KEDA PASIR PUTIH

KEDA PASIR PUTIH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEDA PASIR PUTIH, News & Media Website, DESA KEDA PASIR PUTIH MUKIM TUALAK KUALA NERANG, Kuala Nerang.

14/10/2026

🔥 10 OCTOBER 2026 PROGRAM SANTAI BELIA KPP 2026 🔥

Bukan sekadar berkumpul, tetapi mengeratkan ukhuwah, mencipta kenangan dan mengukuhkan semangat persaudaraan belia! ❤️🤝

📅 Tarikh: 10–11 Oktober 2026
📍 Tempat: E’Syaz , Kubang Palas

Dua hari satu malam penuh dengan gelak tawa, kenangan dan semangat kebersamaan. Semoga program ini menjadi titik permulaan untuk belia KPP terus bersatu, aktif dan melangkah maju bersama! 💪🏻🔥

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan Belia KPP yang sudi hadir dan memeriahkan program kita. ❤️ Tak lupa juga, terima kasih kepada Wadi Ghazali (JJ) sudi menaja sarapan pagi (breakfast) untuk Belia KPP. Semoga segala kebaikan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah, ada rezeki kita jumpa lagi di program akan datang! 🤝🏻✨

BELIA KPP — SATU HATI, SATU MATLAMAT! ❤️

E'SYAZ SWIMMING POOL

🇲🇾✨ SAMBUTAN KEMERDEKAAN & MAULIDUL RASUL PERINGKAT DESA KEDA PASIR PUTIH ✨🕌Alhamdulillah, sempena menyambut Hari Kemerd...
31/08/2026

🇲🇾✨ SAMBUTAN KEMERDEKAAN & MAULIDUL RASUL PERINGKAT DESA KEDA PASIR PUTIH ✨🕌

Alhamdulillah, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 🇲🇾 dan Maulidul Rasul ﷺ, marilah kita bersama-sama memeriahkan sambutan penuh ukhuwah dan semangat kejiranan di Desa Keda Pasir Putih! ❤️

Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung, antaranya:

🎉 Sukaneka Rakyat – meriahkan suasana dengan aktiviti santai bersama keluarga dan komuniti.
🎮⚽ Pertandingan eFootball Mobile – cabaran buat para gamers untuk menunjukkan skill dan semangat kesukanan! 🔥

📅 Tarikh: 31 Ogos 2026
📍 Tempat: Surau Desa Keda Pasir Putih

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
🕌 Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ

Ayuh kita raikan bersama dalam suasana penuh perpaduan, silaturahim dan semangat komuniti! 🤝❤️

Desa Keda Pasir Putih — Bersama Kita Meriahkan, Bersama Kita Eratkan Ukhuwah! 🇲🇾🕌🎮

30/08/2026

🌙✨ PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

Alhamdulillah, telah berlangsung Perarakan Maulidur Rasul 1448H pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) dari Padang Hospital Kuala Nerang menuju ke Dataran Putra, Kuala Nerang.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ❤️

Semoga perarakan ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menghayati akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

🤍 “Menyemai Cinta, Menghayati Sunnah, Membina Ummah”






KEDA MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2026PADANG TERAP – Sambutan Majlis Perarakan ...
30/08/2026

KEDA MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2026

PADANG TERAP – Sambutan Majlis Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Padang Terap 2026 berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang berkumpul di Padang Rekreasi Hospital Kuala Nerang yang kemudiannya bersambung dengan perarakan beramai-ramai ke Dataran Putra, Kuala Nerang.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai pengisian menarik, antaranya bacaan selawat, persembahan nasyid dan ceramah agama yang menyentuh tentang sirah serta akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan ini bukan sahaja menjadi medan untuk memperingati kelahiran Baginda SAW, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta menyemarakkan lagi rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW.

KEDA terus komited dalam menyokong program berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan, khususnya yang mampu menyatukan komuniti serta membentuk masyarakat yang lebih prihatin, harmoni dan berakhlak mulia.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini memberikan keberkatan kepada seluruh masyarakat dan menjadi inspirasi untuk kita terus mencontohi sunnah serta akhlak mulia Rasulullah SAW. 🤲🏻

SEMINAR PEMERKASAAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA 4P KEDA & MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN SESI 2026–2028Alhamdulillah,...
20/07/2026

SEMINAR PEMERKASAAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA 4P KEDA & MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN SESI 2026–2028

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Seminar Pemerkasaan Kepimpinan Jawatankuasa 4P KEDA serta Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sesi 2026–2028.

Semoga amanah yang diberikan menjadi pemangkin kepada barisan kepimpinan untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, komited dan semangat kerja berpasukan demi memajukan komuniti KEDA.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh kepimpinan serta memperkasakan pembangunan masyarakat.

“Bersatu Memimpin, Berkhidmat Dengan Integriti, Membina Komuniti Yang Maju.”

03/03/2026

🌙 SANTAPAN ROHANI RAMADHAN🌙
Di bulan yang penuh keberkatan ini,
kita berhimpun untuk mengisi jiwa dengan cahaya ilmu
dan menyuburkan iman dengan peringatan yang indah.
Santapan rohani bukan sekadar bicara,
tetapi bekal untuk hati yang mencari ketenangan
dan langkah yang mahu mendekat kepada Ilahi.
Semoga setiap detik yang diluangkan
menjadi sebab bertambahnya keinsafan,
dan setiap ilmu yang dikongsi
menjadi panduan dalam perjalanan hidup.
Ramadan ini,
mari kita santapkan jiwa
dengan zikrullah dan nasihat penuh hikmah. ✨🤍

22/02/2026

Mutiara Kata : Nasihat Ramadan

"Solat, Doa dan Sedekah adalah sebaik-baik amalan di bulan mulia ini."

Kita ambil kesempatan dalam bulan Ramadan ini untuk membanyakkan ibadah agar mendapat keberkatan-Nya.

🌙 Israk & Mikraj: Hadiah dari Langit 🕌Peristiwa Israk dan Mikraj adalah tanda kebesaran Allah dan kemuliaan Nabi Muhamma...
28/01/2026

🌙 Israk & Mikraj: Hadiah dari Langit 🕌
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah tanda kebesaran Allah dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Dalam satu malam yang penuh keajaiban, Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, lalu diangkat ke Sidratul Muntaha.
Di sanalah, solat difardukan sebagai hadiah terindah buat umat Islam —
bukan sekadar kewajipan, tetapi jambatan yang menghubungkan hati kita dengan Allah. 🤍
Semoga peringatan Israk dan Mikraj ini menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya,
lebih menjaga solat,
dan lebih tenang menghadapi kehidupan.
Selamat memperingati Israk & Mikraj.
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Aamiin 🤲✨

JUMAAT 23 JANUARI 2026 -MENSYUARAT AGUNG JAWATAN KUASA (4P) DESA KEDA PASIR PUTIH SERTA LANTIKAN JAWATAN KUASA BAHARU.
23/01/2026

JUMAAT
23 JANUARI 2026
-MENSYUARAT AGUNG JAWATAN KUASA (4P) DESA KEDA PASIR PUTIH SERTA LANTIKAN JAWATAN KUASA BAHARU.

Sembang Santai & Makan-MakanBersama semua barisan pengurusan belia.Santai bersembang, kongsi idea, eratkan ukhuwah bersa...
16/01/2026

Sembang Santai & Makan-Makan
Bersama semua barisan pengurusan belia.
Santai bersembang, kongsi idea, eratkan ukhuwah bersama

Address

DESA KEDA PASIR PUTIH MUKIM TUALAK KUALA NERANG
Kuala Nerang
06300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEDA PASIR PUTIH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share