28/11/2025
BANJIR BESAR ASIA TENGGARA 2025: Bencana Serentak Paling Buruk Dalam Sejarah.
Sejak awal November Asia Tenggara dikejutkan dengan siri bencana yang paling pelik dan ganas.
Banjir besar, tanah runtuh, ribut ganas dan jalan terputus berlaku serentak di hampir semua negara dalam rantau kita.
Kalau kita tengok ini bukan hujan biasa.
Ini dah level bencana skala rantau.
1. Vietnam: Pusat Krisis Asia Tenggara
Vietnam antara paling teruk terjejas.
▶️ Lebih 90 orang terkorban
▶️ Puluhan ribu rumah tenggelam
▶️ Dak Lak, Khanh Hoa, Lam D**g hancur dilanda banjir dan tanah runtuh
▶️ Banyak kawasan terputus akses
Paras air naik memang sangat luar biasa dan memberikan impak yang sangat besar.
2. Malaysia : Utara Semenanjung Dah Masuk Zon Merah
Bahagian utara Malaysia kini berada dalam fasa cuaca paling ekstrem sejak beberapa tahun ini:
📌 Perlis
📌 Kedah
📌 Pulau Pinang
📌 Utara Perak
Hampir semuanya ditanda sebagai Zon Risiko Tinggi.
Kelantan pun mula dinaiki air, tanah runtuh berlaku di beberapa lokasi, dan beberapa negeri sudah mula bersiap siaga.
3. Thailand, Filipina dan Negara ASEAN Lain: Bencana Datang Bertubi-tubi
✔️ Selatan Thailand lumpuh
✔️ Banjir deras memutus banyak laluan
✔️ Ribut di Filipina
✔️ Beberapa kawasan di Indonesia mengalami siri banjir yang teruk
4. Indonesia: Krisis Banjir Terburuk di Sumatera
Situasi banjir di Indonesia sekarang sangat serius terutama di wilayah Sumatera. Cuaca ekstrem, hujan berhari-hari buat banyak kawasan tenggelam dan terputus hubungan.
ACEH
▶️ Banjir di 16 daerah
▶️ 20,000 lebih mangsa terkesan
▶️ Seorang dilaporkan hilang dihanyutkan arus
SUMATERA UTARA
▶️ 24 orang terkorban akibat banjir
▶️ Ribuan terpaksa berpindah
▶️ Banyak jalan dan jambatan runtuh
SUMATERA BARAT (PADANG)
▶️ Banjir yang luar biasa
▶️ 13 daerah terjejas
▶️ Sehingga terpaksa istihar darurat bencana
Risiko Banjir :
Wilayah pesisir seperti:
📌 Jakarta
📌 Jawa Barat
📌 Jawa Tengah
📌 Bali
Semua diberi amaran potensi banjir pesisir sehingga awal Disember kerana paras air laut tinggi.
Indonesia kini secara rasmi berdepan bencana skala besar.
5. Kenapa Asia Tenggara Kena Teruk Tahun Ini?
Ini kerana tiga fenomena besar sedang bertembung:
1️⃣ Monsun Timur Laut
Bermula 13 November berlarutan hingga Mac
Hujan turun tanpa henti dan berlapis-lapis.
2️⃣ La Niña
Buat udara lebih lembap dan hujan lebih ekstrem.
3️⃣ Pemanasan Global
Suhu laut makin panas → sistem cuaca dapat lebih banyak tenaga → banjir jadi lebih ganas.
Tiga-tiga ni berlaku serentak. Sebab tu bencana berlaku secara serentak di Asia Tenggara dalam satu masa.
Kita doakan semua saudara kita di Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia berada dalam lindungan Allah.
Kalau anda berada di kawasan banjir atau berisiko tolong alert dan ikut arahan keselamatan.
Musim banjir kali ini memang luar biasa. Jangan ambil ringan. Banyakkan berdoa dan solat hajat.
Kredit : Mohammad Azmi Jamaludin