05/04/2026
Wowww this is a real man that knows his responsibility...... AL Fatihah buat arwah Amirul Hafiz Omar 🤲🤲🤲
“Dia keluar rumah macam biasa…
cari rezeki, hantar makanan untuk orang lain…
tapi rupanya itu perjalanan terakhir dia sebagai suami.”
Yang tinggal bukan sekadar kenangan…
tapi satu fail.
Dalam fail tu,
bukan duit berjuta…
bukan harta mewah…
tapi ada sesuatu yang lebih besar nilainya.. tanggungjawab.
Dia dah susun siap-siap…
dokumen, insurans, apa yang perlu dibuat…
Siap tulis,
“Bawa ini bila papa dah tiada…”
Bayangkan…
seorang lelaki,
dalam diam,
dah fikir jauh sampai ke saat dia tiada.
Bukan sebab dia nak pergi,
tapi sebab dia takut…
kalau dia pergi,
orang yang dia sayang hilang arah.
Itulah suami.
Tak semua pandai ucap “I love you”…
tapi dia tunjuk dengan cara dia sendiri
melindungi walaupun selepas dia pergi.
Dan hari ini…
fail itu bukan sekadar fail.
Ia jadi bukti…
bahawa dia pernah mencintai dengan penuh tanggungjawab.
Al-Fatihah buat arwah Amirul Hafiz Omar.
Semoga setiap usaha dia menjaga keluarganya,
jadi asbab syurga untuknya.