06/03/2025
Aku selalu nampak ramai bisnes owner yang buat servis rasa down gila bila leads slow, WhatsApp sunyi sepi, dan sales drop mendadak. Aku tahu perasaan tu memang berat, sebab aku pun pernah lalui benda yang sama dulu.
Bila leads slow, kita mula rasa insecure:
Risau sangat sebab customer makin tak nampak apa kita offer.
Sakit hati bila customer pilih pesaing walaupun kita rasa servis kita lagi bagus.
Frust sebab dah buat macam-macam, tapi customer tetap tak nampak credibility kita.
Kalau kau tengah lalui benda ni sekarang, aku nak share satu alternatif yang banyak tolong client aku naikkan leads semula: guna Meta Ads.
Caranya:
Buat copywriting yang betul-betul menyentuh masalah sebenar customer.
Target audience yang betul-betul tepat supaya setiap sen kau keluarkan berbaloi.
Sentiasa pantau dan optimize iklan guna data performance ads.
CTA (call-to-action) mesti jelas, bagi customer senang nak WhatsApp atau isi form.
Kalau kau betul-betul dah penat dan nak cepat settle isu leads ni, WhatsApp aku terus. Kita boleh sembang dulu, aku akan guide step-by-step macam mana nak improve benda ni cepat.
Tips mudah buat video pendek yang buat customer rasa nak WhatsApp:
Tunjuk hasil kerja kau sebelum & selepas.
Share sikit proses kerja, biar customer rasa confident tengok cara kau kerja.
Cerita sikit pengalaman sebenar macam mana kau pernah bantu customer selesaikan masalah mereka.
Highlight hasil customer dapat selepas kau settlekan masalah mereka.
Yang paling penting, letak ayat simple akhir video tu macam: "Nak result macam ni jugak? WhatsApp aku sekarang."