Ilham 1001 Resepi

Ilham 1001 Resepi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ilham 1001 Resepi, Digital creator, Kuala Lumpur.
(1)

💕 Anda geng mak-mak yang suka sambal, laok, snek, cookies dan dessert lazat?🌶️🥘🍿🍪🍰

Intai sini 👇🏻
https://www.galeriinspirasiwanita.com/p/teega-ta01.html

Peluang jana income 4 hingga 5 angka sebulan dengan bisnes makanan

BISKUT CORNFLAKES resepi s**atan cawan.Ni resepi mak saya buat dulu, orang dulu2 punya resepi tulis tangan ja dalam buku...
01/02/2026

BISKUT CORNFLAKES resepi s**atan cawan.

Ni resepi mak saya buat dulu, orang dulu2 punya resepi tulis tangan ja dalam buku, saya ada ubahsuai sikit untuk rasa lebih premium, lebih kepuasan dan mewah dgn conflakes yg crunchy😋

(Kalau uli besar dapat 70-80 biji, uli kecil dapat 100++ biji) , nak buat makan sendiri boleh, nak niaga pun boleh. Moga bermanfaat.😊✌️

Kredit : Sally Aqua
💕
Ilham 1001 Resepi

👩🏻‍🍳Resepi sambal tumis nasi lemak mak Nina ni dah mencapai  view 1M di youtube Nina. Bila semak komen banyak juga perde...
23/01/2026

👩🏻‍🍳Resepi sambal tumis nasi lemak mak Nina ni dah mencapai view 1M di youtube Nina.

Bila semak komen banyak juga perdebatannya. Tapi alhamdulillah dengan resepi ni, ramai yang ucap terima kasih & berjaya pikat hati mertua & suami sendiri. Siap ade yang menjual lagi

Cara buatnya p**ak simple & senang. Nina tau banyak sangat version sambal tumis yang sedap dan nina juga faham rasa sedap tu subjektif. Yelah tekak orang tak sm kan?

Harini Nina kongsikan apakah bahan2 yang insyaAllah ade je kt dapur mak2 yang hebat macam wanita2 yang sedang membaca ni.
Jom kita semak ape bahan2nya untuk kita buat sambal ni

RAHSIA SAMBAL TUMIS IKAN BILIS NASI LEMAK YANG SEDAP:

1. Segengam lada kering (kalau awak terbeli jenis pedas campurlah lada kering yang tak pedas ya. Gunting dan buang semua biji sebelum rebus atau rendam sehingga lembut)

2. Bawang besar setengah biji

3. Bawang putih 2 ulas

4. 1 sudu biasa udang kering (rata)

5. Ikan bilis secukupnya

6. Bawang besar hiris

7. Asam jawa, Perasa, garam & gula melaka

Cara masak:

Kisar halus bahan 1-4

Gorangkan dulu ikan bilis. Tos dan angkat
Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi untuk menumis sambal ya

Tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Masukkan asam jawa dan perasa, gula melaka dan garam. Tumis sampai masak

Pastikan rasa balance. Akan ade rs pedas, manis, masin, masam .

Sambal akan jd warna gelap cantik lepas kita letak gula melaka/gula biasa. Cume perlu masak smpai pecah minyak sahaja.

Last sekali sambal dah mula sejuk masukkan ikan bilis goreng dan bawang hiris tadi

All done

Selamat mencuba🫶

Kredit : RJ Nina

Idea Resepi Berbuka Puasa ❤️Save siap2, resepi ni mudah dan cepat, tak kalut nak buat, sesuai yg nk masak simple2 🥰Semog...
22/01/2026

Idea Resepi Berbuka Puasa ❤️

Save siap2, resepi ni mudah dan cepat, tak kalut nak buat, sesuai yg nk masak simple2 🥰

Semoga Bermanfaat

Kredit: Puan Bellanasz nasz


💕
Ilham 1001 Resepi

S**a kuih ni rasa dan kondisi macam puding sampai time bawak balik kampung baru-baru ni buat makan-makan family semua pa...
22/01/2026

S**a kuih ni rasa dan kondisi macam puding sampai time bawak balik kampung baru-baru ni buat makan-makan family semua panggil puding😁. Ada sikit baki tepung Ang kwe, hari ni buat lagi bagi habis, guna loyang kecik. 💕

🌹 TALAM NYONYA 🌹

Bahan adunan hijau:

🍏 1 cawan tepung ang kwe/hoen kwe hijau
🍏 1 cawan gula
🍏 4 cawan air
🍏 2 cawan air pandan (kisar 4 helai pandan)
🍏 Sedikit pewarna hijau (optional)

Bahan adunan putih:

🍥 1 cawan tepung ang kwe/hoen kwe putih
🍥 3/4 cawan gula
🍥 3 cawan santan pekat
🍥 3 cawan air
🍥 1/2sk garam

Cara-cara:

🍮🍰 Campurkan bahan adunan hijau dan adunan putih ke dalam kuali/periuk yang berlainan. Kacau sehingga sebati.

🍰🍮 Masak secara serentak dengan api yang perlahan sehingga pekat dan meruap-ruap.

🍮🍰 Sendukkan adunan hijau dan putih ke dalam loyang/acuan secara berselang seli sehingga habis adunan.

🍰🍮 Sejukkan dan biarkan kuih mengeras selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan. Siap!!!

Resepi Oleh: Norfazida Gda
💕
Ilham 1001 Resepi

10 Aneka Resepi & Idea yang boleh mommies cuba sebelum masuknya Bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. 😍😍😍✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨...
19/01/2026

10 Aneka Resepi & Idea yang boleh mommies cuba sebelum masuknya Bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. 😍😍😍

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Terima kasih buat kesemua resepi oleh Madam Rose Sha yang lazat & menarik untuk kita praktikkan. Semoga menjadi asbab rezeki yg mengalir buat Madam sekeluarga. 🤲❤️

👍
Ilham 1001 Resepi

Buat sendiri lebih puas, boleh letak cheese sebanyak yang kita nak. Roti naan cheese gebu makan dengan kari ayam, resepi...
06/01/2026

Buat sendiri lebih puas, boleh letak cheese sebanyak yang kita nak. Roti naan cheese gebu makan dengan kari ayam, resepi ringkas gerenti jadi.

Saya share resepi sekali lagi ya

ROTI NAAN CHEESE

Bahan-bahan:
- ½ kg tepung gandum
- 1 paket kecil yis (11 g)
- 2 sudu gula
- 2 sudu susu pekat
- 4 sudu minyak masak
- 350 ml air
- ½ sudu kecil garam
- Mozarella parut secukupnya

Cara-cara:
👉 Campurkan kesemua bahan kering doh dan gaul bersama tepung menggunakan sudu
👉 Masukkan minyak dan air ke dalam doh dan uli sehingga doh lembut
👉 Perap doh selama 45 minit
👉 Selepas 45 minit, uli doh sebentar kemudian bahagi kepada 6 bahagian
👉 Bulatkan doh kemudian leperkan dan letakkan mozarella di tengah doh (anggaran ½ cawan), bulatkan semula dan rehatkan doh berinti cheese tadi selama 8~10 minit
👉 Leperkan semula dan bolehlah dimasak di pan dengan api sederhana kecil kedua-dua permukaan roti
👉 Oleskan dengan butter permukaan roti (optional)

Kredit : Lizzy Azura (MAHN)

05/01/2026
Bakso Indonesia  Ni pon resepi lama i up balik je kat sini. Selamat mencuba 😉Kredit : Resepi Mudah
05/01/2026

Bakso Indonesia Ni pon resepi lama i up balik je kat sini. Selamat mencuba 😉

Kredit : Resepi Mudah

Dulu selalu beli minyak botol… Pastu ada orang cakap, kenapa nak membazir sedangkan boleh je beli minyak paket sebab mur...
05/01/2026

Dulu selalu beli minyak botol… Pastu ada orang cakap, kenapa nak membazir sedangkan boleh je beli minyak paket sebab murah... Sama je minyak cuma packaging je lain…

Rupanya perbezaan dia pada nombor kod dalam bulatan tu… Kalau minyak botol pun ada kod yang berbeza…

Kod dia dan penerangan seperti di bawah 👇🏻👇🏻👇🏻
🍊 CP6 - Minyak lebih sihat, ada kandungan vitamin E, Tocotrienols, kurang berbuih dna makanan lagi sedap… Sesuai untuk salad dressing dan makanan suhu rendah…
🍊 CP7 - Kandungan asid lemak lebih tinggi, minyak cepat berbuih dan makanan cepat serap minyak… Sesuai digunakan untuk memasak dan mengoreng…
🍊 CP8 - Minyak cepat berbuih dan jadi hitam... Tidak boleh digunakan berulang kali…
🍊 CP10 - Minyak paket gred rendah senang berkeladak…
Kiranya ada perbezaan begitu lah… Minyak paket murah sebab ada subsidi…
Semuanya atas kita macam mana cara penggunaan…
🌀 Jangan guna minyak berulang kali…
🌀 Jangan guna minyak sama bila minyak bertukar warna…
🌀 Jangan guna minyak apabila asap banyak dihasilkan ketika dipanaskan…
🌀 Buang minyak apabila menjadi likat…
🌀 Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang pengunaan minyak yang sama cukup hanya sekali sahaja… Sebab darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemak minyak tu… Bahaya pada tubuh badan…

Minyak masak terpakai jangan dibuang, kumpul banyak-banyak sebab boleh dijual balik… Minyak masak recycle digunakan untuk buat biodiesel… So tak lah rasa membazir walaupun hanya sekali guna je… Peace ✌🏻

Kredit empunya info. Semoga bermanafaat.

Asmida Nor  ·-------RESEPI SOFT COOKIES by Cikdaa_Bahan & Cara Buat • 100g gula perang• 25g gula kastor• 125g butter dic...
05/01/2026

Asmida Nor ·
-------

RESEPI SOFT COOKIES by Cikdaa_

Bahan & Cara Buat
• 100g gula perang
• 25g gula kastor
• 125g butter dicairkan

kacau sebati dulu semua bahan ini.

• 1 biji telur
• 1 sudu kecil creamy vanila

kacau sebati.

• 250g tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
kacau sehingga menjadi doh.
• 1/2 cawan coklat chip

masukkan kedalam doh & kacau.
simpan doh kedalam chiller selama 15minit.
• timbang doh 45g (terp**ang nk saiz besar @ kecil.
• bakar suhu 180° selama 20-25 minit.

Selamat Mencuba

Resepi : Ayam Goreng Hot and SpicyBahan-bahan :-🐣AyamTepung jenama BESTARITepung GandumTepung BerasSerbuk Cili (jika per...
05/01/2026

Resepi : Ayam Goreng Hot and Spicy
Bahan-bahan :-
🐣Ayam
Tepung jenama BESTARI
Tepung Gandum
Tepung Beras
Serbuk Cili (jika perlu)
Minyak Masak
***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin
Cara-cara
1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh smpai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam)
2. Mas**an ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Sy perap 5 jam.
3. Sediakan tepung untuk salutan p**ak
4. Cmpurkan tepung bestari yg blm di bancuh dgn air dgn tepung gandum & tepung beras (sy xda s**atan yg tetap. Main agak2 je. Anggaran 1 senduk tepung bestari 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras
5. Pastu amik aym yg dh perap tdi masuk dlm cmpuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul2 sebab kalau buat bnyk2 dia jadi x cntik & tak bersalut. So kene sabarrrrrr masa bedak kan dia.
6. Mas**an aym dh salut tadi dalm minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (xperlu gaul2 banyak kali. Biakan dia masak dgn tenang)
*masa goreng dlm periuk or kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jgn bnyk2 sngt. Ikot saiz tmpt masak tu lerrr
7. Lepas tu dah masak kan agak2 kekuningan. Angkat lerrrr. Lepas tu ngap la 😂

SELAMAT MENCUBA rakan rakan semua.

Kredit empunya resepi

Ben nak pecahkan rahsia biskut yang sedap. Ada jampi tertentu diguna pakai. Hah ? Jampi ?? Iya. Jampi ini terpakai kepad...
05/01/2026

Ben nak pecahkan rahsia biskut yang sedap. Ada jampi tertentu diguna pakai. Hah ? Jampi ??

Iya. Jampi ini terpakai kepada semua resepi. Ianya adalah tips tersembunyi/ilmu mahal. Bila anda kuasai,bagilah resepi biskut apa,hasilnya ikut tekak dan anda dah boleh bayang rasa biskut yang terhasil di dalam kepala sebelum biskut dibuat.

Wooow kan 😁

Perlu anda tahu biasanya buat biskut guna marjerin atau pure butter.

Bila guna marjerin sepenuhnya,biskut yang terhasil ialah rasa rangup bila digigit. Kalau bakar terlebih,mungkin bila anda baling ke lantai,ianya baru pecah dua.

Tapi bila guna pure butter,biskut yang dimakan akan jadi berderai dalam mulut,lembut,ada rasa lemakknya sebab pure butter dibuat dari susu.

Emplex ini macam serbuk baking powder. Warna putih. Tapi fungsinya untuk rangupkan biskut/bagi biskut tahan lama. Dijual di kedai bakeri.

Macam mana nak dapatkan biskut yang sedap ?

Ikut tekak anda. Gunakan ratio 50:50 atau 70:40 dan akhirnya anda akan dapat apa rasa biskut yang dimahukan.

Penggunakan minyak jagung di dalam biskut p**a akan hasilkan rasa sedikit lembab di dalam biskut selepas dibakar.

Sedap ? Ikut selera.

Seperti mana Ben buat resepi biskut famous amos ni,Ben cuba eksperimen dengan penggunaan emplex dan pure butter. Hasilnya seperti dalam gambar.

Rasa biskut yang dibuat ikut resepi Ben akan hasilkan biskut yang sedikit berderai di dalam mulut tapi rangup di permukaan luar. Dan manis-manis buah.

Gituuu.

Kuantiti untuk 25-27 ketul biskut famous amos :

Cawan digunakan ialah cawan penyukat metrik 250ml

125 gram pure butter pada suhu bilik
1 biji telur saiz paling kecil. Gred C
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh emplex
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan coklat chip
1/3 cawan almond nips

Cara buat :

Campurkan tepung gandum,jagung,emplex,baking powder dan ayakkan supaya sebati.2 kali.

Dalam bekas,kacau dengan tangan butter dan gula hingga mulai sebati . Tambah telur dan esen vanilla. Kacau lagi.

Tambahkan tepung bersama coklat chip dan almond nips. Kacau cukup sekadar bercampur sebati.

Rehatkan doh di dalam peti chiller 20 minit. ( kalau dalam freezer,8-10 minit dah ) Tujuannya untuk pastikan biskut tak terlalu kembang bila dibakar nanti.

Panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit.

Leserkn dulang pembakar dengan marjerin sedikit. Cubit adunan dan bulatkan/leperkan/tekap ikut gaya pilihan anda.

Bakar pada suhu 150-155’C ikut oven guna pi atas bawah selama 20-25 minit.

Sementara bakar tu,masukkan semula adunan ke dalam chiller. Bila dah nak bakar balik,baru keluarkan adunan.

Dah masak,keluarkan seketika biskut dan biarkan sejuk dulu sebelum simpan. Siap resepi biskut famous amos .

Share ilmu bermanfaat ni ya kawan-kawan 🙂

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilham 1001 Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share