05/05/2026
Malaysia Best… Cuma Dunia Belum Kenal Betul-Betul
Kalau kita bayangkan pelancong dari Eropah nak datang ke ASEAN, biasanya mereka dah ada tujuan masing-masing. Ada yang nak tengok budaya, ada yang nak cari alam semula jadi, dan ada juga yang memang nak enjoy nightlife.
Kalau kita fokus pada golongan yang cari hiburan malam, jujurnya… Thailand memang akan jadi pilihan utama. Itu memang dah “positioning” mereka dari dulu lagi orang fikir Thailand, terus terbayang nightlife dia.
Jadi persoalannya, kenapa Malaysia nak cuba bersaing dalam benda yang bukan kekuatan utama kita?
Sebenarnya Malaysia ni ada banyak “natural advantage” yang orang lain susah nak lawan. Kita ada makanan yang pelbagai, dari street food sampai fine dining. Kita ada pantai dan pulau yang cantik, yang masih belum terlalu sesak. Iklim kita pun stabil, tak ada isu gunung berapi atau gempa bumi macam sesetengah negara lain.
Yang bestnya, semua ni kita dah memang ada tak perlu pun buat event besar-besaran semata-mata nak tarik pelancong.
Tapi kenapa masih belum cukup kuat untuk tarik pelancong yang betul-betul sesuai dengan apa yang kita ada?
Mungkin jawapannya simple, cara kita “jual” Malaysia tu belum cukup sampai. Marketing masih belum kena target, dan dari segi kemudahan pelancongan pun, pengalaman dia kadang-kadang belum smooth atau konsisten.
Hakikatnya, pelancong ni ada banyak kategori. Jadi mungkin kita tak perlu jadi semua benda untuk semua orang. Cukup kita fokus pada kekuatan kita sendiri, dan tarik golongan yang memang hargai apa yang Malaysia boleh tawarkan.