05/09/2025
MIENG KHAM
Mieng = balut / gulungan kecil.
Kham = satu suapan.
Jadi mieng kham maksud dia “balut sekali makan”.
Cara makan dia:
1. Ambil daun cha-phlu (macam daun kaduk),
2. Letak sedikit bahan – biasanya kacang tanah goreng, kelapa parut bakar, bawang merah, cili padi, halia, limau, udang kering, kemudian siram dengan sos manis pekat (campuran gula, belacan, santan, dll).
3. Lepas tu lipat daun tu dan makan sekali suap.
Rasa dia campur-campur. Ada masam, manis, pedas, masin, rangup – semua ada dalam satu gigitan.
Mieng kham ni asal-usul dia dari utara Thailand (Lanna), dekat Chiang Mai – tapi ada juga pengaruh dari Laos. Tradisi dia memang makanan kampung, orang kampung dulu balut bahan-bahan kecil dalam daun supaya senang makan sekali suap bila kerja ladang atau masa berkumpul.
Lepas tu, bila masuk zaman Siam, makanan ni jadi popular di istana sebab unik dan ada banyak rasa dalam satu suapan. Dari situ lah dia makin terkenal seluruh Thailand, sampai sekarang selalu ada di restoran Thai.
Orang Thailand percaya mieng kham bukan sekadar makanan, tapi ada makna simbolik:
Setiap bahan kecil (limau, cili, bawang, halia, kacang, kelapa, udang kering, sos manis) melambangkan keseimbangan hidup – manis, masam, pedas, masin.
Bila dibalut dalam daun cha-phlu, maksudnya semua unsur kehidupan dikumpul jadi satu – harmoni.
Makan dalam satu suapan (kham) dianggap membawa tuah, sebab semua rasa rezeki masuk serentak.
Di utara Thailand dulu, ada adat bila menyambut tetamu atau musim perayaan, orang akan hidang mieng kham sebagai simbol rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk.