All Heboh

All Heboh Hebohkan apa saja yang viral dan menarik

12/08/2026

Dunia tanpa ibu bapa itu berat, hargailah mereka selagi ada, luangkan masa bersama 🙂

Gitu rupanya 🤣
12/08/2026

Gitu rupanya 🤣

Rogol dan rompak remaja perempuan ketika joging, lelaki dipenjara 20 tahun dan 7 sebatanKisah tragis yang berlaku di Tum...
20/07/2026

Rogol dan rompak remaja perempuan ketika joging, lelaki dipenjara 20 tahun dan 7 sebatan

Kisah tragis yang berlaku di Tumpat bulan lepas akhirnya terjawab di Mahkamah Sesyen apabila seorang mekanik berusia 23 tahun, Muhammad Faryzuan Aiman Mat Yatim, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan tujuh sebatan.

Segala-galanya bermula pada jam 7.40 pagi, 17 Jun lalu di kawasan semak Kampung Mesira, Palekbang, apabila tertuduh tergamak mencederakan dan merogol seorang budak perempuan 15 tahun yang sedang berjoging, malah tergamak merompak telefon bimbit mangsa menggunakan sebatang kayu sebelum menjualnya dengan harga RM35 sahaja.

Di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah, dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(a) dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Walaupun dia yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan sebab ada isteri dan anak kecil untuk disara, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyha Na’ilah Harizan menegaskan perlunya hukuman setimpal memandangkan mangsa menderita kecederaan amat parah—termasuk retak tulang muka, rongga mata, hidung dan patah gigi.

Akhirnya, mahkamah mengenakan hukuman berasingan bermula tarikh dia ditangkap pada 7 Julai: 15 tahun penjara dan lima sebatan untuk kes rogol, serta lima tahun penjara dan dua sebatan untuk kes rompak, di samping syarat wajib ikuti kaunseling pemulihan dalam penjara dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas bebas nanti.

Baru p**ang dari tempat kerja, seorang suami didakwa terus naik angin selepas melihat isterinya masih memakai make-up. P...
17/07/2026

Baru p**ang dari tempat kerja, seorang suami didakwa terus naik angin selepas melihat isterinya masih memakai make-up. Pertengkaran yang tercetus akhirnya bertukar menjadi tragedi. 😥

Kejadian berlaku di Medan, Indonesia apabila seorang suri rumah, Yuyun Kristina Br. Sirait, 25, didakwa membunuh suaminya, Irfansyah Hutagalung, selepas pergaduhan yang berlarutan.

Menurut pendakwaan, mangsa tidak berpuas hati melihat isterinya mengenakan alat solek sebaik p**ang bekerja. Walaupun wanita itu sudah memadamkan solekannya, pertengkaran tetap berterusan hingga ke dalam bilik tidur.

Dalam pergaduhan itu, tertuduh didakwa mencekik leher suaminya sebelum melilit leher mangsa menggunakan kain sarung sehingga lelaki itu sesak nafas.

Wanita terbabit kemudian meninggalkan rumah dan hanya mengetahui suaminya telah meninggal dunia apabila p**ang kira-kira dua jam kemudian.

Bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam pada wajah dan leher mangsa, manakala punca kematian disahkan akibat asfiksia iaitu saluran pernafasan tersumbat.

Kes kini dibicarakan di Pengadilan Negeri Medan atas pertuduhan membunuh suami serta keganasan rumah tangga (KDRT), dengan perbicaraan diteruskan bagi mendengar keterangan saksi.

Akaun isteri jadi laluan duit suapan, koperal polis trafik akhirnya dihukum penjara.Cubaan menerima wang suapan melalui ...
16/07/2026

Akaun isteri jadi laluan duit suapan, koperal polis trafik akhirnya dihukum penjara.

Cubaan menerima wang suapan melalui akaun isterinya akhirnya memakan diri apabila seorang koperal polis trafik berusia 42 tahun didapati bersalah atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,000.

Suapan itu diterima melalui empat pindahan wang secara dalam talian antara 3 Oktober 2017 hingga 2 Mac 2018.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan, namun semua hukuman berjalan serentak menjadikan tempoh penjara yang perlu dijalani kekal empat bulan.

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara rayuan di Mahkamah Tinggi dengan syarat ikat jamin RM10,000, seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Sumber: Harian Metro

Penat Dapat, Malu Pun Dapat! Taktik Bijak Penduduk Kampung Ajar Pencuri AircondZaman sekarang, macam-macam cara orangbag...
12/07/2026

Penat Dapat, Malu Pun Dapat! Taktik Bijak Penduduk Kampung Ajar Pencuri Aircond

Zaman sekarang, macam-macam cara orangbagi pengajaran dekat pencuri zaman sekarang, dan kes di Padang Tualang, Sumatera Utara ni memang paling win. Kantoi mencuri unit luar penghawa dingin di rumah penduduk, seorang remaja 18 tahun ditinggalkan rakannya dan terkepung bersama beca motor miliknya.

Daripada bagi penumbuk atau terus serah ke polis, orang kampung sepakat bagi "hukuman sosial" yang dijamin buat dia serik. Bayangkan, dia dipaksa pikul AC berat 20kg–30kg tu sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk hantar balik ke rumah mangsa!

Sepanjang jalan dia dikawal ketat penduduk naik motor sampai terduduk-duduk menahan penat dan malu. Tapi puji jugalah penduduk kampung sebab masih bertoleransi—kes tak dipanjangkan ke polis asalkan suspek dan rakannya bawa ibu bapa ke pejabat desa untuk minta maaf secara rasmi demi menjaga masa depan pesalah muda ini.

Semoga pemuda ini dan rakannya insaf dan cari kerja lain yang lebih sesuai di kemudian hari

Bayangkan seorang wanita yang sedang sarat hamil 38 minggu, hanya menunggu hari untuk bersalin, tiba-tiba dituduh menyem...
12/07/2026

Bayangkan seorang wanita yang sedang sarat hamil 38 minggu, hanya menunggu hari untuk bersalin, tiba-tiba dituduh menyembunyikan barang curi di dalam perutnya. Itulah detik memalukan yang didakwa dialami seorang lelaki bersama isterinya ketika membeli-belah di sebuah pasar raya.

Menurutnya, sebaik sahaja selesai membuat pembayaran, mereka ditahan oleh seorang kakitangan pasar raya di luar kaunter sebelum lelaki itu terus bertanya kepada isterinya:

"Akak simpan barang apa tu dalam perut?"

Terkejut dengan tuduhan tersebut, si suami segera bertanya apakah barang yang didakwa dicuri dan siapakah yang melihat kejadian itu berlaku.

Namun, dakwanya, tiada sebarang bukti dikemukakan. Sebaliknya, kakitangan berkenaan meminta isterinya menunjukkan Buku Pink sebagai bukti bahawa dia benar-benar sedang hamil.

Lebih menyedihkan, pasangan itu didakwa ditahan hampir 20 minit di hadapan orang ramai sementara menunggu penyelia tiba. Apabila disoal, juruwang yang membuat tuduhan akhirnya mengaku dia tidak pernah melihat wanita itu mencuri apa-apa. Sebaliknya, dia hanya membuat andaian kerana merasakan bentuk perut wanita itu "tidak kelihatan seperti perut orang hamil."

Akhirnya, tiada barang curi ditemui, tiada saksi tampil dan tiada sebarang bukti yang menyokong tuduhan tersebut. Kedua-dua kakitangan terbabit kemudian memohon maaf, namun suami berkenaan menyifatkan layanan terhadap isterinya yang bakal bersalin pada bila-bila masa sebagai sesuatu yang amat memalukan dan langsung tidak boleh diterima.

Beliau berharap pihak pasar raya menjalankan siasatan serius terhadap insiden itu agar tiada lagi ibu hamil atau pelanggan lain diaibkan di khalayak ramai hanya kerana andaian tanpa sebarang bukti.

Sumber: fareezshah10

Wanita Warga Emas Disamun Tiga Lelaki Bersenjata Parang, Rugi Puluhan Ribu RinggitSeorang wanita warga emas berusia 70 t...
11/07/2026

Wanita Warga Emas Disamun Tiga Lelaki Bersenjata Parang, Rugi Puluhan Ribu Ringgit

Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun, Maznah Yusof, berdepan detik cemas apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di kedai runcit miliknya di Bandar Ketengah Jaya, Dungun pada Jumaat, kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Suspek yang memakai pelitup muka bertindak mengikat mangsa dan mengugutnya agar tidak melawan. Mereka melarikan barangan kemas, telefon bimbit, serta wang tunai yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat mengesahkan kejadian tersebut. Pihak polis kini sedang giat memburu kesemua suspek, dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Belum reda isu buli, kini tular p**a satu lagi video pelajar dipukul di hadapan rakan-rakan sendiri. 😡Lebih menyedihkan,...
11/07/2026

Belum reda isu buli, kini tular p**a satu lagi video pelajar dipukul di hadapan rakan-rakan sendiri. 😡

Lebih menyedihkan, beberapa pelajar lain hanya menjadi penonton tanpa cuba meleraikan keadaan. Malah, ada yang dipercayai merokok dan ada juga yang merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

Menurut maklumat yang dikongsikan, kejadian dipercayai berlaku diluar sekolah SMK Bukit Sentosa, Rawang.

Setakat ini, punca pergaduhan masih belum diketahui dan kes dikatakan sedang dalam siasatan.

Nak cari duit mudah sebagai scammer di luar negara, tapi langsung tak berjaya menipu seorang pun mangsa. Sudah dipecat, ...
10/07/2026

Nak cari duit mudah sebagai scammer di luar negara, tapi langsung tak berjaya menipu seorang pun mangsa. Sudah dipecat, akhirnya dipenjara p**a.

Itulah nasib seorang lelaki Malaysia yang dihukum 16 bulan dua minggu penjara di Singapura selepas mengaku bersalah menjadi ahli sindiket jenayah terancang walaupun dia hanya bekerja selama tiga hari di sebuah pusat scam di Phnom Penh, Kemboja.

Mahkamah memutuskan Yip Chee Ming, 30, bukan meninggalkan sindiket kerana sedar akan kesalahannya, sebaliknya dipecat kerana gagal melakukan panggilan scam dengan yakin. Dia menyertai sindiket secara sukarela selepas dijanjikan gaji lumayan, namun hanya sempat bekerja dari 21 hingga 23 November 2024 sebelum dihantar p**ang ke Malaysia tanpa dibayar.

Sindiket itu menyamar sebagai pegawai kerajaan Singapura dan dikaitkan dengan 528 kes penipuan membabitkan kerugian S$52.5 juta, termasuk S$11.8 juta melibatkan sekurang-kurangnya 90 warga emas.

Yip ditahan pada 9 September 2025 sebagai antara 12 individu yang didakwa. Sehingga kini, 21 suspek telah ditahan manakala 31 lagi masih diburu melalui notis merah Interpol. Hukumannya diringankan selepas memberi kerjasama dan bersetuju menjadi saksi.

Harap selepas bebas nanti, pilihlah kerja lain yang lebih baik daripada menjadi scammer.

Address

KL

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when All Heboh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share