SukaShare

SukaShare Santai & Inspirasi

23 Julai 2025 | ThailandTular di TikTok satu video yang cukup mengharukan.Sebuah apartmen terbakar dan ketika semua pend...
31/07/2025

23 Julai 2025 | Thailand

Tular di TikTok satu video yang cukup mengharukan.

Sebuah apartmen terbakar dan ketika semua penduduk panik melarikan diri, seorang rider penghantar makanan dilihat berlari naik ke tingkat atas, menembusi asap tebal. Bukan kerana harta, bukan kerana orang tersayang, tetapi kerana seekor anak kucing yang terperangkap di dalam.

Dia bukan sekadar seorang rider. Dia juga anggota bomba s**arela. Tanpa sekelumit ragu, dia nekad masuk ke dalam api, bertarung dengan bahaya demi menyelamatkan satu nyawa kecil.

Dan akhirnya, anak kucing itu berjaya diselamatkan. Dihidupkan semula dengan bantuan pernafasan mulut ke mulut. Kini, anak kucing itu sedang dirawat dan berada dalam keadaan selamat.

Inilah wira sebenar. Tak perlu nama, tak perlu sanjungan.
Kebaikan seperti ini akan sentiasa disaksikan oleh manusia.

Thank you Allah.

Kredit: Amirul Lori Sewa Wan

Basic RM1,500 tak payah lah pakai kereta RM70k++ ni. Sedap merasa hari pertama, lepastu merana sepanjang 9 tahun.Nanti t...
30/12/2023

Basic RM1,500 tak payah lah pakai kereta RM70k++ ni. Sedap merasa hari pertama, lepastu merana sepanjang 9 tahun.

Nanti takde duit nak renew road tax, insurance, tayar bocor kena paku, maintenance; mulalah nak complain dekat socmed "kenapa maintenance mahal?".

Bukan tak pernah berlaku pun, ada orang tu beli VW Tiguan lepastu complain service mahal. Mampu beli (pakai loan) tapi tak mampu pakai tu.

Jangan ambil beban yang tak perlu. Ingat, It's you alone vs the marketing and sales team of these companies. Brand Proton ni OK je, I'm not criticizing the car, but the salesmen? Well they are NOT your friends. So fikir baikยฒ sebelum ambil tindakan.

Apalah la ajak orang gaji RM1,500 angkat S70. Kalau ada cash in hand (untuk bayar deposit tinggi) pun simpan je lah, mana tahu rezeki RM1,500/m tu terputus ke, takde la kena cari kerja baru sambil fikir cara nak bayar hutang kereta Sedan "Segment C" dari China ni ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿ˜…

Sumber: X Faiz Azmi

Lama tak share lukisan anak ku. Anak korang ada blind bag obsessions tak? Aku pun tak tau amende ni tapi layan jela. Dal...
28/12/2023

Lama tak share lukisan anak ku.

Anak korang ada blind bag obsessions tak? Aku pun tak tau amende ni tapi layan jela.

Dalam blind bag tu ada benda-benda dia masukkan. Majoriti ialah squishy yang dibuat sendiri juga guna kertas dan plastik sampah as โ€œkapasโ€.

Lukisan tu tekap buku coloring my melody. Kemudian dia ikut line pensel tu dan colorkan dengan highlighter dan magic pen.

Kita tengok bila trend ni akan berakhir. Mak tak sabor nak simpan plastik Mydin. Sekarang ni rumah aku jadi zero plastic pulak! Sebab semua dah kena kebas.

Kredit: FB Noor Saffreena

Baru tahu yang dok suruh download .APK file bagai ini sebenarnya sejenis Malware Scam, benda inilah paling kena berhati-...
28/12/2023

Baru tahu yang dok suruh download .APK file bagai ini sebenarnya sejenis Malware Scam, benda inilah paling kena berhati-hati. Sekali korang dah download, memang makan diri sendiri, please sebarkan.

Sumber: X Akeem Sharyzal

Cara-cara menjinakkan harimau. ๐Ÿ˜†Kredit: Kai Caster via Prompters Malaya
28/12/2023

Cara-cara menjinakkan harimau. ๐Ÿ˜†

Kredit: Kai Caster via Prompters Malaya

HATI-HATI SCAMMER TEPI HIGHWAY!Panjang sikit karangan hari ni. Semalam, pakcik berbaju Melayu coklat maroon yang menurut...
24/11/2023

HATI-HATI SCAMMER TEPI HIGHWAY!

Panjang sikit karangan hari ni. Semalam, pakcik berbaju Melayu coklat maroon yang menurutnya bernama Majid dan anaknya berbaju biru bernama Kamal, berjalan kaki di tepi lebuhraya Guthrie. Suami saya yang dalam perjalanan ke Shah Alam, berhenti untuk membantu.

Minyak motor habis, terpaksa menolak motor. Suami saya yang kebetulan membawa 4x4 semalam, angkat motor pakcik tu di belakang dan menghantar mereka ke stesen minyak berdekatan.

Bayangkan, jumpa mereka di highway Guthrie dari Rawang, dan stesen minyak terdekat ialah di Shah Alam. Jauh tu nak tolak. Aduh, simpati, kesian.

Dalam kereta, mereka bersembang. Katanya, dia dari Tg Malim menziarah bapanya yang meninggal dunia, dalam perjalanan ke Jasin.

Apabila ditanya, kalau nak ke Jasin, kenapa lalu Guthrie? Pakcik memberitahu yang mereka dalam perjalanan ke Klang, kerana ada pusat zakat yang memberi wang kecemasan. Aduh, simpati, kesian lagi.

Sampai di stesen minyak, suami turunkan motornya sambil dibantu beberapa kontraktor yang sedang membuat kerja pembaikan di stesen Petronas federal highway Shah Alam arah ke Klang.

Sebelum turun dari kereta, disebabkan suami rushing nak kejar urusan di bank, maka ditinggalkan pakcik tu di sana dengan wang tunai RM150.

Pakcik mendoakan, "Terima kasih. Semoga murah rezeki". Kontraktor yang bekerja pun mendoakan yang sama. "Terbaik, bang!" Kata mereka sebab semua yang menyaksikan pasti akan simpati dan kesian tengok pakcik tu.

Suami ceritakan pada aku sebelum kami tidur semalam. Meleleh air mata aku sebab simpati dan kesian nasib mereka. Tapi...

Hari ini, sekitar jam 11.40 am dalam perjalanan ke utara, di tepi highway PLUS selepas R&R Rawang, aku nampak seorang pakcik dengan anak lelaki sedang ditahan brader X50.

Aku terus bersuara, "Macam sama dengan cerita abang semalam". Suami yang sedang memandu menoleh terus menjawab, "Cilaka! Pakcik semalam!". ๐Ÿ˜… Suami rapatkan kereta ke tepi emergency lane dan undurkan kereta.

Brader X50 ni dah jadi mangsa baru. Kali ni, mak dia pulak mati, nak balik ke Batang Kali. Bila ditanya mana duit RM150 semalam? Dia boleh minta no akaun nak transfer. ๐Ÿ˜‚

Banyak pulak duit kau ye pakcik? Sempat pakcik simpan dalam bank lepas tu cari mangsa baru.

Brader X50 tu pun yang pada mulanya kata "Takyah viral la bang", pun dah tinggikan suara lepas tau dia pun kena tipu. Marah betul brader tu sebab pakcik menggunakan anak untuk raih simpati.

Kesian anak itu, terkebil-kebil tak faham apa berlaku. Tak dapat dipastikan identiti sebenar pakcik ni, rakyat Malaysia ke Rohingya.

Punya Tuhan nak tunjuk, baru semalam suami tolong, hari ni dah dapat jawapan yang ditolong tu buat duit dengan simpati rakyat Malaysia. Baik hati kita dengan mudah diperguna.

Sumber: Elia Yacob

Hari ni aku belajar benda baru. Sebagai owner business, kau kena fikir apa sekali cara untuk kau jual. Kariah masjid min...
19/11/2023

Hari ni aku belajar benda baru. Sebagai owner business, kau kena fikir apa sekali cara untuk kau jual. Kariah masjid minta aku buka kopi utk warga kampung. Tapi sesuai harga untuk orang kampung ( tak mahal ).

Aku agak buntu, selama ni jual RM9-RM10. Nak murah mana mcm mana ? Dan mereka bagitahu agak lambat, jadi aku ada 1 malam je nak fikir dan kira kos. Boleh ke letak latte ? Americano ? Org kampung faham ke ? Jadi aku pun letak kopi O dan kopi susu dengan harga RM6. Ada untung, tapi tak banyak.

Niat nak berbakti kat komuniti setempat Alhamdulillah, capai target aku untuk pagi tadi. Tapi apa yang lebih gembirakan aku. Orang kampung dah nampak sendiri cara buat air kopi menggunakan Arabica beans. Dorang dapat bau dari dekat, dapat lihat dengan dekat. Semua s**a, kata nya lebih โ€˜kawโ€™ lebih sihat.

Sempat jugak aku disapa dengan beberapa ahli kariah masjid, ajak aku untuk join event event masjid lepas ni. Hari ni aku rasa kepuasan tu lain macam, apa aku idam kan selama ni hampir tercapai.

Pagi ini semasa balik hantar anak sekolah saya terserempak dengan anak saudara sepupu saya. Kereta kancil 660 dalam side...
18/11/2023

Pagi ini semasa balik hantar anak sekolah saya terserempak dengan anak saudara sepupu saya.

Kereta kancil 660 dalam side mirror tu saya jual RM10 je pada dia yang juga anak yatim untuk memudahkan dia hantar adik ke sekolah.

Kereta tu asalnya saya pakai masa saya kerja dengan company lama,kereta tu milik company dan saya guna dari tahun 2007.

kemudian pada tahun 2016 company lama nak jual kereta tu. Saya nak beli dan Saya pinjam duit kawan RM4000. Bayar ansuran RM500 sebulan pada dia.

Pada mulanya saya ingat company jual RM4000 tapi cuma RM2000. Kebetulan masa dapat pinjam duit tu mak mentua saya meninggal dunia jadi RM2000 lagi digunakan untuk urusan pengurusan jenazah dan lain-lain.

Hari berganti hari, kemudian saya selalu terserempak dengan kegigihan seorang abang yang menghantar adik-adiknya ke sekolah dengan menunggang motosikal.

Adik-adiknya dah besar panjang, ada yang sekolah menengah dan rendah,kaki panjang terjulur naik motosikal bertiga setiap pagi.

Kereta kancil yg saya beli tu sebenarnya dah tersadai lebih setahun saya kira nak jual je. Tapi berapa la sangat. Saya iklan kan di fb dan status wasap ramai yg bertanya.

Tapi Allah bukakan hati untuk saya jual kereta tu pada dia ini. Dia bersusah payah setiap hari menghantar adik2nya ke sekolah naik motosikal bertiga.

Saya hanya jual RM10 saja tetapi servis dan tukar nama dia kena buat sendiri. Saya pesan kat dia kalau dah mampu beli kereta lain nanti kereta kancil tu jual kat saya balik RM10. Rasanya dah 3 ke 4 bulan dia pakai, dah nampak seri balik.

Saya sayang kereta tu sebab dengan kancil tu la saya punggah ikan patin, timun,kelapa,cili,50 anak pokok limau nipis dan macam2 lagi untuk menyara keluarga sebelum ni.

Sampailah saya mampu ada kereta lain berkat sokongan tuan-puan pada perniagaan berasaskan vanilla saya.

Setiap sen yang tuan puan belanjakan untuk Amani Vanilla Temerloh (AVT) tanpa sedar dapat memberi manfaat kepada ramai orang sebenarnya. Ini salah satu contohnya.

Begitu juga dengan perbelanjaan tuan puan di mana sahaja, tanpa kita sedar kita berbelanja untuk manfaat orang lain juga sebenarnya. Bagusnya kalau kita tahu ke mana hala duit kita pergi kan. Mesti kita seronok berbelanja.

Tapi tak semua benda kita tahu, sebab pahala tak nampak macam duit.

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal ๐Ÿ˜ฑKalau datang bandar Ipoh,...
18/11/2023

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal ๐Ÿ˜ฑ

Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan?

Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa.

Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak.

Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini

JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was.

"Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana tanda HALAL adalah jika operasi dan bahan makanan menepati syariat.โ€

Bagaimanapun, sebelum ini menerusi The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah, jadi bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

Sumber : Suara Perak

CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUNIkut petua mudah ini, dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.Bahan-Bahan:1. ...
18/11/2023

CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUN

Ikut petua mudah ini, dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya.

Bahan-Bahan:

1. Cuka masakan

2. Sabun pencuci pinggan

3. Alat penyembur

Cara Membuatnya:

1. Tuangkan cuka masakkan ke dalam alat penyembur.

2. Setelah itu,titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.

3. Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.

* Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.

Semoga bermanfaat

Sumber: Kaki Deco

Setuju sangat. Agaknya nak kahwin nanti pun tengok YouTube ๐ŸคฃSumber: 1001 aneka resepi kek
18/11/2023

Setuju sangat. Agaknya nak kahwin nanti pun tengok YouTube ๐Ÿคฃ

Sumber: 1001 aneka resepi kek

Tadi saya beli air kelapa tepi jalan. Ada seorang lelaki mahu beli air kelapa jugak. Masa saya mahu bayar tu dia cakap, ...
18/11/2023

Tadi saya beli air kelapa tepi jalan. Ada seorang lelaki mahu beli air kelapa jugak.

Masa saya mahu bayar tu dia cakap, "saya nak bayarkan boleh?"

Saya jem skejap. "Haa?"

"Saya bayarkan ya..."

"Terima kasih" saya balas. Sebenarnya saya serba salah mahu terima tapi saya letak diri saya di tempat dia.

Kalau saya mahu bayarkan orang lepas tu orang tolak, saya akan sedih. Sebab tu saya terima.

Mungkin dia nampak buruk betul motor saya ya ๐Ÿ˜‚๐Ÿฅน (Terpaksa tukar motor kah ni? Atau biar saja supaya lebih ramai orang belanja? ๐Ÿ˜…)

P/s : Lagu ni adalah selawat murah rezeki. Dulu ni ringtone handphone saya ๐Ÿ˜‚

Sumber; Shara Ismail

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SukaShare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share