11/08/2026
Pernah rasa hidup tengah jatuh teruk?
Sharnaaz Ahmad pernah melalui fasa itu.
Ketika proses perceraian dengan Noor Nabila, dia mengakui dirinya sangat down, murung dan tertekan.
Tapi dalam waktu yang sama, datang p**a satu rezeki yang dia dah lama impikan.
Sharnaaz dapat tawaran berlakon dalam filem yang diidamkannya.
Malah, ketika menerima surat cerai, dia juga membawa segala emosi dan kesedihan itu ke dalam watak yang dilakonkan.
Menurut Sharnaaz, pengalaman tersebut antara perkara yang membantu menjayakan filem itu sehingga mencatat kutipan sekitar RM58 juta.
Bagi dia, mungkin itulah cara Tuhan tunjukkan bahawa setiap ujian ada hikmahnya.
Sebab itu dia pesanโฆ
Kalau sedang diuji, jangan terus anggap semuanya sudah berakhir.
Jadikan ujian itu sebagai pembakar semangat untuk cari kejayaan yang baru.
Kadang-kadang kita tak nampak hikmah hari ini.
Mungkin beberapa tahun lagi baru kita faham kenapa kita pernah melalui semua itu.
Pernah tak anda alami sesuatu yang pada awalnya menyakitkan, tapi akhirnya membuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik?
Begitulah.