MYBuzz

MYBuzz Berita I Hiburan | Gaya Hidup
BUZZ MEDIA HOUSE
202503276737 (PG0577827-H)

Website:www.buzzingmalaysia.com
Instagram:
Twitter:

Infotainment | Gaya Hidup | Libur | Gossip | Inspirasi | Kesihatan | Jelita | Maskulin | Berita | Lokal | Antarabangsa | Instagram | Twitter | Anugerah | Konseert | Teater | Stailo! |

19/08/2026

✨ “Tak pernah terlambat untuk raikan impian sendiri.” ❤️

Memulakan langkah dari Akademi Fantasia 2016, Fiza Thomas mengakui pernah terleka dan berasa 'bersalah' pada diri sendiri kerana menyepi dari dunia nyanyian demi fokus dalam lakonan.

Selepas bertahun keliru memilih genre muzik, tahun 2023 menjadi titik balik untuk beliau kembali bangkit, bermula dengan single pertama pada 2025 dan kini melahirkan EP julung kali, "Rayakan Dia" (dilancarkan 31 Julai 2026). Bagi Fiza, rezeki setiap orang berbeza dan tak perlu berkejaran.

EP ini adalah hadiah paling bermakna buat dirinya atas kesabaran memeluk semula minat yang lama dipendam.

So tiada istilah terlambat dalam mencapai cita-cita kan! cer komen korang setuju ke tak? 👇

🎧 EP "Rayakan Dia" kini boleh didengar di semua platform penstriman digital.

Info lanjut di BuzzingMalaysia.com

FAJAR NOOR CIPTA MALAM PENUH EMOSI BERSAMA 600 PEMINAT!Selepas mencuri perhatian ramai menerusi karya-karya yang dekat d...
19/08/2026

FAJAR NOOR CIPTA MALAM PENUH EMOSI BERSAMA 600 PEMINAT!

Selepas mencuri perhatian ramai menerusi karya-karya yang dekat dengan jiwa pendengar, Fajar Noor akhirnya merealisasikan showcase sulungnya di Malaysia menerusi "Sementara Selamanya" yang berlangsung dalam suasana penuh istimewa. ❤️

Dihadiri lebih 600 peminat, malam tersebut dipenuhi nyanyian bersama, momen mengharukan dan kenangan yang pasti sukar dilupakan. Dari lagu-lagu popular hingga perkongsian yang menyentuh hati, Fajar Noor membuktikan hubungan eratnya dengan para peminat.

18/08/2026

"TIDAK ADA LAGU HIT = IKAT TEPI SAJA" 😱

Tegas Datuk Ramli MS bagi peringatan kepada peserta Big Stage.

"Kalau nak jadi artis kerjaya kena serius.
Lagu baru tu NYAWA dia. 3 hari je orang dah lupa kalau tak ada lagu"

Pedas tapi BENAR 🔥
Setuju tak dengan Datuk Ramli?
Tag kawan artis korang 👇

Temubual Penuh Di Youtube MYBUZZ!

LOVEBITES LIVE IN KUALA LUMPUR HAMPIR SOLD OUT!Fenomena metal Jepun, LOVEBITES, membuktikan pengaruh mereka semakin kuat...
18/08/2026

LOVEBITES LIVE IN KUALA LUMPUR HAMPIR SOLD OUT!

Fenomena metal Jepun, LOVEBITES, membuktikan pengaruh mereka semakin kuat apabila konsert LOVEBITES Live In Kuala Lumpur kini hampir kehabisan tiket! 🎸⚡

Sambutan luar biasa daripada peminat membuktikan betapa besarnya penantian untuk menyaksikan aksi bertenaga kumpulan all-female heavy metal yang terkenal dengan kemahiran teknikal luar biasa dan persembahan pentas yang eksplosif.

🎟️ Belum dapatkan tiket? Mungkin ini peluang terakhir anda!

M. NASIR RANGKUM 5 DEKAD DALAM SATU KONSERT!Bayangkan 50 tahun karya, puisi dan muzik yang mengubah landskap seni Nusant...
18/08/2026

M. NASIR RANGKUM 5 DEKAD DALAM SATU KONSERT!

Bayangkan 50 tahun karya, puisi dan muzik yang mengubah landskap seni Nusantara dipersembahkan dalam satu malam!

Itulah yang bakal dibawakan oleh M. Nasir menerusi Konsert Magnum Opus. Bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah perjalanan seni yang penuh makna.

18/08/2026

LIMA DEKAD. 30 KARYA. SATU MAGNUM OPUS. 🎼

Saksikan gabungan seni, puisi, falsafah & bunyi simfoni Dato' M. Nasir bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya!

🗓️ 5 Disember 2026 (Sabtu) | 8.30 PM
📍 Panggung Sari, Istana Budaya
🎟️ Tiket mula dijual: 21 Ogos 2026 (3.00 PM)

🌐 www.ilassotickets.com (Harga dari RM288 - RM1,588)

Dapatkan tiket anda sebelum kehabisan! 🔥

1,800 PEMINAT TERPAKU, ARI LESMANA HIDUPKAN "MANGU" DENGAN PENUH JIWA!Malam yang penuh magis dan emosi menyaksikan Ari L...
17/08/2026

1,800 PEMINAT TERPAKU, ARI LESMANA HIDUPKAN "MANGU" DENGAN PENUH JIWA!

Malam yang penuh magis dan emosi menyaksikan Ari Lesmana membuktikan mengapa beliau terus menjadi antara figura muzik paling disayangi. Dengan alunan lagu Mangu yang penuh penghayatan, seramai 1,800 peminat terpukau dan sama-sama larut dalam setiap bait yang dipersembahkan. ❤️

Suasana bertukar syahdu apabila seluruh dewan menyanyi bersama, mencipta momen yang sukar dilupakan buat semua yang hadir.

17/08/2026

"ZAMAN SEKARANG SIKIT-SIKIT NAK TERASA"

DANIAL KIFLI ULAS TEGURAN TOK RAM YANG KASAR

Dalam satu temu bual,
Danial luahkan rasa puas hati dengan persembahannya di Big Stage.

Bila ditanya pasal teguran Tok Ram yang "straight"?

Ini jawapan Danial 👇

"Saya tahu seorang memang karakter dia macam itu. Orang tua. Zaman dulu memang direct. Zaman sekarang ni orang cakap sikit-sikit nak terasa"

Dan paling penting: "Saya berserah" 🙏

Dia tahu kekuatan diri, dan terima semua teguran sebagai proses untuk jadi lebih baik.

Sikap profesional macam ni patut kita contohi 👏 Setuju tak dengan Danial? Komen 👇

Temubual penuh di Youtube MYBUZZ!

DUKACITA BUAT PEMINAT RADJA! Hasrat untuk menyaksikan kumpulan legenda Indonesia, Radja, beraksi di Kuala Lumpur tidak k...
17/08/2026

DUKACITA BUAT PEMINAT RADJA!

Hasrat untuk menyaksikan kumpulan legenda Indonesia, Radja, beraksi di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila penganjur mengumumkan pembatalan konsert yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.

Berita ini pastinya mengecewakan ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk menyanyikan lagu-lagu hit seperti Jujur, Tulus dan Manusia Biasa secara langsung. Apakah punca sebenar di sebalik pembatalan ini?

17/08/2026

🎉 TAHNIAH RANISHA! 🎉

Ranisha, min sangat bangga dengan pencapaian anda sehinga akhir! ✨ Berjaya meraih TEMPAT KETIGA di Big Stage 2026 adalah satu kejayaan yang luar biasa! 🏆🎶

Dalam video ini, Ranisha yang penuh emosi berkongsi rasa syukurnya yang mendalam kepada Allah SWT dan mengaitkan kejayaannya dengan berkat doa kedua ibu bapanya yang sentiasa menyokongnya.

❤️ "Mereka sangat bangga dengan saya," katanya dengan penuh gembira.
Ranisha juga menyatakan hasratnya untuk terus berkarya, terutamanya dalam penulisan lagu.

Pesanan inspirasi beliau buat semua: "Kalau kita bekerja keras, insya-Allah, Allah akan bagi yang lebih baik." 🙏✨

Syabas, Ranisha! Kami tidak sabar untuk melihat perjalanan seni anda yang seterusnya. Teruslah bersinar! 🌟🚀

Ayo semua, berikan tepukan gemuruh dan ucapan tahniah untuk Ranisha di ruangan komen! 👇

Temubual penuh di Youtube MYBUZZ!

Address

Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYBuzz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MYBuzz:

Shortcuts

Share