Ujam Temkim Fishing Channel

Ujam Temkim Fishing Channel Halaman ini merupakan platform untuk berkongsi pengalaman berkaitan memancing. Like, share & subscribe
Https://www.youtube.com/c/UjamTemkimChannel

02/10/2025

Hampir kesemuanya telah disekat 😭😭

02/10/2025

Kita sering dimomokkan melalui filem, pengganas itu pakaiannya comot, misai dan janggut tebal, muka berparut. Hakikatnya pengganas itu berpakaian seragam serta kemas, bertutur kata lembut dan rambutnya sikat belah tepi.

Episod baru datang lagi gaisssss. Insyaallah malam ini (Isnin) jam 9 malam di YT Ujam Temkim Channel. Walaupun dilanda k...
29/09/2025

Episod baru datang lagi gaisssss. Insyaallah malam ini (Isnin) jam 9 malam di YT Ujam Temkim Channel.

Walaupun dilanda kebizian tahap dewata raya, aku kuatkan semangat mengedit episod yang dah lama diperam ini demi penyokong Ujam Temkim yang masih setia menyokong dan menanti. I lap u so much gaisss 😘😘😘

Dengar cerita selain dari tunjuk IC dan lesen memandu di pam minyak, kita juga boleh guna SETEL apps ni untuk dapatkan s...
23/09/2025

Dengar cerita selain dari tunjuk IC dan lesen memandu di pam minyak, kita juga boleh guna SETEL apps ni untuk dapatkan subsidi petrol RON95 secara bersasar di stesen minyak Petronas.

Kepada sahabat yang masih belum download apps ni di phone, boleh guna link ni untuk install ye. Lepas tu jangan lupa membuat verifikasi pengenalan diri sekali ye.

Experience the future of mobility. Download and start your rewarding journey today.

Star Bolasepak Bukak Kedai Makan. Cerita harini, aku dan 2 lagi sahabat keluar lunch. Macam biasa la lelaki kan, idea na...
23/09/2025

Star Bolasepak Bukak Kedai Makan.

Cerita harini, aku dan 2 lagi sahabat keluar lunch. Macam biasa la lelaki kan, idea nak makan kat mana tu tak berapa nak ada 😅😅. Aku tanya kawan, yang kawan tu pulak tanya aku balik nak makan kat mana. Jemmmm. Di sini la fungsi kaum wanita tu diperlukan untuk suggest nak makan kat mana 😜😜😜.

Dipendekkan cerita, dengan keadaan cuaca yang tengah panas, aku ternampak satu kedai yang ada aircond yang diberi nama DUA SUASANA. Lokasi kedai ni berdekatan dengan UiTM Puncak Alam, area Hillpark, dekat dengan Saujana Utama. Kalau google boleh jumpa la kot.

Dipendekkan lagi cerita, aku pon order set Ikan Bawal Goreng. Disebabkan terlampau teruja dengan hidangan ni, aku lupa nak amik gambar. Bila hidangan dah sampai, aku terus baca doa dan makan terus laaaaaa. Makan panas-panas pulak tu. Perghhhhhh. Memang syahduuuu. Sedap betul laaaa.

Lepas dah habis makan baru la aku tengok kat dinding kedai ni. Ada la di frame kan jersi bola dan keratan akhbar dan nama yg tertulis kat jersi tu Hasmawi. Fuhhhhhh… Patut la muka macam kenal. Hasmawi Hassan rupanya gaisss. Star bolasepak kedah dah bukak kedai makan.

Seriously, set Ikan Bawal yang aku makan tadi memang sedap. Kawan aku pulak, sorang makan set Ikan Temenung dan sorang lagi makan set Ikan Cencaru Sumbat. Ponnnn katanya sedap juga.

Macam tu je la ceritanya. Nak kene repeat lagi ni.

Alhamdulillah. Trip suksessss. Kami ke Mersing lagi gaisss. Pergi sabtu petang balik ahad pagi (20-21 Sep 2025).Sesampai...
21/09/2025

Alhamdulillah. Trip suksessss.

Kami ke Mersing lagi gaisss. Pergi sabtu petang balik ahad pagi (20-21 Sep 2025).

Sesampainya kami di spot memancing, kami disambut oleh dolphin. Banyak sungguh la dia kat sini.

Trip kali ini memang agak mencabar jiwa dan raga sebab arus yang sangat laju macam ‘The Flash’. Boleh dikatakan sepanjang trip ni pakai batu saiz 10 ke atas la. Rasa macam nak tercabut jugak la ketiak ni.

Disebabkan air laju, agak perit juga nak memujuk sotong. Tapi ada rezeki lain. Macam-macam jenis ikan kami dapat.

Next trip tahun depan. Owh ye… Berbalik kepada dolphin tadi. Kalau bagi dia bola mesti dia buat skil macam ronaldo kan. Siap boleh tepuk tangan pulak tu kan.

Terima kasih tekong Mohd Ridzhuan Iskandar dan awak2 (tam dan kamal) atas servis yang sangat padu. Tahun depan kita jumpa lagi ye.

TAK BAIK MENIPU!!!Aku dan wife baru balik dari satu kedai jual barang murah ni. Semua barang dia jual RM2.40 la senang c...
19/09/2025

TAK BAIK MENIPU!!!

Aku dan wife baru balik dari satu kedai jual barang murah ni. Semua barang dia jual RM2.40 la senang cerita.

Macam biasa aku beli 2 pack jajan dan 2 pack cekelat, nak buat teman icuk drive esok. Drive ke mana tu toksah tanya ye. Itu bukan isu utama nya.

Sambung balik cerita tadi. Sebelum nak bayar aku amik 2 tin minuman ni. 0% kalori katanya. Tak tau la betul ke tak.

Lepas tu aku pun terus ke kaunter untuk buat bayaran. Mula-mula budak pompuan kat kaunter tu tanya “nak beli beg? RM0.60”. Wife aku pon jawab la “taknak” sebab memang dah bawak beg dari rumah.

Lepas tu budak pompuan tu tanya lagi “ADA MEMBER?” Wife aku pulak boleh dia jawab “ADA”. Aku pon toleh kiri kanan depan blakang. Dalam hati aku terdetik, mana member dia? Keeee, dia cakap aku ni member dia? Ehhhh… aku ni suami dia tau. Panas hati dah ni.

Dipendekkan cerita, keluar dari kedai barang murah ni aku pun tegur la wife aku. “TAK BAIK MENIPU TAU. KALAU ADA CAKAP ADA, KALAU TAKDE CAKAP TAKDE.” Wife aku dah berkerut dahi dah.

Wife aku tanya “MENIPU APANYA?” Aku malas nak bertekak. Aku direct to the point je la bak kata orang nismilan. “TADI KAN BUDAK KAUNTER TU TANYA, ADA MEMBER? YANG PI JAWAB ADA TU KENAPA? MANA ADA KITA BAWAK MEMBER KITA.”

Jawapan simple dari wife aku, “BONGOK LAAAAAA” sambil gelak. Aku ni masih kebingungan.

Sekian cerita pasal menipu. Tak tau la sampai ke tak… 😅😅. Ok dahhh. Nak ikat perambut j*p. Baiiiiii….

**collect point banyak2 nak buat apa ntah

Sambil menyelam minum air… Alhamdulillah selesai sudah trip 3 hari 2 malam di Melaka dan Gersik. Bermula hari Rabu pagi ...
19/09/2025

Sambil menyelam minum air… Alhamdulillah selesai sudah trip 3 hari 2 malam di Melaka dan Gersik.

Bermula hari Rabu pagi keluar rumah menuju ke Gersik untuk bertemu Cikgu Ajoi atas tujuan kerja. Selesai urusan kerja tengahari Rabu tu terus ke Melaka pulak bawak famili bercuti.

Hari Khamis pagi (selepas sarapan) bergerak ke Gersik semula, dari Melaka, untuk memancing udang galah di jeti Cikgu Sidi. Walaupun air tak berapa cun disebabkan hujan sepanjang minggu sebelum trip ni, memancing tetap diteruskan 😁😁.

Hasilnya dapat lah beberapa ekor je udang nya. Sangatlah menguji ketahanan jiwa sebab udang asik lucut separuh air.

Setelah selesai memancing Aara bertanya “berapa daddy dapat udang?” Daddy pon jawap “dapat 10 ekor je kot”. Aara dengan spontan “banyak lah tu 10 ekor. Sebab 10 kan bigger than 1” 😅😅.

Pesanan Aara “lepas ni kalau daddy nak dapat lagi banyak daddy kene buat macam ni” (sambil tunjuk cara gulung pancing macam cara sental periuk) 🤣🤣.

“Daddy kene pusing laju-laju. Baru la dapat banyak. Kalau daddy nampak udang tu daddy ambik la pakai tangan” 😅😅😅.

Apapun, kami semua happy je sebab malam selepas memancing tu kami naik Melaka River Cruise sambil menikmati keindahan suasana sepanjang sungai.

Anyway terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Ajoi Speed dan Cikgu Sidi atas layanan yang sangat baik yang diberikan. Terima kasih juga kepada anda semua yang selalu mendoakan yang baik-baik kepada saya. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian dengan seribu ganjaran. Aminnn.

Insyaallah lepas ni akan repeat ke Gersik dan mungkin akan turun sekali dengan Icuk pulak 😁😁.

Sekian.

Menikmati suasana dulu sebelum nak gelapkan muka esok 😁😁
17/09/2025

Menikmati suasana dulu sebelum nak gelapkan muka esok 😁😁

Macam sama pulak muka nya kannnn 😜😜😜
17/09/2025

Macam sama pulak muka nya kannnn 😜😜😜

17/09/2025

Hadirrrrr ✅

Address

Kuala Selangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ujam Temkim Fishing Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ujam Temkim Fishing Channel:

Share