Ceritera Kini

Ceritera Kini Kongsi cerita-cerita ketika sesi ngopi dan ngeteh rakyat marhain di Malaysia. Kisah rakyat di kedai kopi lebih mantap dan padu. Ceritera wadah untuk semua..

Kisah, cerita, cereka dan sebagainya yang mampu memberi satu inspirasi buat olrang lain. Nantikan video-video menarik setiap minggu dalam mengupas isu-isu rakyat marhain yang dilakukan secara santai. Kisah orang muda yang semakin jauh dimamh usia, yang semakin leka dengan mainan cerita-cerita luar. Jom ramaikan Ceritera.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa beliau hanya mula mengambil tindakan selepas kes kematian pe...
29/07/2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa beliau hanya mula mengambil tindakan selepas kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina tular di media sosial.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah berat yang sedang berleluasa dan meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak sahih tanpa usul periksa.

“Berhentilah menyebarkan berita yang tidak sahih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Ujar beliau, perkongsian maklumat tidak sahih boleh menyebabkan murid, guru dan warga sekolah yang tidak bersalah turut terkesan.

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa beliau hanya mula mengambil tindakan selepas kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina tular di media sosial.

Seorang aktivis kemanusiaan dari kapal bantuan Handala telah diserang sejurus tiba di sebuah penjara Israel, lapor Anado...
29/07/2025

Seorang aktivis kemanusiaan dari kapal bantuan Handala telah diserang sejurus tiba di sebuah penjara Israel, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Kapal Handala yang dalam pelayaran ke Gaza membawa susu formula bayi, makanan dan ubat-ubatan telah dirampas oleh tentera Israel berhampiran pantai Gaza pada Sabtu malam dengan 21 orang awam tidak bersenjata berada di atas kapal, termasuk ahli parlimen, petugas perubatan dan sukarelawan.

“Apabila beliau tiba di penjara Israel, pembela hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Chris Smalls, telah diserang secara fizikal oleh tujuh individu berpakaian seragam,” menurut FFC di platform X.

Chris Smalls ialah seorang penggerak kesatuan sekerja dari New Jersey yang mengasaskan dan mengetuai Amazon Labour Union (ALU).

ISTANBUL: Seorang aktivis kemanusiaan dari kapal bantuan Handala telah diserang sejurus tiba di sebuah penjara Israel, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini menolak rayuan seorang bekas anggota tentera terhadap penamatan perkhidmatannya darip...
29/07/2025

Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini menolak rayuan seorang bekas anggota tentera terhadap penamatan perkhidmatannya daripada Angkatan Tentara Malaysia kerana enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa tiada unsur ketidakpatuhan undang-undang atau kecuaian prosedur oleh responden ketika menamatkan perkhidmatan Wan Ramli Wan Seman.

“Mahkamah berpandangan bahawa rayuan ini tidak mempunyai merit dan justeru itu, ditolak,” katanya.

Tiada perintah mengenai kos dibuat oleh panel itu.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini menolak rayuan seorang bekas anggota tentera terhadap penamatan perkhidmatannya daripada Angkatan Tentara Malaysia kerana enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan meninggal dunia di Rompin di Jempo...
29/07/2025

Hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan meninggal dunia di Rompin di Jempol semalam mendapati punca kematian disebabkan tekanan di leher.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, dapatan berkenaan diperoleh melalui bedah siasat kira-kira empat jam bermula pukul 12 tengah hari tadi.

“Hasil bedah siasat ke atas si mati (kanak-kanak) mengesahkan punca kematian si mati adalah disebabkan oleh tekanan di leher iaitu akibat jerutan ‘Cable Tight’.

“Tekanan di leher boleh menyebabkan kematian. Setakat ini, kes ini disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SEREMBAN: Hasil bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan meninggal dunia di Rompin di Jempol semalam mendapati punca kematian disebabkan tekanan di leher.

Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila diserang seekor gajah liar ketika hendak ke surau untuk menunaika...
29/07/2025

Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila diserang seekor gajah liar ketika hendak ke surau untuk menunaikan solat subuh di Kampung Wak Salam, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 64 tahun dikatakan baru sahaja melangkah keluar dari pagar rumahnya sebelum haiwan berkenaan datang secara tiba-tiba dan menolaknya sehingga terjatuh.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ekoran kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga.

“Setakat ini tiada laporan polis, berdasarkan maklumat, mangsa adalah seorang lelaki warga tempatan umur 64 tahun hendak ke surau untuk solat subuh pagi tadi.

MERSING: Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila diserang seekor gajah liar ketika hendak ke surau untuk menunaikan solat subuh di Kampung Wak Salam, di sini, awal pagi tadi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini menyerbu sebuah gudang di Ulu Tiram, di sini y...
29/07/2025

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini menyerbu sebuah gudang di Ulu Tiram, di sini yang dijadikan pusat penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) membabitkan rampasan bernilai RM280,000.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, dalam serbuan pukul 7 malam semalam yang turut disertai KPDN Putrajaya itu, seramai lima pekerja warga asing yang berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an ditahan.

“Dalam serbuan ini, kita menemukan 1,357 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kilogram yang gasnya akan dipindah ke dalam sebuah lori tangki.

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini menyerbu sebuah gudang di Ulu Tiram, di sini yang dijadikan pusat penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) membabitkan rampasan bernilai RM280,000.

Penduduk Fasa Dua The Mulia Residences menganjurkan pesta durian pada Sabtu lalu sebagai platform untuk berkumpul dan me...
29/07/2025

Penduduk Fasa Dua The Mulia Residences menganjurkan pesta durian pada Sabtu lalu sebagai platform untuk berkumpul dan merapat ukhuwah antara satu sama lain.

Pengarah Program, Melvin Paul berkata, ini adalah tahun kedua penganjuran program itu selepas ia dianjurkan tahun lalu.

“Lebih daripada 200 jiran tetangga serta ahli keluarganya yang hadir memeriahkan program pesta durian yang dianjurkan.

“Objektif penganjurannya adalah untuk merapatkan hubungan antara kami jiran tetangga yang datangnya dari pelbagai latar belakang kaum dan agama,” katanya di sini hari ini.

CYBERJAYA: Penduduk Fasa Dua The Mulia Residences menganjurkan pesta durian pada Sabtu lalu sebagai platform untuk berkumpul dan merapat ukhuwah antara satu sama lain.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pengerusi sebuah pertubu...
29/07/2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pengerusi sebuah pertubuhan kerana disyaki menyalah guna kuasa melibatkan kerja-kerja baik pulih kuaters di salah satu daerah di negeri ini yang bernilai kira-kira RM39,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 2 Ogos 2025 terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 50-an telah ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pengerusi sebuah pertubuhan kerana disyaki menyalah guna kuasa melibatkan kerja-kerja baik pulih kuaters di salah satu daerah di negeri ini yang bernilai kira-kira RM39,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis negeri termasuk seorang pesa...
29/07/2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis negeri termasuk seorang pesara kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 sebagai balasan tidak mengganggu serta melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum sekitar Pahang.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 4 Ogos 2025 terhadap ketiga-tiga suspek telah dikeluarkan Majistret Tan Chiew King selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Temerloh pagi tadi.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 50-an telah ditahan kira-kira jam 8.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Temerloh.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis negeri termasuk seorang pesara kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM110,000 sebagai balasan tidak mengganggu dan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum sekitar Paha...

Kenderaan perdagangan yang tidak dilengkapi dengan sistem Speed Limitation Device (SLD) atau peranti had kelajuan tidak ...
29/07/2025

Kenderaan perdagangan yang tidak dilengkapi dengan sistem Speed Limitation Device (SLD) atau peranti had kelajuan tidak akan dibenarkan berada di jalan raya, tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew F**k.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem SLD amat penting dalam usaha mengawal kelajuan kenderaan berat serta mengurangkan risiko kemalangan maut, khususnya melibatkan bas dan lori.

Malah menurutnya, negara seperti Singapura dan beberapa negara di Eropah telah lama mewajibkan penggunaan peranti tersebut.

“Walaupun saya tahu mungkin ada pemain industri yang akan memberikan reaksi balas, termasuk menyatakan kebimbangan mengenai kos tambahan dan sebagainya, namun pelaksanaan SLD adalah untuk menjamin keselamatan jalan raya serta nyawa manusia.

KUALA LUMPUR: Kenderaan perdagangan yang tidak dilengkapi dengan sistem Speed Limitation Device (SLD) atau peranti had kelajuan tidak akan dibenarkan berada di jalan raya, tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew F**k.

Kementerian Komunikasi mempertimbangkan cadangan tidak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun untuk memiliki aka...
29/07/2025

Kementerian Komunikasi mempertimbangkan cadangan tidak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun untuk memiliki akaun media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, modul literasi digital p**a akan diberi kepada mereka yang berumur 13 tahun ke atas supaya golongan itu memahami kerencaman maklumat sedia ada.

“Sekiranya ahli Yang Berhormat bertemu dengan mana-mana kump**an pelajar bawah 13 tahun dan bertanya adakah mereka mempunyai akaun TikTok, ramai yang akan kata ya.

“Ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok sendiri. Jadi kita sedang teliti, salah satu caranya ialah bawah 13 tahun, kita tidak membenarkan memiliki akaun media sosial,” katanya ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.�

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi mempertimbangkan cadangan tidak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun untuk memiliki akaun media sosial.

Kira-kira 100 jemaah menunaikan solat Istisqa di T**i Asmara, Kampung Selamat, di sini, bagi memohon hujan.Solat sunat i...
29/07/2025

Kira-kira 100 jemaah menunaikan solat Istisqa di T**i Asmara, Kampung Selamat, di sini, bagi memohon hujan.

Solat sunat itu bermula jam 9 pagi dan diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Salehhuddin Abdullah, manakala khutbah dibacakan Sidek Noor.

Salehhuddin berkata solat berkenaan bertujuan memohon hujan berikutan paras takungan air di Empangan Bukit Merah makin menyusut dan pihaknya bimbang nasib pesawah selain bekalan air bersih untuk kegunaan domestik.

“Sudah berbulan lamanya kawasan Gunung Semanggol tidak menerima hujan dan selain solat hajat kita mahukan kerajaan menyegerakan pembinaan projek pembinaan air dari Perak ke Empangan Bukit Merah.

BAGAN SERAI: Kira-kira 100 jemaah menunaikan solat Istisqa di T**i Asmara, Kampung Selamat, di sini, bagi memohon hujan.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ceritera Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share