08/09/2025
“Pagi ini, saya tidak mampu menahan tangisan…”😭😭
Seorang ibu tunggal, dengan 4 anak kecil, datang kepada saya pagi tadi. Hidupnya susah, penuh kekurangan, namun di tangannya ada RM100.Dengan suara perlahan, dia berkata, “Ini makngah nak bagi dekat hampa,makngah niat mai dari rumah lagi, tanda terima kasih atas kebaikan hampa dua laki bini .”
Saya tergamam. Hati saya remuk. Saya menolak berkali-kali. Saya katakan, “makngah jangan. makngah lebih memerlukan ,anak-anak kecik nak sekolah lagi . Saya masih mampu, masih boleh mencari rezeki.” Tapi dia tetap berkeras.
Air matanya mengalir, dan akhirnya, saya tidak mampu lagi menahan air mata saya sendiri. 😭😭Dalam serba kekurangan, dia memilih untuk memberi. Dia memberi kepada saya, yang sebenarnya tidak memerlukan, hanya kerana dia merasa terhutang budi.
Pagi ini, hati saya belajar sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Ikhlas itu tidak ada ukurannya. Ia datang dari hati yang paling dalam, walau sebesar mana pun ujian yang ditanggung.Sebagai contoh mak saya sendiri 😭 orang yang susah tak pandai membaca menulis , bawak basikal pun tak pandai tapi walaupun bergitu dia masih mampu besarkan kami tiga beradik dengan sorang dari kami OKU hingga sekarang …Allahh..
“Kadang-kadang, yang paling kurang itulah yang paling banyak memberi.” moga syurga buat Mu mak saya dan semua ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu didalam dunia 😭😭
THE POWER OF SEDEKAH!!
“saya malu dengan diri sendri !!😭😭 fahamkan rasanya mcm mana ,bila org yg lagi susah sedekah dekat kau yg masih mampu 🥺 berasa berdosa rasa mcm ptut aku yg tlg dia tah la xtahu nk gambar mcm mna perasaan tu “
😭😭
Perkongsian Azmina Iena