Hibah, Wasiat, Faraid & Harta Pusaka l Ridzuaan El Hafeez

Hibah, Wasiat, Faraid & Harta Pusaka l Ridzuaan El Hafeez Penyelesaian Pusaka, Hibah Aset, Faraid & Wasiat l Pengurusan Harta

19/12/2025

Dividen ASB kekal 5.75 sen seunit pada 2025

18/12/2025

PROSES Jawatankuasa Pendamai (JKP) tidak menemui kata sepakat, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menasihati pelakon Kamal Adli agar melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose seperti dipohon wanita itu.

15/12/2025
15/12/2025

*KHAIRAT KEMATIAN YG BOLEH DITUNTUT OLEH WARIS SIMATI MENGIKUT KELAYAKANNYA*

*1. KHAIRIAH MASJID*
■ Sekitar RM 500 – RM 5,000
■ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

*2. Tabung Haji*
■ RM 1,500
■ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di Tabung Haji

*3. PERKESO*
■ RM 2,000
■ Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

*4. KWSP*
■ RM 2,500
■ Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

*5. Pembayar ZAKAT*
■ RM 3,000 [MAIWP] bergantung kepada negeri masing-masing
■ Syarat: Pembayar zakat

*6. Bantuan Mengurus Jenazah JPA*
■ RM 3,000
■ Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

*7. BANK RAKYAT*
■ RM 3,000
■ Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

*8. MAYBANK*
■ RM 1,000
■ Syarat: Akaun Individu sahaja

*9. ASNB*
■ RM 200 – RM 2,000
■ Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

*10. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)*
■ RM 1,000
■ Syarat: Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja
■ dituntut di kaunter BSN yang terdekat

*11. SKIM TAKAFUL*
■ RM 2,000 – RM 5,000
■ Syarat: si mati pencarum takaful

*12. PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI*
■ RM 500 – RM 5,000
■ Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

*13. PENCEN (Kakitangan Awam)*
■ RM 3,000

*14. Pemegang Kad Kredit Islamic*
■ RM 500 – RM 2,000 bergantung kepada kad
■ Pelan perlidungan takaful percuma + khairat kematian

*15. Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak*
■ Sebanyak RM3,000
■ Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
■ Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
■Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak

*16. ePesara PDRM*
■ Sebanyak RM1,000

*17. LAIN-LAIN*
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.

Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian.

Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

*Macam mana nak tuntut?*

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian.

*PERINGATAN*

Jangan ditangguh kerana permohonan bagi khairat kematian ini ada tempoh waktu.

Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara s**arela.Usia 60 Tahun kebawah sahaja yg layak.60 Tahun 1 hari adalah tidak layak. Sekadar membantu

Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah mohon sertai takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar.

Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.

Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita..😭😭😭



𝗧𝗵𝗲 𝗘𝘃𝗼𝗹𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗳 𝗼𝘂𝗿 𝗜𝗱𝗲𝗻𝘁𝗶𝘁𝘆 𝗖𝗮𝗿𝗱✅️𝗪𝗵𝗶𝗰𝗵 𝗼𝗻𝗲 𝘄𝗮𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗜𝗱𝗲𝗻𝘁𝗶𝘁𝘆 𝗖𝗮𝗿𝗱 𝘆𝗼𝘂 𝗵𝗮𝗱?The term MyKad was first introduced in...
13/12/2025

𝗧𝗵𝗲 𝗘𝘃𝗼𝗹𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗳 𝗼𝘂𝗿 𝗜𝗱𝗲𝗻𝘁𝗶𝘁𝘆 𝗖𝗮𝗿𝗱

✅️𝗪𝗵𝗶𝗰𝗵 𝗼𝗻𝗲 𝘄𝗮𝘀 𝘁𝗵𝗲 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗜𝗱𝗲𝗻𝘁𝗶𝘁𝘆 𝗖𝗮𝗿𝗱 𝘆𝗼𝘂 𝗵𝗮𝗱?

The term MyKad was first introduced in 2001 and refers to the identity card used to identify Malaysian citizens.

MyKad was one of the seven flagship applications under the Multimedia Super Corridor (MSC) initiative.

The goal then was to modernise the national identity system and offer a digital platform that integrates multiple applications in a single card.

According to NRD director-general Badrul Hisham Alias, MyKad continues the evolution of the country’s ID system.

“It started with the paper card (1948-1960), then blue plastic ID cards (1960-1990), followed by the hibiscus cards (high-quality IDs from 1990-2001) and now the modern MyKad.”

“Over the last two decades, four versions have been introduced, with the latest version launched in 2012.

“The first version used plastic before being upgraded to Polikad 2.0, followed by the current version, which includes additional features like a ‘ghost image’ to improve security,” said Badrul Hisham.

The current MyKad is not fully digital but supports various government transactions and services by integrating digital applications like driving licence, international passport information, basic health data and e-wallets.

The government also uses MyKad to distribute financial aid.

According to the National Registration Regulations 1990, MyKad cannot be held or used by others except by the owner, and offenders may face up to three years in prison, a fine of up to RM20,000 or both.

Story by ZAKIAH KOYA
The Star, 10 December 2025

12/12/2025

Kenapa Outdoor Boys berhenti YouTube.

Che Nom jawab terus dengan angka, bukan cerita emosi.

Channel dia buat sekitar 40 juta views sebulan.
Dengan CPM US yang sederhana sahaja:

➡️ USD 160,000 – 320,000 sebulan
➡️ RM750,000 – RM1.5 JUTA SEBULAN
➡️ RM9 – RM18 JUTA SETAHUN

Ini YouTube ads sahaja.
Belum masuk video lama yang masih jana duit, affiliate dan lain-lain.

Dengan income macam ni:
– tak upload pun duit masih masuk
– kerja jadi pilihan, bukan keperluan

Kalau income cuma RM2k–RM3k sebulan,
takkan ada cerita berhenti.
Upload tetap jalan walaupun penat.

Outdoor Boys berhenti bukan sebab YouTube tak berbaloi.
Dia berhenti sebab duit dia dah cukup untuk berhenti dengan tenang.

Bezanya di situ.

02/12/2025
02/12/2025

PERKONGSIAN PUSAKA – PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA SI MATI BUKAN ISLAM TANPA WASIAT

Bagi si mati bukan beragama Islam yang mati tanpa meninggalkan wasiat, pembahagian harta pusakanya tertakluk dengan Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).

Seksyen 6(1) Akta tersebut menyatakan seperti berikut:

Perenggan (a) – Sekiranya si mati meninggalkan pasangan tanpa anak, keturunan ke bawah dan ibu bapa, pasangan si mati berhak ke atas keseluruhan harta pusakanya.

Perenggan (b) – Sekiranya si mati meninggalkan pasangan, ibu, bapa atau ibu bapa tanpa anak atau keturunan ke bawah, pasangan si mati berhak ke atas 1/2 bahagian harta pusaka si mati manakala ibu, bapa atau ibu bapa si mati berhak ke atas 1/2 bahagian lagi.

Perenggan (c) – Sekiranya si mati meninggalkan anak atau keturunan ke bawah tanpa pasangan dan ibu bapa, anak atau keturunan ke bawah si mati berhak ke atas keseluruhan harta pusaka si mati.

Perenggan (d) – Sekiranya si mati meninggalkan ibu, bapa atau ibu bapa tanpa anak, keturunan ke bawah dan pasangan, ibu, bapa atau ibu bapa si mati berhak ke atas keseluruhan harta pusaka si mati.

Perenggan (e) – Sekiranya si mati meninggalkan pasangan dan anak atau keturunan ke bawah tanpa ibu bapa, pasangan si mati berhak ke atas 1/3 bahagian harta pusaka si mati manakala anak atau keturunan ke bawah si mati berhak ke atas 2/3 bahagian lagi.

Perenggan (f) – Sekiranya si mati meninggalkan anak atau keturunan ke bawah dan ibu, bapa atau ibu bapa tanpa pasangan, anak atau keturunan ke bawah si mati berhak ke atas 2/3 bahagian harta pusaka si mati manakala ibu, bapa atau ibu bapa si mati berhak ke atas 1/3 bahagian lagi.

Perenggan (g) – Sekiranya si mati meninggalkan pasangan, anak atau keturunan ke bawah dan ibu, bapa atau ibu bapa, pasangan si mati berhak ke atas 1/4 bahagian harta pusaka si mati manakala anak atau keturunan ke bawah si mati berhak ke atas 1/2 bahagian dan ibu, bapa atau ibu bapa si mati berhak ke atas 1/4 bahagian lagi.

Perenggan (i) – Sekiranya si mati tidak meninggalkan pasangan, anak atau keturunan ke bawah dan ibu bapa, keseluruhan harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris atau pihak berikut mengikut keutamaan:

Pertama: Adik beradik si mati secara sama rata.

Kedua: Datuk dan nenek si mati secara sama rata.

Ketiga: Bapa saudara dan mak saudara si mati secara sama rata.

Keempat: Moyang atau moyang-moyang si mati secara sama rata.

Kelima: Datuk saudara dan nenek saudara si mati secara sama rata.

Keenam: Kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

Peringatan:

1. Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan terpakai secara terhad di Sarawak.

2. Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) tidak terpakai ke atas harta pusaka si mati beragama Islam.

3. Anak yang dinyatakan di dalam Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) adalah termasuk anak angkat yang sah di bawah Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

Kredit to-
Adib Danial

01/11/2025

You can make a difference for children every day, all year

Address

Queens Avenue, Jalan Bayam, Cheras
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60105068010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah, Wasiat, Faraid & Harta Pusaka l Ridzuaan El Hafeez posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hibah, Wasiat, Faraid & Harta Pusaka l Ridzuaan El Hafeez:

Share