TheStail

TheStail The Stail is a luxury lifestyle portal that presents a refined perspective on current affairs, travel, and business for a global, discerning audience.

10/05/2026

Tahniah Kedai Emas Salamah. Kalau ada bajet RM100k, boleh sambar gelang paling berat dekat sini

Sambutan Hari Ibu tahun ini tampil lebih manis apabila Applecrumby dan Hock Kee Kopitiam berganding bahu menerusi kempen...
08/05/2026

Sambutan Hari Ibu tahun ini tampil lebih manis apabila Applecrumby dan Hock Kee Kopitiam berganding bahu menerusi kempen istimewa “Celebrate Every Crumby Moment” yang berlangsung sepanjang Mei ini di 20 cawangan Hock Kee seluruh negara.

Kolaborasi dua jenama tempatan itu mengetengahkan pengalaman kekeluargaan yang hangat dan penuh nostalgia menerusi pengenalan kotak tart telur edisi terhad Hari Ibu bersama pemberian 3,000 Lap Madu Premium Applecrumby secara percuma dengan setiap pembelian enam biji tart telur.

Baca lanjut : https://thestail.com/applecrumby-dan-hock-kee-rai-hari-ibu-dengan-kempen-celebrate-every-crumby-moment/

Penggemar sajian Itali autentik kini boleh menikmati pengalaman gastronomi baharu apabila NIZZA memperkenalkan menu terb...
08/05/2026

Penggemar sajian Itali autentik kini boleh menikmati pengalaman gastronomi baharu apabila NIZZA memperkenalkan menu terbaharu yang diinspirasikan daripada kawasan pesisir terkenal Itali seperti Liguria, Tuscany dan Amalfi Coast.

Restoran Itali yang terletak di Sofitel Kuala Lumpur Damansara itu mengetengahkan identiti kulinari Mediterranean moden menerusi penggunaan bahan segar bermusim, pasta buatan tangan dan makanan laut premium yang disediakan menggunakan teknik masakan ringkas tetapi penuh cita rasa.

Baca lanjut : https://thestail.com/nizza-tampil-menu-baharu-mediterranean-pesisir-itali/

Persatuan Pengguna Semenanjung Malaysia (PPSM) tampil membangkitkan kebimbangan berhubung satu amalan yang disyaki tidak...
08/05/2026

Persatuan Pengguna Semenanjung Malaysia (PPSM) tampil membangkitkan kebimbangan berhubung satu amalan yang disyaki tidak sah dan mengelirukan melibatkan penjualan sijil serta plak kononnya “ASEAN Record” kepada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) tempatan dengan bayaran mencecah puluhan ribu ringgit.

Presidennya, Sharif Ahmad berkata, pihak persatuan menerima banyak aduan daripada syarikat dan orang awam yang mendakwa mereka telah didekati oleh sebuah syarikat swasta yang menawarkan pengiktirafan tersebut dengan caj yang tinggi.

Menurut beliau, penggunaan nama “ASEAN” bagi tujuan komersial oleh pihak swasta adalah sesuatu yang meragukan kerana ASEAN merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang dianggotai negara-negara Asia Tenggara dan bukannya entiti perdagangan.

Baca lanjut : https://thestail.com/ppsm-bidas-penjualan-asean-record-tidak-sah-dakwa-smes-ditipu-ribuan-ringgit/

Sans Wellness Diiktiraf Pusat Terapi Semulajadi Terbesar Asia 2025. Inovasi Terapi Genkilogy Beri Nafas Baharu Gaya Hidu...
06/05/2026

Sans Wellness Diiktiraf Pusat Terapi Semulajadi Terbesar Asia 2025. Inovasi Terapi Genkilogy Beri Nafas Baharu Gaya Hidup Sihat

Pusat kesejahteraan dan kecantikan, Sans Wellness, mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia bagi tahun 2025.

Pengiktirafan tersebut diberikan susulan kejayaan inovasi terapi Genkilogy yang telah dipatenkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sans Wellness sebagai peneraju dalam bidang terapi semulajadi dan kesejahteraan holistik di rantau ini.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Grace Tan San Chin berkata, pencapaian itu merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan syarikat dalam menyediakan penyelesaian kesihatan inovatif serta perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Baca lanjut : https://thestail.com/sans-wellness-diiktiraf-pusat-terapi-semulajadi-terbesar-asia-2025-inovasi-terapi-genkilogy-beri-nafas-baharu-gaya-hidup-sihat/

Jenama makanan kesihatan, Happy Grains, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh The Asia Recor...
06/05/2026

Jenama makanan kesihatan, Happy Grains, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris 2025.

Pengiktirafan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan Happy Grains sebagai antara peneraju dalam industri makanan kesihatan, khususnya dalam kategori bijirin bernutrisi tinggi yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna moden.

Pengasasnya, Dr. Goh Kiam Seng berkata, kejayaan itu bukan sahaja mencerminkan prestasi jualan yang memberangsangkan, malah menjadi bukti penerimaan masyarakat terhadap kepentingan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian.

Baca lanjut : https://thestail.com/happy-grains-diiktiraf-jenama-bijirin-sihat-paling-laris-2025-dari-secawan-kecil-ke-gelombang-gaya-hidup-sihat/

Dalam suasana industri penerbangan global yang semakin mencabar dan kompetitif, usaha melahirkan tenaga kerja mahir sert...
05/05/2026

Dalam suasana industri penerbangan global yang semakin mencabar dan kompetitif, usaha melahirkan tenaga kerja mahir serta bersedia menjadi keutamaan. Seiring keperluan itu, Aviation Career Malaysia (ACM) tampil dengan pendekatan lebih tersusun menerusi penganjuran Aviation Experience Day 3.0 (AED 3.0), sekali gus mengangkat standard pembangunan bakat industri penerbangan negara ke tahap lebih tinggi.

Mengangkat tema , program ini memberi fokus kepada pembinaan generasi profesional yang bukan sahaja memiliki pengetahuan, malah keyakinan dan kemahiran untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Peserta bukan sekadar didedahkan kepada maklumat asas, tetapi turut diberi pendedahan kepada standard industri sebenar, sekali gus membantu mereka memahami landskap kerjaya penerbangan secara lebih mendalam. Pendekatan ini dilihat mampu membentuk mindset, skillset dan rangkaian profesional yang diperlukan dalam industri berkenaan.

Baca lanjut : https://thestail.com/aviation-experience-day-3-0-perkasa-generasi-baharu-industri-penerbangan/

Landskap pelancongan serantau kini menyaksikan perubahan ketara apabila Klook merekodkan lonjakan permintaan perjalanan ...
05/05/2026

Landskap pelancongan serantau kini menyaksikan perubahan ketara apabila Klook merekodkan lonjakan permintaan perjalanan ke China sebanyak 134.1 peratus pada awal 2026. Peningkatan ini didorong oleh gelombang baharu pelancong yang dikenali sebagai ‘social-first traveller’, generasi yang menjadikan media sosial sebagai sumber utama inspirasi perjalanan.

Dengan hampir 30 peratus pelancong Asia Tenggara merancang untuk ke China tahun ini, cara merancang percutian kini tidak lagi bergantung kepada panduan tradisional semata-mata. Sebaliknya, kandungan daripada pencipta digital memainkan peranan besar dalam menentukan destinasi, aktiviti dan pengalaman yang ingin diterokai.

Baca lanjut : https://thestail.com/klook-lancar-kreatorverse-sea-lonjakan-minat-ke-china-didorong-kuasa-media-sosial/

Budaya kopi kini memasuki dimensi baharu apabila minuman ‘Cold Coffee’ bukan lagi sekadar pilihan di kafe, sebaliknya me...
04/05/2026

Budaya kopi kini memasuki dimensi baharu apabila minuman ‘Cold Coffee’ bukan lagi sekadar pilihan di kafe, sebaliknya menjadi simbol gaya hidup, kreativiti dan ekspresi diri generasi muda.

Selari dengan perubahan ini, NESCAFÉ memperkenalkan inovasi terbaharunya, NESCAFÉ Espresso Concentrate, solusi kopi premium yang menggabungkan kemudahan dan kualiti dalam satu botol.

Mengambil inspirasi daripada trend ini, NESCAFÉ Espresso Concentrate tampil dengan konsep ‘tuang, campur dan nikmati’. Tanpa memerlukan mesin khas atau kemahiran barista, pengguna boleh menghasilkan pelbagai jenis minuman, daripada latte ais berkrim, Americano pekat, hinggalah resipi lebih eksperimental seperti kopi lemonade atau campuran buah-buahan.

Baca lanjut : https://thestail.com/inovasi-nescafe-espresso-concentrate-cerminan-gaya-hidup-cold-coffee-gen-z/

Musim bola sepak kembali menghangatkan suasana dan kali ini Hisense Malaysia tampil dengan kempen gaya hidup yang mengga...
04/05/2026

Musim bola sepak kembali menghangatkan suasana dan kali ini Hisense Malaysia tampil dengan kempen gaya hidup yang menggabungkan teknologi, hiburan dan ganjaran eksklusif. Menerusi promosi Bring The Stadium Home 2026, rakyat Malaysia berpeluang merasai sendiri pengalaman menonton perlawanan seolah-olah berada di stadium, terus dari ruang tamu.

Berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai 2026, kempen ini bukan sekadar tawaran jualan biasa. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif jenama itu sebagai penaja rasmi FIFA World Cup, dengan fokus untuk mempertingkatkan pengalaman hiburan di rumah melalui inovasi teknologi terkini.

Baca lanjut : https://thestail.com/hisense-malaysia-bawa-stadium-ke-rumah-sempena-musim-piala-dunia-fifa-2026/

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TheStail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TheStail:

Share