24/08/2026
Bila ahli akademik mula berdepan tekanan politik, di sinilah pentingnya peranan suara yang berbeza dalam sesebuah organisasi.
Pihak yang dilihat berada di haluan kiri atau mengambil pendirian berbeza sebenarnya boleh menjadi elemen penting dalam pembangunan organisasi — bukan semata-mata untuk menentang, tetapi sebagai check and balance supaya setiap keputusan dapat dinilai dari pelbagai sudut.
Dalam isu Dr. Solehah Yaacob, pihak UIAM mengesahkan perkhidmatan beliau sebagai kakitangan akademik telah berakhir secara rasmi pada 27 April 2026. Beliau juga tidak lagi memegang jawatan profesor atau dibenarkan mewakili UIAM dalam sebarang urusan.
Persoalannya, dalam sebuah institusi akademik, sejauh mana ruang untuk perbezaan pandangan dan suara kritikal perlu dipelihara?