19/04/2026
ROJAK AYAM TERENGGANU
BAHAN AYAM GORENG KUNYIT:
½ ekor ayam | dipotong 2
Serbuk cili
Kunyit
Garam & perasa
*Ayam digaulkan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan perasa. Kemudian digoreng garing. Bila dah siap digoreng, boleh dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
BAHAN KUAH ROJAK:
300gm kacang tanah
*disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur.
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ lengkuas
2 sudu besar udang kering
1 biji buah keras
1 batang serai
2 senduk cili kering | dibuang biji & rebus
1 keping nise
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Perasa
1 batang serai | diketuk
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata.
4. Masukkan nise, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air. Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat.
5. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau-kacau sekejap. Tutup api. Siap.
BAHAN CUCUR ROJAK:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Daun kucai
Daun bawang & daun sup
Tauge
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Kesemua bahan disatukan. Masukkan air, gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng, bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
BAHAN SAYUR ROJAK:
Tauge | dicelur
Timun | dipotong panjang
Sengkuang | dipotong panjang
Salad
Cili besar merah & hijau
BAHAN LAIN:
1 bungkus mee kuning (dicelur sebelum dihidang)
5 biji telur rebus (kalau s**a, telur boleh digoreng selepas direbus)
Tauhu (disapu garam, kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan)
2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hendak dihidangkan)