Rompin Daily

Rompin Daily ROMPIN DAILY
Platform digital yang memaparkan berita, isu semasa dan perkembangan komuniti di Rompin.
🎯 Tepat • Pantas • Dipercayai

DUN-DUN DI ROMPIN DAN PARLIMEN ROMPIN BUKAN HANYA PERLU PEMIMPIN, TAPI PERLUKAN “TEMAN” YANG SENTIASA ADA.  Pilihanraya ...
24/04/2026

DUN-DUN DI ROMPIN DAN PARLIMEN ROMPIN BUKAN HANYA PERLU PEMIMPIN, TAPI PERLUKAN “TEMAN” YANG SENTIASA ADA.

Pilihanraya untuk pilih pemimpin bakal tiba dan ramai yang akan mengaku layak. Namun bagi kita warga Rompin, ada satu faktor penentu yang paling utama:

KEHADIRAN.

Tiada guna jawatan besar jika hanya Nampak dalam majlis majlis orang-orang besar? Apa gunanya idea hebat jika tidak pernah menjejak kaki ke kebun-kebun sawit atau duduk mendengar keluhan di warung-warung di DUN Tioman, Muadzam dan Ibam?

Kriteria No. 1 yang warga Rompin mahukan adalah pemimpin yang mempunyai Jiwa Akar Umbi

âś… Mudah Diakses:
Bukan jenis yang "hilang" lepas menang. Rakyat mahukan pemimpin yang bila dipanggil, dia sampai. Bila susah, dia ada.
âś… Faham Isu Lokal secara Realiti: Masalah air, jalan raya, dan harga komoditi tidak boleh diselesaikan hanya dari pejabat di Kuala Lumpur dan Kuantan. Ia perlukan pemimpin yang sanggup berpanas dan masuk ke kampung-kampung.
âś… Tanpa Protokol:
Kita perlukan wakil yang boleh duduk bersila dengan orang kampung, mendengar teguran dengan hati terbuka, dan tidak meletakkan dinding antara rakyat dan pemimpin.

Sesiapa pun yang menawarkan diri, ingatlah
Warga Rompin di Ibam, Muadzam dan Ibam kini lebih bijak. Kita tidak memilih hanya pada nama atau pangkat, tetapi pada siapa yang paling faham denyut nadi kita.

Biar orangnya sederhana, asalkan khidmatnya luar biasa. Setuju?

23/04/2026

Salam Warga Rompin

Address

Kuala Rompin
Kuala Rompin
26800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rompin Daily posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share