Laman Terbuka - Fotografi

Laman Terbuka - Fotografi Semua orang boleh tangkap gambar dan edit dengan cantik.. Tak percaya? belajar dekat lamanterbuka.com

Kurang dari 10 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.Biasanya bila raya, kita semua akan ambil gambar bersama keluarg...
10/03/2026

Kurang dari 10 hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri.

Biasanya bila raya, kita semua akan ambil gambar bersama keluarga.
Tapi kadang-kadang hasilnya… biasa saja.

Bukan sebab kamera tak bagus.
Tapi sebab kita tak tahu pose, susunan, dan sudut yang buat gambar nampak lebih cantik dan bermakna.

Sebab itu khas untuk raya tahun ini,
aku dah masukkan beberapa rujukan pose gambar raya yang korang boleh terus ikut sama ada untuk gambar sendiri atau bersama keluarga.

Tak perlu kamera mahal.
Guna phone pun boleh.

Semua rujukan ini aku dah masukkan dalam Panduan Mobile Fotografi di
lamanterbuka.com

Harapnya tahun ini, gambar raya korang bukan sekadar cantik…
tapi lebih bermakna.

03/03/2026

Semakin dewasa,
kita mula sedar hidup ini bukan tentang siapa paling laju,
atau siapa paling jauh.

Dulu, kita fikir bahagia itu pada pencapaian.
Pada angka.
Pada pengiktirafan orang.

Tapi makin hari, kita belajar sesuatu.

Hidup ini lebih kepada memilih fokus.

Dalam fotografi, bukan semua benda dalam frame perlu ditonjolkan.
Kalau semuanya mahu jelas, akhirnya tiada satu pun yang benar-benar bermakna.

Begitu juga kehidupan.
Bila kita cuba kejar semua,
kita hilang apa yang sebenarnya penting.

Semakin dewasa,
kita mula menghargai perkara yang dulu kita anggap biasa
waktu yang tenang,
perbualan yang panjang dengan rakan,
dan hati yang masih tidak kenal dunia.

Kita tak lagi kejar exposure yang terlalu terang.
Kita cuma mahu cahaya yang cukup untuk melihat dengan jelas.

Dan akhirnya kita faham,
makna kehidupan bukan pada seberapa penuh jadual kita,
tetapi seberapa tenang jiwa kita.

Mungkin dewasa itu bukan tentang umur.
Tetapi tentang cara kita melihat.

Ramadhan ke-12.Dan satu angka yang tak pernah aku terfikir.Hari ini genap 1,900 naskhah Panduan Mobile Fotografi telah t...
28/02/2026

Ramadhan ke-12.
Dan satu angka yang tak pernah aku terfikir.

Hari ini genap 1,900 naskhah Panduan Mobile Fotografi telah terjual.

Aku percaya, ramai yang sebenarnya mahu ubah cara mereka melihat dunia.
dan hasilkan gambar raya tahun ini dengan lebih bermakna.

Terima kasih atas sokongan yang tak pernah berhenti.
Tak kurang juga yang minta aku adakan kelas,
online dan juga offline.

Ramai yang tak tahu,
LamanTerbuka bukan milik seorang individu.
Ia milik komuniti.

Dan antara target aku tahun ini,
aku nak adakan satu event yang dapat menghimpunkan mobile photographer dan traveler
dari seluruh Malaysia.

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan ini.
Salam Ramadan

Ada 3 teknik dalam fotografi yang kalau kau kuasai,akan ubah gambar kau dari biasa nampak luar biasa.Pertama, arah.Dalam...
24/02/2026

Ada 3 teknik dalam fotografi yang kalau kau kuasai,
akan ubah gambar kau dari biasa nampak luar biasa.

Pertama, arah.
Dalam gambar ini, jambatan itu sendiri memimpin mata kita ke hadapan.
Bila arah jelas, mata tak sesat.

Kedua, fokus.
Bukan semua benda dalam frame perlu jadi utama.
Bila kita tahu apa subjek sebenar, yang lain hanya pelengkap.

Ketiga, cahaya.
Tanpa cahaya, gambar tak bernyawa.
Dengan cahaya yang betul, suasana terus berubah.

Menariknya, hidup pun sama.

Kita perlukan arah supaya tak hilang tujuan.
Kita perlukan fokus supaya tak terganggu dengan yang remeh.
Dan kita perlukan cahaya supaya hati sentiasa hidup.

Mungkin inilah masa terbaik untuk kita perlahankan langkah,
betulkan semula arah,
dan tajamkan fokus pada yang benar-benar penting.

Bila kita tahu cara melihat,
yang biasa pun boleh jadi luar biasa.

Salam Ramadan

Ramadan adalah bulan beribadah.Dan antara ibadah yang sering kita terlepas pandang,namun tetap bernilai pahalaadalah mel...
20/02/2026

Ramadan adalah bulan beribadah.

Dan antara ibadah yang sering kita terlepas pandang,
namun tetap bernilai pahala
adalah melihat alam dengan hati yang sedar.

Lihatlah langit yang berubah warna,
cahaya yang tenggelam perlahan,
dan pohon yang berdiri tanpa suara.

Semua itu bertasbih.
Semua itu memuji kebesaran-Nya.

Gunakanlah segala nikmat untuk beribadah.
Jangan jadikan puasa sekadar alasan untuk lebih banyak tidur,
tetapi jadikan ia ruang untuk lebih banyak mengingati-Nya.

Salam 2 Ramadan 🤍

Salam Ramadan 2026Semoga Ramadan kali ni buat hati kita lebih tenang,lebih sabar, dan lebih dekat dengan Allah.Ramai tak...
18/02/2026

Salam Ramadan 2026

Semoga Ramadan kali ni buat hati kita lebih tenang,
lebih sabar, dan lebih dekat dengan Allah.

Ramai tak tahu, masjid cantik ni ialah Masjid Darul Quran
tersembunyi dengan latar gunung dan tasik yang tenang.

Kalau ada rezeki Ramadan ni,
jom cuba rasa suasana terawih dekat sini.
Solat dalam tenang, dikelilingi alam yang mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya.

17/02/2026

Gambar kau pernah jadi macam ni tak?

Real life nampak cantik dan indah.
Tapi bila dah snap masuk dalam phone… jadi biasa je.

Padahal bukan salah tempat.
Bukan salah phone.

Cuma kau tak adjust benda paling basic dalam kamera kau sendiri.

Majoriti orang snap guna auto.
Cahaya terlalu terang.
Warna jadi flat.
Langit putih kosong tak detail.

Sedangkan dengan cuma:

– Turunkan exposure sikit
– Lock focus pada subject
– Mainkan angle ikut arah cahaya

Terus gambar nampak lebih hidup.

Bila kau faham cara kawal exposure, positioning dan cahaya,
gambar bukan sekadar cantik, tapi ada 'rasa'.

Phone mahal tak jamin hasil yang baik.
Tapi teknik dan cara melihat… itu yang bezakan.

Kalau kau nak ambil gambar guna phone tapi hasilnya nampak lebih mahal dan lebih hidup,

aku dah susunkan semua teknik yang aku guna dalam satu panduan mobile fotografi.

Dapatkan di : lamanterbuka.com

The art of focusing.Gambar yang kuat bukan sebab banyak benda dalam frame.Tapi sebab kita tahu apa yang nak difokuskan.D...
13/02/2026

The art of focusing.

Gambar yang kuat bukan sebab banyak benda dalam frame.
Tapi sebab kita tahu apa yang nak difokuskan.

Dalam gambar ni, mata terus pergi pada subjek.
Sebab:

• Ada foreground untuk depth
• Warna subjek kontra dengan air
• Fokus & exposure dikunci pada point utama

Fotografi bukan tentang ambil semuanya.
Tapi tentang pilih yang penting.

Kalau kau nak belajar kawal fokus & cahaya guna phone je,
panduan Mobile Fotografi aku ada di lamanterbuka.com

Suatu hari nanti,kita semua akan berdiri di satu titikdan sedar,hidup ini bukan tentang berapa tinggi kita pernah naik,t...
12/02/2026

Suatu hari nanti,
kita semua akan berdiri di satu titik
dan sedar,
hidup ini bukan tentang berapa tinggi kita pernah naik,
tetapi tentang apa yang kita rasa sepanjang perjalanan.

Kita kejar banyak benda.
Nama. Pencapaian. Pengiktirafan.
Kita fikir semua itu akan kekal.

Dan akhirnya kita sedar.
yang kekal bukan kejayaan,
bukan kedudukan,
bukan pujian manusia.

Yang kekal hanyalah memori.

Memori tentang siapa kita pernah jadi.
Memori tentang siapa yang pernah berjalan bersama kita.
Memori tentang keberanian yang pernah kita pilih,
walaupun kita takut.

Sebab hidup ini sebenarnya sementara.
Tapi cara kita menghayatinya,
itulah yang menentukan sama ada ia sekadar perjalanan…
atau sebuah cerita yang bermakna.

Aku pun banyak guna ChatGPT untuk refine gambar...Ni contoh prompt yang aku guna (boleh copy paste) :Bantu enhance gamba...
10/02/2026

Aku pun banyak guna ChatGPT untuk refine gambar...

Ni contoh prompt yang aku guna (boleh copy paste) :
Bantu enhance gambar ni (masukkan gambar) supaya nampak lebih cinematic dan natural.
1. Tajamkan detail tanpa nampak over-sharpen
2. Betulkan color grading dengan mood: travel, warm, natural
3. Naikkan dynamic range – highlight jangan pecah, shadow jangan terlalu gelap
4. Tone kulit nampak real, bukan oversaturated
5. Kekalkan gaya macam shot guna iPhone 15 Pro Max
6. Composition maintain, cuma improve visual balance

Hasil akhir mesti nampak natural, bukan AI look.

_________________________

Tapi jujur…
tool cuma 20%.
80% lagi adalah cara kita tengok dunia sebelum ambil gambar.

Gambar yang ada jiwa bukan datang dari filter,
tapi dari segi kefahaman kau.

Kalau kau nak betul-betul faham, macam mana nak compose guna phone, cara baca cahaya tanpa pening & edit simple tapi nampak pro.

Belajar cara tangkap gambar yang betul di:
🌐 lamanterbuka.com

Aku dah susun panduan mobile fotografi untuk orang biasa, bukan untuk pro kamera.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Terbuka - Fotografi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share