07/09/2026
š ENAM GUNUNG BERAPI ERUPSI PADA HARI YANG SAMA, PVMBG: TIADA BUKTI SALING MEMICUā¼ļø
šļø JAKARTA: Enam gunung berapi aktif di Indonesia dilaporkan mengalami erupsi pada 31 Ogos 2026, mencetuskan perhatian terhadap aktiviti vulkanik di rantau berkenaan.
Gunung yang terlibat ialah Anak Krakatau di Selat Sunda, Semeru di Jawa Timur, Sinabung di Sumatera Utara, Ibu di Maluku Utara, Lewotobi Laki-laki dan Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur (NTT).
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), kejadian tersebut tidak menunjukkan bahawa keenam-enam gunung berapi itu saling mencetuskan letusan.
Setiap gunung mempunyai sistem magma dan dinamik vulkanik tersendiri. Oleh itu, kejadian erupsi pada hari yang sama lebih tepat dilihat sebagai aktiviti vulkanik yang berlaku secara bebas, bukannya satu rangkaian letusan yang saling berkaitan.
Sementara itu, Gunung Ili Lewotolok terus menunjukkan aktiviti yang tinggi. Dalam tempoh 24 jam, gunung tersebut dilaporkan merekodkan 378 letusan, manakala aliran lava baharu dikesan mengalir sehingga kira-kira 500 meter dari bibir kawah.
Walaupun tiada bukti bahawa kesemua aktiviti tersebut saling berkaitan, perkembangan ini sekali lagi mengingatkan bahawa Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) yang mempunyai aktiviti tektonik dan vulkanik yang tinggi.
š Enam gunung berapi aktif pada hari yang sama bukan bukti bahawa satu letusan besar sedang berlaku secara serentak ā tetapi ia tetap menunjukkan betapa aktifnya sistem geologi di rantau ini.
Kelvin Patrick Guythri Menon Thanimalai MMT PUBLIC MEDIA Raaga (Malaysia) Universal Media II Universal Media Global Universal Media business group