S R THETA Media

S R THETA Media s r ฮธ is a youth-driven digital content platform that focuses on entertainment (film, TV, and music), arts, culture, F&B, and tourism/travel.

Datuk Nancie Foo dan Datin Dr. Wendy Wong masing-masing menerima W.I.S.H. Lifetime Legacy Award dan W.I.S.H. Internation...
11/08/2026

Datuk Nancie Foo dan Datin Dr. Wendy Wong masing-masing menerima W.I.S.H. Lifetime Legacy Award dan W.I.S.H. International Influential Film Producer, Director & Writer Award pada W.I.S.H. Global Leadership Summit & Women Leadership Awards 2026.

Dalam sesi temu bual bersama ๐˜ด ๐˜ณ ฮธ, kedua-duanya berkongsi perjalanan, cabaran dan inspirasi di sebalik โ€œTakdir Akhir: Last Diveโ€ โ€” sebuah doku-drama inspirasi kisah benar yang mengangkat pemuliharaan lautan, kelestarian alam sekitar serta perjuangan golongan OKU.

Dibintangi Shiqin Kamal, Aniq Durar, Fiffy Azmi, Amerul Affendi dan Sandra Lim, dengan penampilan istimewa Datuk Dr. Ras Adiba Mohd Radzi serta Fauziah Latiff, naskhah terbitan Produksi Seni 2020 ini turut mencipta jangkauan antarabangsa menerusi Tayangan Pasaran Perdana sempena Festival Filem Cannes, selain Wendy dijemput sebagai panelis World Women Foundation.

โ–ถ๏ธ Ikuti temu bual bersama tulang belakang di sebalik filem โ€œLast Diveโ€ di playlist video berformat โ€˜long-formโ€™ kami: โ€œMeet & ฬถGฬถrฬถeฬถeฬถtฬถ Interviewโ€ di saluran YouTube kami โ€˜โ€™.

10/08/2026

[Rangkuman Visual Acara (1/2)]

Sudah bersedia melihat semula panggung khazanah negara kita kembali bergema dengan wajah baharu yang sarat dengan persembahan bertaraf dunia? ๐ŸŽญโœจ

Istana Budaya kembali membuka tirainya menerusi Majlis Peluncuran Program Istana Budaya 2026, menandakan kebangkitan semula Panggung Sari selepas lebih dua tahun menjalani kerja-kerja pembaikan dan naik taraf. Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), rangkaian program tahun ini menghimpunkan kepelbagaian seni persembahan, daripada Douglas Lim: Vital Stats, Beyond Words, Teater Muzikal Mansur & Liu, Konsert Rindu Sumayyah Hijjaz 3 Dekad, hinggalah Festival Filem Malaysia Ke-35, Magnum Opus M. Nasir Dekad Ke-5, RUMI 819 dan Teater Legenda Puteri Santubong.

Dengan pentas yang kini kembali bersedia menyambut produksi berskala besar, 2026 bakal menjadi tahun yang sarat dengan pengalaman seni dan budaya di Istana Budaya. Sudah pilih persembahan mana yang bakal masuk dalam kalendar anda? Ikuti program terkini melalui saluran rasmi Istana Budaya dan jangan lepaskan peluang menikmati karya seni persembahan di Panggung Sari. ๐ŸŽŸ๏ธ

06/08/2026

Agak-agak, apa maksud di sebalik tajuk โ€œChelotโ€? ๐Ÿ‘€

Mustaqim Bahadon dan Chandni Nagadurga ada satu pesanan khas buat semua pencinta filem tempatan! Menerusi โ€œshoutoutโ€ mereka, kedua-duanya mengajak orang ramai untuk sama-sama menyaksikan โ€œChelotโ€ apabila filem ini menemui penonton di pawagam bermula 27 Ogos. Kalau masih tertanya-tanya apakah makna di sebalik tajuk โ€œChelotโ€, mungkin jawapannya hanya akan anda temui di layar perak.

Jangan lupa tandakan kalendar anda, ajak keluarga dan rakan-rakan ke pawagam, dan saksikan sendiri naskhah penuh aksi ini!

06/08/2026

Lebih daripada sekadar pelancaran poster rasmi, majlis anjuran GSC Movies ini menjadi platform untuk pengarah Adrian Teh berkongsi pendekatan teknikal, cabaran produksi dan visi kreatif yang membentuk โ€œCHELOTโ€ sebagai sebuah filem aksi thriller berskala besar.

Pada masa sama, barisan pelakon turut diperkenalkan bersama watak masing-masing, sekali gus memberikan gambaran awal tentang karakter yang bakal menghidupkan naskhah ini di layar perak, selain klip previu eksklusif daripada filem ini yang dipertontonkan kepada pengamal-pengamal media di majlis ini.

Dengan poster rasmi kini didedahkan dan dunia โ€œCHELOTโ€ semakin diperkenalkan kepada umum, debaran menuju tayangan pada 27 Ogos 2026 kini semakin terasa. Ikuti perkembangan filem ini dan nantikan lebih banyak pendedahan menarik menjelang tayangan di pawagam seluruh negara. ๐ŸŽฅ

Ulasan Penuh Filem ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ oleh S R THETA Media di ๐Ÿ”— s-r-theta.carrd.co โ–ถ๏ธ Movies/Films๐Ÿ“’ Ulasan filem ini ditulis b...
06/08/2026

Ulasan Penuh Filem ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ oleh S R THETA Media di ๐Ÿ”— s-r-theta.carrd.co โ–ถ๏ธ Movies/Films

๐Ÿ“’ Ulasan filem ini ditulis berdasarkan pemerhatian dan interpretasi kendiri semasa tayangan perdana filem ๐—ง๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ.
โš ๏ธ Amaran: SPOILER ALERT

05/08/2026

๐—–๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ผ๐˜ is shifting into high gear โ€” and once again, weโ€™re taking Malaysian cinema beyond borders. ๐Ÿ”ซ

For the latest episode of ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด: ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜บ ๐˜‹๐˜ฐ๐˜ฏโ€™๐˜ต ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ต ๐˜๐˜ตโ€ฆ ๐˜‰๐˜ถ๐˜ต ๐˜›๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜บ ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ต ๐˜๐˜ต! trailer reaction series, S R THETA Media welcomes Australian traveller, professional portraiture photographer, and engineer Craig Abbott as he shares his first reaction to the official trailer of ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ผ๐˜.

Directed by Adrian Teh, ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ผ๐˜ promises a high-octane blend of action, crime, and emotional stakes as an elite police operative finds himself caught between duty, family, and the criminal underworld. Itโ€™s the kind of trailer that immediately pulls you into its headspace, leaving plenty to unpack before the credits even roll.

Now, letโ€™s take a slice of this distinctly Malaysian action-crime thriller through the eyes of an Australian creative. With Craigโ€™s passion for visual storytelling and global adventures, does ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ผ๐˜ hit the mark beyond our shoresโ€”or does it reveal something international audiences might not expect? ๐ŸŒ

Huge appreciation to Craig Abbott for coming on board and lending his fresh perspective to another cross-border cinematic exchange. Sometimes, all it takes is a different lens to remind us that great storytelling knows no borders.

Huge appreciation to Craig Abbott (Craig Abbott) for coming on board and lending his fresh perspective to another cross-border cinematic exchange. Sometimes, all it takes is a different lens to remind us that great storytelling knows no borders.

๐—–๐—ต๐—ฒ๐—น๐—ผ๐˜ storms into cinemas across Malaysia on 27 August 2026. Until then, buckle up and join us for more International Takesโ€”because the loudest conversations are the ones that transcend borders, resonate across regions, and celebrate stories through a shared love of cinema. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿฟ

04/08/2026

[Rangkuman Visual Acara & Sidang Media]

Benarkah musuh sebenar dalam sebuah rumah tangga itu ialah maduโ€ฆ atau ada rahsia yang lebih besar di sebaliknya? ๐Ÿ‘€

Drama iQIYI Original: Madu Atau Racun tampil dengan premis berani menerusi tagline โ€œSatu Rumah. Dua Isteri.โ€, mengisahkan Azura dan Nikita yang pada awalnya bermusuhan sebelum takdir memaksa mereka tinggal sebumbung. Dibintangi Aliff Aziz, Uqasha Senrose dan Elisya Sandha, siri 12 episod arahan Eyra Rahman ini bukan sekadar berkisar tentang poligami, malah mengangkat tema pengorbanan, trauma, pengkhianatan serta kekuatan dua wanita yang akhirnya menyedari bahawa musuh sebenar bukanlah sesama mereka.

Lebih daripada sebuah drama romantik, Madu Atau Racun mengajak penonton melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza, dengan setiap episod membongkar sisi baharu yang mampu mengubah persepsi terhadap setiap watak. Jangan lepaskan peluang menyaksikan iQIYI Original: Madu Atau Racun bermula 14 Ogos 2026, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam, eksklusif di iQIYI. Bersediakah anda untuk menentukan sendiriโ€ฆ madu atau racun? ๐ŸŒน๐Ÿ—ก๏ธ

Sudahkah anda bersedia menyaksikan Noh Salleh dalam persembahan orkestra berskala besar? ๐ŸŽบ Cadenza of the Soul: Noh Sall...
01/08/2026

Sudahkah anda bersedia menyaksikan Noh Salleh dalam persembahan orkestra berskala besar? ๐ŸŽบ

Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra menjanjikan sebuah pengalaman yang melangkaui konsert biasa, menggabungkan muzik, penceritaan dan emosi dalam satu malam. Kolaborasi berskala besar ini bakal memberikan dimensi baharu kepada karya-karya Noh Salleh menerusi sentuhan orkestra Aubrey Suwito, tanpa menghilangkan roh asal setiap lagu.

Antara yang perlu anda tahu:

๐ŸŽผ Konsert solo orkestra berskala besar pertama Noh Salleh bersama Aubrey Suwito Orchestra
๐Ÿ“ Idea Live Arena, Kuala Lumpur
๐Ÿ“… 8 November 2026 | ๐Ÿ•ฃ 8.30 malam
๐ŸŽŸ๏ธ CAT 3 โ€” RM188 | CAT 2 โ€” RM268 | CAT 1 โ€” RM368 | VIP โ€” RM488 | VVIP + Meet & Greet โ€” RM588 | Twin Seat โ€” RM788
๐ŸŽ VIP menerima t-shirt konsert edisi terhad, manakala VVIP menikmati sesi Meet & Greet
๐Ÿ›’ Pembelian tiket: https://www.ticket2u.com.my atau https://www.fantopia.io (jualan bermula 5 Ogos 2026, 12.00 tengah hari)

Jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal mendapatkan tiket dan saksikan karya-karya Noh Salleh dihidupkan semula dalam sebuah persembahan orkestra yang eksklusif.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when S R THETA Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share