19/09/2026
KUALA LUMPUR, 19 Sep - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai reaksi DAP terhadap perkembangan tahanan rumah yang dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Dato‘ Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.
Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu hari ini.
Mesyuarat berkenaan dipercayai berkaitan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.
Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib, 73, mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028.
Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.