Berita AlHijrah

Berita AlHijrah Siaran Langsung Berita AlHijrah setiap hari jam 8 malam hanya di TV AlHijrah saluran 114.
(1)

Berita Alhijrah membawakan berita dari dalam dan luar negara yang fokus kepada perjuangan ummah untuk tatapan semua.

09/01/2026

Kumpulan pejuang Palestin, Hamas menyatakan kesediaan untuk menyerahkan tanggungjawab pentadbiran di semenanjung Gaza kepada sebuah jawatankuasa bebas.

Pendirian tersebut ditegaskan bagi memudahkan urusan tadbir urus masa depan wilayah berkenaan, sekaligus menegaskan kumpulan itu tidak berhasrat untuk terlibat dalam sebarang pengaturan pentadbiran.

Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam dan luar negara

09/01/2026

Kasih yang paling dalam, kadangkala menuntut pengorbanan paling pahit. Di Kedah, seorang datuk sanggup mengetepikan perasaan sedih dan sayu apabila nekad menyerahkan cucunya yang terjebak dengan najis dadah kepada pihak berkuasa.

Tindakan Md Akhir Hanapiah itu bukan kerana benci, sebaliknya mahu menyelamatkan masa depan insan yang dipelihara sejak kecil.

Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam dan luar negara

Upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, merupakan protokol rasmi yang perlu ...
09/01/2026

Upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, merupakan protokol rasmi yang perlu dipatuhi semua ketua negara semasa lawatan rasmi ke negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata upacara berkenaan bukan bersifat pilihan peribadi atau mencerminkan pendirian ideologi mana-mana pemimpin, sebaliknya merupakan keperluan diplomatik yang telah lama diamalkan kerajaan Turkiye.

Berita penuh https://alhijrahnews.com/upacara-di-makam-mustafa-kemal-ataturk-protokol-rasmi-lawatan-ke-turkiye-anwar/

Upacara berkenaan bukan bersifat pilihan peribadi atau mencerminkan pendirian ideologi mana-mana pemimpin, sebaliknya me...
09/01/2026

Upacara berkenaan bukan bersifat pilihan peribadi atau mencerminkan pendirian ideologi mana-mana pemimpin, sebaliknya merupakan keperluan diplomatik yang telah lama diamalkan kerajaan Turkiye.

Walaupun seharian sibuk dengan urusan, Menteri Agama tetap meluangkan masa untuk beriadah dengan 'turun padang'!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan bersama pasukan pilihannya terdiri daripada wakil agensi-agensi agama, MUNSYID Malaysia serta agamawan, mengadakan perlawanan persahabatan dengan PNB Merdeka Ventures, di Stadium Merdeka.

Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara

08/01/2026

Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Seremban, selepas mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan di hadapan sebuah kedai serbaneka, semalam.

Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam dan luar negara

08/01/2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Order Of The Republic, sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu.

Anugerah darjah kebesaran tertinggi Turkiye itu disampaikan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di kompleks presiden.

Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam dan luar negara

Address

Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana
Kuala Lumpur
50480

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Berita AlHijrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Berita AlHijrah:

Share