MotoDotMy

MotoDotMy Penyedia kandungan berita, analisis teknikal industri automotif dan sukan permotoran dua/empat roda nasional/global serta apa saja berkaitan dunia automotif.
(10)

www.motodotmy.com
AL Media (003525309-A)

11/09/2026
11/09/2026

LETBE Mecha! Ini antara skuter yang tampil dengan rekaan 'di luar kotak' yang sedang dirancang
MForce Bike untuk dibawa ke pasaran Malaysia!

Kepada yang rasa pilihan skuter bawah 200 cc di pasaran sekarang 'membosankan', ini mungkin boleh membantu anda untuk buang rasa tu.

Terus bersama MotoDotMy



CATATAN ke-9 terpantas direkodkan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli pada sesi FP1 GP San Marino 2026 yang berlang...
11/09/2026

CATATAN ke-9 terpantas direkodkan pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli pada sesi FP1 GP San Marino 2026 yang berlangsung dalam keadaan litar separa kering di Misano, hari ini.

Lebih menarik, catatan 1 minit 49.31 saat itu dilakukan oleh pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu di saat akhir sesi dan 3.028 saat di belakang catatan terpantas dilakukan Joel Kelso (GYRD Racing).

Terus bersama MotoDotMy



HONDA CB750 E-Clutch Hornet (2026) Dah Sampai Malaysia, RM 44,999!Selain Honda NX500, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) turu...
11/09/2026

HONDA CB750 E-Clutch Hornet (2026) Dah Sampai Malaysia, RM 44,999!

Selain Honda NX500, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) turut mengumumkan model 'naked sports' terbaharunya, Honda CB750 dengan teknologi E-Clutch turut rasmi di Malaysia.

Tampil dengan rekaan yang cukup moden dan garang, Honda CB750 menjadi model pertama Honda yang menggabungkan kepintaran teknologi E-Clutch dengan sistem pendikit elektronik 'Throttle-By-Wire'.

Integrasi kedua-dua sistem ini membolehkan fungsi 'rev-matching' bertindak secara automatik ketika penukaran gear ke bawah, memberikan pengalaman tunggangan agresif yang lebih lancar dan terkawal setanding 'quick-shifter' konvensional.

Di bahagian trenkuasa, Honda CB750 E-Clutch Hornet dikuasakan oleh enjin 755 cc, 2 Silinder yang menghamburkan kuasa 67.5 kW dan tork 75 Nm.

Ada 5 mod tunggangan tersedia termasuk 2 tetapan manual (SPORT, RAIN, STANDARD, USER 1, USER 2) berserta tiga tahap kawalan cengkaman HSTC, Wheelie Control dan pelarasan brek enjin.

Terus bersama MotoDotMy




SEJUJURNYA, selepas apa yang berlaku kepada Jorge Martin pada musim lalu, apa yang diperoleh pelumba Aprilia itu pada mu...
11/09/2026

SEJUJURNYA, selepas apa yang berlaku kepada Jorge Martin pada musim lalu, apa yang diperoleh pelumba Aprilia itu pada musim ini - menghuni carta sebagai pendahulu memang sesuatu yang agak mengejutkan.

Dan ia turut membuatkan kempen MotoGP pada musim ini menjadi lebih menarik dan mengujakan.

Seperti pendahulu kejuaraan lain, Martin nampaknya lebih gemar merendah diri dan menyatakan meskipun berada di kedudukan itu, dia tak pernah berfikir dia menjadi pilihan utama untuk merebut gelaran.

Terus bersama MotoDotMy



PENANTIAN Berakhir, Honda NX500 E-Clutch Kini Di Malaysia, RM 34,099!Honda Motor Malaysia akhirnya membawa masuk versi p...
11/09/2026

PENANTIAN Berakhir, Honda NX500 E-Clutch Kini Di Malaysia, RM 34,099!

Honda Motor Malaysia akhirnya membawa masuk versi paling canggih untuk motosikal bergaya 'Sport touring' aras tengah popularnya, Honda NX500 E-Clutch (2026).

Seperti diketahui, penambahan teknologi E-Clutch membolehkan sistem menguruskan operasi klac berjalan secara automatik ketika jentera mula bergerak, berhenti dan menukar gear.

Justeru, penunggang yang kurang mahir dalam penggunaan klac dapat menghapuskan risiko enjin mati selain memberikan tunggangan yang lebih selesa dan fleksibel untuk kegunaan harian mahupun laluan off-road ringan.

Begitupun, penunggang masih boleh memilih untuk mematikan sistem itu dan menggunakan tuil klac secara manual pada bila-bila masa.

Ringkas trenkuasa, Honda NX500 E-Clutch kekal dipacu enjin 471 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, yang menjana kuasa 37 kW dan tork 45 Nm.

Terus bersama MotoDotMy




PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli akan turun beraksi di Misano bagi menghadapi saingan Moto3 Grand Prix San Marino 2026...
11/09/2026

PELUMBA negara, Hakim Danish Ramli akan turun beraksi di Misano bagi menghadapi saingan Moto3 Grand Prix San Marino 2026 bermula, hari ini.

Seperti biasa, 2 sesi berlangsung bermula dengan sesi Latihan Bebas 1 (FP1) diikuti sesi Latihan yang menentukan senarai pelumba yang layak terus ke Kelayakan 2 (Q2), esok.

Pada GP Aragon 2 minggu lalu, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi kelahiran Terengganu itu berjaya melayakkan diri secara terus ke Q2 dan menamatkan perlumbaan dalam pungutan mata.

Terus bersama MotoDotMy




11/09/2026

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MotoDotMy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MotoDotMy:

Shortcuts

Share