 Disember 2025 — Pertandingan Mut Perundangan Angkasa 2025 (PMPA 2025) hari ini dilancarkan secara rasmi di Mahkamah Mut Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sekali gus mencipta sejarah sebagai penganjuran pertama seumpamanya di Malaysia. Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Manan Ismail, Dekan FSU, yang mewakili Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Majlis turut dihadiri wakil-wakil utama industri angkasa negara termasuk Dr. Mhd Fairos Asillam, Penguasa Angkasa MOSTI, En. Amerridzal Bidin, Timbalan Presiden Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), serta para peserta daripada universiti awam dan swasta seluruh Malaysia.

Kerjasama Strategik MOSTI–USIM Perkukuh Ekosistem Angkasa

Dalam ucapan perasmian, Dr. Abdul Manan menegaskan bahawa penganjuran PMPA 2025 adalah hasil kerjasama erat antara MOSTI melalui Bahagian Penguasa Angkasa dan USIM, sebuah sinergi yang menggabungkan kekuatan dasar, kepakaran akademik serta misi membangunkan modal insan dalam bidang angkasa.

Beliau menambah, sokongan padu YIM sebagai rakan strategik turut memperkukuhkan usaha menjadikan PMPA sebuah program nasional yang berimpak tinggi.

Platform Melahirkan Peguam Angkasa Generasi Baharu

Menurut beliau, PMPA bukan sekadar pertandingan berhujah, tetapi sebuah platform penting yang mempersiapkan mahasiswa menghadapi era baharu teknologi angkasa — termasuk isu liability, state responsibility, freedom of exploration, debris orbit, keselamatan satelit dan tadbir urus global.

“Bidang undang-undang angkasa bukan lagi konsep masa depan. Ia adalah keperluan semasa ketika dunia berlumba melancarkan roket komersial dan menempatkan ribuan satelit di orbit,” jelas beliau.

USIM Terus Perkukuh Peranan dalam Ilmu Frontier

Selaras dengan aspirasi universiti, USIM menekankan gabungan unik antara syariah, undang-undang dan sains, menjadikan diskusi mengenai tadbir urus angkasa lebih beretika, seimbang dan mampan.

Dr. Abdul Manan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk jawatankuasa penganjur, panel hakim, pensyarah dan sukarelawan yang memastikan pertandingan berjalan lancar dan profesional.

PMPA 2025 Rasmi Dibuka

Majlis diakhiri dengan pengumuman rasmi pembukaan PMPA 2025 yang disambut tepukan gemuruh oleh semua peserta. Pertandingan ini dijangka menjadi pemangkin kepada lahirnya pengamal undang-undang angkasa pertama negara dalam beberapa tahun mendatang.

Land Rover 50 Tahun Hampir Tembus Podium: GG 4x4 Cipta Keajaiban di RFC 2025GUA MUSANG, 7 Disember 2025 — Dengan hanya b...
06/12/2025

Land Rover 50 Tahun Hampir Tembus Podium: GG 4x4 Cipta Keajaiban di RFC 2025

GUA MUSANG, 7 Disember 2025 — Dengan hanya berbaki tiga hari terakhir sebelum tirai Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2025 dilabuhkan, pasukan GG 4x4 terus menunjukkan konsistensi luar biasa dalam perlumbaan lasak ekstrem di Gua Musang, Kelantan yang bermula sejak 2 Disember lalu.

Pasukan yang berpangkalan di Marang, Terengganu itu tampil berani dengan mempertaruhkan Land Rover Defender Series 3 88 — jentera hampir 50 tahun — bagi menamatkan keseluruhan 46 peringkat cabaran (SS) meskipun berdepan lawan yang dilengkapi teknologi serba moden.

Menurut pengurus pasukan, Azili Safeei, sehingga kini GG 4x4 hanya terpaksa menerima satu ‘DNS’ iaitu di SS16 akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Ini satu rekod yang masih boleh dibanggakan kerana beberapa pasukan lain berdepan kerosakan lebih besar. Motivasi pasukan masih tinggi, terutama mekanik-mekanik kami yang sanggup berhempas pulas memperbaiki kerosakan dalam serba kekurangan,” katanya.

Beliau menambah bahawa jentera klasik mereka masih berada dalam momentum terbaik untuk memburu podium musim ini.

“Kami bangga dengan jentera tua ini. Melihat kepada prestasi semasa, peluang kami tetap ada. Semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata, cuma faktor cuaca dalam hutan nanti mungkin memberi cabaran berganda,” jelasnya.

Selain pasukan tempatan, perlumbaan ini turut disertai peserta antarabangsa dari Rusia, Poland dan Latvia, menjadikan keseluruhan 22 jentera bersaing merebut gelaran juara.

RFC Grand Final 2025 bakal melabuhkan tirai pada 10 Disember 2025, sebagai siri terakhir perlumbaan ekstrem 4x4 untuk musim ini selepas berlangsung di beberapa negara benua sepanjang tahun.

15/11/2025

3 Keluarga Malaysia Dijadikan Tebusan di Kemboja — MHO Rayu Tindakan Segera!

KUALA LUMPUR — Malaysia International Humanitarian Organization (MHO) hari ini tampil bersama tiga waris mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja bagi merayu tindakan segera kerajaan Malaysia dan Cambodia menyelamatkan ahli keluarga mereka yang dipercayai menjadi mangsa penipuan dan pemerdagangan manusia.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, kes-kes yang dibawa hari ini menggambarkan situasi semakin membimbangkan apabila sindiket menggunakan tawaran kerja palsu untuk memperdaya rakyat Malaysia ke negara-negara Asia Tenggara sebelum dipaksa bekerja atau dijadikan tebusan.

Kes 1: Hilang Ketika Ke Singapura, Rupanya Dibawa ke Kemboja

En. Mohammad Nyisak berkata keluarganya trauma selepas ahli keluarga yang pada mulanya dijangka bekerja di Singapura tiba-tiba hilang dan hanya dikesan berada di Kemboja. Keberadaannya kini tidak jelas dan keluarga merayu campur tangan kerajaan.

Kes 2: Dua Beradik & Sepupu Ditipu Tawaran Kerja Korea & Singapura

Dalam kes kedua, Cik Nuraime memaklumkan adik kandung serta adik sepupunya turut diperdaya. Kedua-duanya dijanjikan pekerjaan di Korea dan Singapura, namun beberapa minggu kemudian keluarga menerima maklumat bahawa mereka berada di lokasi sama di Kemboja.
Lebih mendesak, keluarga menerima tuntutan wang tebusan RM65,000 seorang daripada sindiket.

Kes 3: Ditawarkan Kerja di Laos, Didapati Hilang di Phnom Penh

Sementara itu, Cik Vedyah Chaleni mendedahkan adik lelakinya yang ditawarkan pekerjaan di Laos akhirnya dikesan berada di Phnom Penh. Kedudukannya tidak diketahui dan keluarga diarahkan membayar RM30,000 sekiranya mahu dia dibebaskan.

MHO Gesa Kerajaan Bertindak Segera

Datuk Hishamuddin menyeru Kedutaan Malaysia di Kemboja, pihak keselamatan Cambodia serta Kementerian Dalam Negeri Cambodia untuk bertindak segera mengesan, menyelamat dan membawa pulang semua mangsa.
Beliau menegaskan bahawa isu sindiket pekerjaan palsu dan pemerdagangan manusia kini berada pada tahap kritikal dan semakin agresif mensasarkan rakyat Malaysia.

MHO Ingatkan Orang Ramai: Jangan Mudah Percaya Tawaran Kerja Luar Negara

MHO turut menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan tawaran kerja luar negara yang mencurigakan, terutama yang menjanjikan gaji lumayan tanpa prosedur yang jelas. Sindiket penipuan dan pemerdagangan manusia kini semakin licik dan terancang.

*JUALAN IKAN SEGAR HARGA PATUT RM5/Kg*Turut Sama *Jualan Ehsan Rahmah* *(JER)* *Madani* padaTarikh : 15 November 2025Har...
13/11/2025

*JUALAN IKAN SEGAR HARGA PATUT RM5/Kg*

Turut Sama

*Jualan Ehsan Rahmah* *(JER)* *Madani* pada

Tarikh : 15 November 2025
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : *PUSAT JUALAN IKAN MASIN*
Jalan Taliair 7, Kg. Sg. Leman, Sekinchan, Selangor Darul Ehsan.

*_Semua Dijemput Hadir!!_*
Use Waze to drive to Ikan masin sekinchan: https://waze.com/ul/hw0xuh75ch

Wow dah ada jam G-Shock Khas keluaran PMX 😅
13/11/2025

Wow dah ada jam G-Shock Khas keluaran PMX 😅

09/07/2025

“Kita Dah Jadi Pelancong di Negara Sendiri” – Operasi KDN Pulihkan Kawasan Tumpuan

KUALA LUMPUR - Kawasan-kawasan tumpuan di ibu kota seperti Chow Kit, Jalan Silang, dan Bukit Bintang yang sebelum ini ‘dikuasai’ oleh kehadiran warga asing tanpa izin kini dilihat semakin terkawal hasil tindakan tegas dan bersepadu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut satu kenyataan yang tular di media sosial, kebanjiran warga asing sehingga rakyat tempatan sendiri merasakan seperti "pelancong di negara sendiri" semakin berkurangan berikutan siri operasi penguatkuasaan intensif yang dijalankan sejak kebelakangan ini.

"Tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa kartel-kartel lama yang sebelum ini bermaharajalela kini semakin lumpuh hasil tindakan tegas pihak berkuasa," kata seorang pengguna media sosial dalam satu klip video yang kini mendapat perhatian ramai.

Langkah-langkah yang dilaksanakan termasuk:

• Program Repatriasi Migran (PRM)
• Operasi penguatkuasaan di lokasi-lokasi kritikal
• Sistem E-visa Tanpa Ejen
• Kawalan ketat oleh majikan terhadap pergerakan pekerja asing

Kesemua inisiatif ini dilaksanakan di bawah pimpinan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, sebagai langkah memperkukuh kedaulatan undang-undang negara.

Orang ramai turut digesa agar memainkan peranan dengan melaporkan kehadiran warga asing yang mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan komuniti setempat terus terpelihara.

"Kita bukan anti warga asing, tetapi undang-undang mesti dihormati. Bila penguatkuasaan kukuh, negara pasti selamat," ujar kenyataan tersebut lagi.




RELA 53 Tahun: Simbol Ketahanan dan Semangat Rakyat Malaysia KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 –Hari ini menandakan satu lagi d...
04/07/2025

RELA 53 Tahun: Simbol Ketahanan dan Semangat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 –
Hari ini menandakan satu lagi detik bersejarah apabila Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-53. Sejak ditubuhkan pada 1972, RELA terus memainkan peranan penting sebagai pasukan barisan hadapan dalam pelbagai situasi termasuk bencana alam, kawalan keselamatan sempadan dan perhimpunan berskala besar.

Selanjutnya baca 👇
http://aztvmedianews.blogspot.com/2025/07/rela-53-tahun-simbol-ketahanan-dan_3.html

Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut NegeriKeluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan mengikut negeri, merangkumi KDNK p...
04/07/2025

Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut Negeri

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) tahunan mengikut negeri, merangkumi KDNK pada harga semasa dan malar mengikut jenis aktiviti ekonomi.



- Warta Semasa -

KEMPEN MALAYSIA MADANI Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani,YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Sri/Datuk/Datuk Indera/D...
04/07/2025

KEMPEN MALAYSIA MADANI

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani,

YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Sri/Datuk/Datuk Indera/Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengarahkan agar kempen Malaysia MADANI dipergiatkan secara menyeluruh dan berskala besar oleh semua kementerian dan agensi.

Sehubungan itu, semua penyampaian komunikasi oleh Menteri dan Kementerian mestilah diselaraskan dengan kempen:

*
*

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO akan mengedarkan perincian lanjut berhubung pelaksanaan kempen kepada semua unit Komunikasi di Kementerian berhubung perkara ini.

Kerjasama dan tindakan segera semua pihak adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Sumber - Warta Semasa

04/07/2025

Saifuddin Nasution – Mendekati Rakyat Dengan Ikhlas, Bukan Tugas Semata

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025 –
Dalam kesibukan dunia politik yang sering dihiasi dengan publisiti dan gimik, kelibat Datuk Seri Saifuddin Nasution (DSSN) tampil berbeza. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang merendah diri, tidak gemar menonjolkan diri, namun sentiasa hadir bersama masyarakat secara senyap dan ikhlas.

http://aztvmedianews.blogspot.com/2025/07/saifuddin-nasution-mendekati-rakyat.html





04/07/2025

EPS Malaysia Kecam Tindakan PPIM Ganggu Tugas – Desak Hormat Prosedur Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2025 –
Ejen Perolehan Semula Malaysia (EPS) hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang didakwa telah mengganggu tugas mereka secara terbuka menerusi media sosial.

Presiden EPS, En. Asrul Effendi, dalam satu sidang media khas, menegaskan bahawa tindakan tersebut bukan sahaja mencemar imej organisasi, tetapi turut menjatuhkan maruah ahli-ahli EPS yang bertugas mengikut saluran sah.

“Kami tak pernah balas walau dicerca berkali-kali, tapi bila ahli kami dihina dan dicemuh, kami perlu bersuara,” katanya.
Ini merupakan sidang media pertama EPS sejak NGO itu ditubuhkan sedekad lalu.

EPS menegaskan bahawa segala operasi mereka adalah berlandaskan undang-undang dan mereka tidak akan sesekali melindungi mana-mana ahli yang melanggar peraturan.

“Kami tidak perlu diletakkan di bawah mana-mana NGO lain kerana kami berdaftar secara sah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN),” jelasnya lagi, merujuk kepada cadangan untuk EPS berada di bawah pengawasan pihak lain.

Naib Presiden EPS, En. Khairollizam turut menyelar budaya menyebarkan maklumat secara viral yang dilihat memberi kesan buruk kepada organisasi.
“Kalau tak puas hati, ikut saluran betul. Jangan main viralkan dan cemarkan maruah kami,” tegasnya.

EPS berharap agar semua pihak, termasuk NGO lain dan orang awam, lebih menghormati peranan mereka sebagai pihak yang sah di sisi undang-undang dalam melaksanakan tugas perolehan semula secara profesional dan beretika.

03/07/2025

Tak Perlu Bermusuh: PPIM & Ridzuan Ikhlas Kekal Bersama Perjuangkan Isu Rakyat

Teruskan Tugas Sukarela Demi Rakyat walau telah dibubarkan

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2025 – Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menegaskan bahawa isu pembatalan sesebuah pertubuhan tidak wajar dijadikan punca perbalahan atau permusuhan. Menurut beliau, walaupun pertubuhan tertentu telah dibatalkan pendaftarannya, hubungan persahabatan dan kerjasama harus terus dikekalkan.

“Toqqi dimaklumkan bahawa organisasi tersebut telah diharamkan. Tapi kita tetap berkawan, bersahabat seperti biasa. Dari sudut undang-undang, itu kita serah kepada pihak berkuasa untuk uruskan. Kita tak mahu jadi pihak yang menghina atau menghasut,” ujarnya.

http://aztvmedianews.blogspot.com/2025/07/tak-perlu-bermusuh-ppim-ridzuan-ikhlas.html

Address

Kuala Lumpur
50100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AZtv Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AZtv Media:

Share