Wacana Dunia MY

Wacana Dunia MY Berkongsi isu geopolitik dunia, isu semasa & tentang Malaysia - MY

Apa Itu Network School di Forest City?Network School ialah sebuah komuniti kediaman khas, menghimpunkan usahawan teknolo...
20/07/2026

Apa Itu Network School di Forest City?

Network School ialah sebuah komuniti kediaman khas, menghimpunkan usahawan teknologi, pelabur dan individu dalam bidang digital di Forest City, Johor. Ia berfungsi sebagai komuniti startup menggabungkan tempat tinggal, ruang kerja dan pembelajaran.

Yuran keahlian bermula sekitar AS$1,500 sebulan. Ahli berpeluang membangunkan syarikat startup, menghadiri ceramah dan kelas, menyertai aktiviti kecergasan serta membina rangkaian dengan usahawan pelbagai negara. Menjelang September 2025, hampir 400 peserta telah menyertainya.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan bahawa Network School tidak berdaftar sebagai institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia dan tidak mempunyai kerjasama rasmi dengan mana-mana universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar.

Network School lebih sesuai dianggap sebagai komuniti kediaman persendirian dan co-working space golongan usahawan serta profesional teknologi, bukannya sebuah institusi pendidikan yang menawarkan kelayakan akademik.

Strategi "Debasification" (Pengosongan Pangkalan) IranGambaran perang udara Iran menunjukkan gelombang serangan peluru b...
20/07/2026

Strategi "Debasification" (Pengosongan Pangkalan) Iran

Gambaran perang udara Iran menunjukkan gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyapu wilayah tersebut secara berterusan. Berbeza dengan fasa sebelum ini yang menyasarkan banyak pangkalan serentak, gelombang kali ini bermula dengan sasaran yang berhampiran dengan pantai Iran, sebelum bergerak maju ke sempadan Israel.

Selepas memusnahkan sebahagian besar rangkaian radar yang melindungi pangkalan Paksi AS dalam fasa lalu, perancang tentera Iran kini mengutamakan sasaran seperti Tempat penyimpanan bahan api, Hangar dron, Pesawat pengisi minyak (tangker) & Berek tentera.

Tindak balas AS adalah dengan mengundurkan aset mereka lebih jauh dari Iran ke pangkalan di Israel dan Jordan. Proses ini dipanggil sebagai debasification. Strategi ini mengambil kesempatan atas ketidakseimbangan (asimetri) antara struktur pasukan roket Iran dan tentera udara AS.

Mengapa Iran Menyasarkan Jordan?Jordan, salah satu negara yang semakin penting dalam strategi ketenteraan AS di Timur Te...
20/07/2026

Mengapa Iran Menyasarkan Jordan?

Jordan, salah satu negara yang semakin penting dalam strategi ketenteraan AS di Timur Tengah. AS telah memindahkan sebahagian anggota tenteranya dari Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar ke Jordan serta Israel, menjadikan Jordan sebagai pangkalan operasi penting.

Selain itu, kedudukan Jordan yang bersempadan dengan Syria, Iraq dan berhampiran Israel membolehkan tentera AS menjalankan operasi udara dengan lebih mudah di rantau tersebut.

Serangan Iran ke atas pangkalan tentera AS di Jordan dipercayai bukan sahaja menyasarkan tentera AS, malah mungkin bertujuan melemahkan sistem pertahanan udara Jordan. Ini kerana Jordan terletak di laluan utama peluru berpandu dan dron menuju ke Israel dan Jordan beberapa kali memintas serangan menuju ke Israel.

Jika pertahanan udara Jordan berjaya dilemahkan, ia berpotensi memudahkan serangan Iran atau sekutunya ke arah Israel pada masa hadapan.

Kesimp**annya, Jordan menjadi sasaran kerana peranannya yang semakin penting sebagai lokasi operasi tentera AS dan sebagai benteng pertahanan yang membantu melindungi Israel.

19/07/2026

Rusia telah memusnahkan kompleks logistik AMTEL berhampiran Kiev, salah satu hab logistik terbesar di Ukraine dengan keluasan melebihi 100,000 meter persegi.

Kemudahan tersebut, yang dianggarkan bernilai $35-40 juta, berfungsi sebagai titik transit utama bagi barangan yang ditujukan untuk perusahaan Ukraine, barangan farmaseutikal dan ratusan ribu penghantaran pos, termasuk penghantaran dron dan peralatan ketenteraan ke garis hadapan.

Serangan itu adalah sebahagian daripada operasi semalaman besar-besaran oleh Rusia yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan logistik di dalam dan sekitar Kiev.

Antara kaesah agensi perisikan Israel, Mossad merekrut individu sebagai pemberi maklumat (informan):1. Masalah kewangan ...
19/07/2026

Antara kaesah agensi perisikan Israel, Mossad merekrut individu sebagai pemberi maklumat (informan):

1. Masalah kewangan – Individu yang mengalami kesempitan hidup atau memerlukan wang menjadi sasaran utama. Mereka ditawarkan bayaran sebagai balasan memberikan maklumat.

2. Ugutan atau tekanan – Ada yang didakwa dipaksa bekerjasama selepas terjebak dengan hutang, masalah peribadi atau perkara yang boleh digunakan untuk mengugut mereka.

3. Mengambil peluang daripada kelemahan keselamatan – Bahagian yang kurang menitikberatkan aspek keselamatan maklumat lebih mudah menjadi sasaran untuk mendapatkan maklumat sulit.

4. Rasa tidak puas hati – Sesetengah individu didakwa menawarkan diri untuk bekerjasama kerana kecewa dengan organisasi atau ketua mereka, bukan semata-mata kerana wang.

5. Merekrut kenalan sendiri – Individu yang telah direkrut p**a digalakkan mencari ahli baharu dalam kalangan rakan atau orang yang mereka kenali, sekali gus membentuk rangkaian pemberi maklumat.

Kesimp**annya, Mossad menggunakan gabungan ganjaran kewangan, tekanan psikologi, kelemahan keselamatan dan hubungan peribadi untuk mendapatkan maklumat risikan.

Donald Trump sedang mempertimbangkan membenarkan Arab Saudi memperkayakan (enrich) uranium melalui satu perjanjian nukle...
19/07/2026

Donald Trump sedang mempertimbangkan membenarkan Arab Saudi memperkayakan (enrich) uranium melalui satu perjanjian nuklear baharu. - laporan CNN

Antara intipati laporan:

1. AS dan Arab Saudi dikatakan telah menyiapkan draf perjanjian nuklear ("123 Agreement"), namun sedang menunggu kelulusan Trump.

2. Perjanjian itu TIDAK mewajibkan Arab Saudi menerima pemeriksaan tambahan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

3. Membuka ruang kepada Arab Saudi untuk membangunkan senjata nuklear pada masa hadapan jika ia memilih berbuat demikian.

4. Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebelum ini pernah menyatakan bahawa jika Iran memiliki senjata nuklear, Arab Saudi juga akan berusaha mendapatkannya.

Tindakan ini jelas bercanggah dengan pendirian AS sebelum ini menekan dan menyerang Iran atas isu program pengayaan uranium.

Laporan ini masih berdasarkan siasatan CNN dan perjanjian belum dimuktamadkan. Jika benar dilaksanakan tanpa syarat pemantauan yang ketat, ia akan mencetuskan perlumbaan senjata nuklear di Timur Tengah.

Israel meluluskan kontrak bernilai $200 juta dengan Elbit Systems untuk pembekalan peluru udara canggih kepada IDF menan...
23/04/2026

Israel meluluskan kontrak bernilai $200 juta dengan Elbit Systems untuk pembekalan peluru udara canggih kepada IDF menandakan konflik semasa bukan bersifat sementara.

Ini mencerminkan keutamaan memastikan keupayaan tempur kekal berterusan tanpa bergantung kepada pembekal luar khususnya dalam situasi perang yang semakin kompleks.
Perolehan ini hadir ketika operasi ketenteraan masih aktif di Gaza dan Lebanon, di samping persiapan menghadapi kemungkinan konflik lebih besar dengan Iran.

Langkah ini jelas bukan sekadar pembelian aset, tetapi sebahagian daripada strategi jangka panjang Israel meningkatkan self-reliance dalam industri pertahanan. Ia menjadi satu petunjuk bahawa Israel sedang bersedia menghadapi fasa konflik yang lama dan intensif.

Mengapa cadangan Indonesia tentang Selat Melaka tidak wajar berlaku ?Cadangan Indonesia mengenakan tol di Selat Melaka b...
23/04/2026

Mengapa cadangan Indonesia tentang Selat Melaka tidak wajar berlaku ?

Cadangan Indonesia mengenakan tol di Selat Melaka berpotensi mengubah landskap ekonomi maritim Asia Tenggara. Walaupun ia boleh menjana pendapatan berbilion dolar melalui trafik kapal yang tinggi, kesan sampingannya jauh lebih kompleks. Kos tambahan kepada kapal dagang akan dipindahkan ke pengguna global, sekali gus meningkatkan harga barangan dan memberi tekanan inflasi kepada negara bergantung import seperti Malaysia dan Singapura.

Di sudut geopolitik, pengenaan tol di Selat Melaka boleh mencetuskan reaksi keras daripada kuasa besar seperti AS, China dan Jepun yang sangat bergantung kepada laluan ini untuk perdagangan dan keselamatan tenaga. Sebarang sekatan atau bayaran tambahan dilihat mencabar prinsip kebebasan navigasi antarabangsa, sekali gus membuka ruang kepada tekanan diplomatik atau kehadiran ketenteraan di perairan Asia Tenggara.

Risiko militarisasi laluan perdagangan dan persaingan pengaruh akan menjadikan Selat Melaka bukan lagi sekadar laluan ekonomi tetapi medan strategik perebutan kuasa global.

Cadangan Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa mengenakan caj tol ke atas kapal yang melalui Selat Melaka mem...
23/04/2026

Cadangan Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa mengenakan caj tol ke atas kapal yang melalui Selat Melaka membuka perdebatan besar dalam landskap perdagangan global.

Beliau menyatakan Indonesia berada di laluan kritikal perdagangan dan tenaga dunia, namun tidak memperoleh manfaat ekonomi langsung daripada trafik maritim yang tinggi.

Idea ini mendapat tentangan hebat daripada pihak Singapura. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa Selat Melaka dan Selat Hormuz adalah laluan air antarabangsa, di mana hak pelayaran adalah satu "hak" (right) mengikut undang-undang antarabangsa, bukannya satu keistimewaan (privilege) yang boleh dijual beli.

23/04/2026

Tentera Laut IRGC telah mengeluarkan rakaman video rampasan kapal kontena ‘MSC FRANCESCA’ dan ‘EPAMINONDAS’ di Selat Hormuz.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wacana Dunia MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share