Oh My Tranung

Oh My Tranung Oh My Tranung! ialah platform media digital yang membawakan isu semasa,
berita tempatan Terengganu dan luar, suara rakyat serta info tular.

Pantas, berfakta dan berani.

"AKU PILIH TERENGGANU.." Aku tulis ni ketika perjalanan aku pulang dari Terengganu. Negeri yang kalau aku diberi pilihan...
14/07/2026

"AKU PILIH TERENGGANU.."

Aku tulis ni ketika perjalanan aku pulang dari Terengganu. Negeri yang kalau aku diberi pilihan untuk pilih negeri mana aku dilahirkan dan dibesarkan, aku akan pilih Terengganu.

Kenapa Terengganu?

Setiap kali aku pijak kaki ke tanah Terengganu, aku rasa negeri ini sangat diberkati. Kuala Terengganu terasa seperti Adelaide yang panas. Bandar tepi laut sangat berpotensi untuk membangun dengan pelbagai aktiviti. Bandar Adelaide dipanggil "festival state", Terengganu pun sama. Kan?

Negeri ini ada pantai yang paling cantik di dunia, ada pulau-pulau yang indah, ada air terjun yang permai, dan ada hutan hujan tropika yang lagenda. Apa lagi nak dipanggil kalau bukan diberkati? Itu sebab negeri ini terkenal untuk pelancongan dan sepatutnya menjadi "festival state" Malaysia.

Terengganu juga ada empangan Kenyir yang menjadi aset tadahan hujan negara , ada petroleum yang telah membangunkan Malaysia, ada banyak emas dalam tanah, ada bijih besi yang belum dikorek, ada balak yang berusia lebih 100 tahun, dan ada penyu. Ohya, orangnya juga begitu merendah diri dan bersopan santun.

Negeri ini juga ada budaya dan kesenian Melayu yang tulen. Makanan-makanan aslinya juga tidak mampu ditandingi keasliannya dan kelazatannya. Siapa boleh nafikan kesedapan keropok-keropok Terengganu? Kerepok lekor, nasi dagang, dan nasi kerabu Terengganu? Wajar Terengganu mengambil slogan Terengganu Truly Malaysia. Kan?

Dengan segala kelebihan yang Allah berikan kepada negeri Terengganu, aku berharap negeri ini menjadi negeri terbersih di Malaysia dan tempat terbersih dunia. Tandas-tandas awam dijaga bersih dan wangi. Sampah-sampah dikutip dan dibuang di tempatnya. Tiada pencemaran, tiada pengotoran.

Biarlah jalan raya pudar dan lapuk, tapi jalan raya dan sisinya bersih tanpa sampah. Biar takda bangunan tinggi, tapi bandarnya bersih tidak jumpa sampah. Biar tak ada projek berbilion-bilion diberikan kerajaan persekutuan tetapi sungai dan lautnya bersih dan jernih.

Biar tiada hotel 5 bintang, tapi akhlak orangnya 5 bintang.
Kalau cantik, tapi busuk pun tak guna. Kalau lawa, tapi pengotor buat apa kan. Terengganu memang dah cantik, dah memang lawa, hanya perlu bersih, wangi dan dijaga rapi. Betul tak?

Peruntukan kewangan mungkin boleh disekat, pembangunan infrastruktur boleh dihalang dan diganggu, namun perangai, mentaliti, adab dan akhlak datang dari diri sendiri, tiada siapa yang boleh sekat. Tiada siapa yang boleh halang kalau orang Terengganu nak jadikan negeri mereka, negeri paling bersih di dunia. Tiada siapa akan halang orang Terengganu nak jaga dan guna tandas dengan baik. Tiada siapa boleh larang orang Terengganu nak menjadi bangsa yang paling beradab dan berakhlak mulia.

Betul tak?

Apa kata orang Tranung kite? Boleh dok jadikang Ganu kite negeri paling bersih di dunie? Boleh kang?"
πŸ˜‰

Kredit : Aliff Ahmad III

Boleh awok-awok jaga kebersihan Tranung kite?

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Azizulhasni Awang atas Pengurniaan Darjah Bakti (D.B.) sempena Samb...
01/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Azizulhasni Awang atas Pengurniaan Darjah Bakti (D.B.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Tahniah Dato' Jijo "The Pocketrocket Man"

Jangan lupa follow page Oh My Tranung

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.WAKTU ARAB SA...
26/05/2026

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah 1447H - SELASA - 26 Mei 2026
Zuhur πŸ‡ΈπŸ‡¦ 12:18pm
Maghrib πŸ‡ΈπŸ‡¦ 7:01pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah 1447H - SELASA - 26 Mei 2026
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 1:18pm
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 7:23pm

Puasa pada hari SELASA 26/5/2026 (9 Zulhijjah 1447H) dikira Puasa Arafah.

*Adapun kita akui ada juga pandangan bahawa waktu mustajab doa wukuf untuk rakyat Malaysia: Selasa, 26 Mei 2026 | 5:18 petang – 12:01 malam (waktu Malaysia - ikut waktu sebenar wukuf di Arafah di Mekah)

Maka yang paling baik adalah tetap beribadah dan berdoa sepanjang Hari Arafah (Selasa, 26 Mei), termasuk berpuasa.

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

βœ”1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

βœ”2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

βœ”3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

βœ”4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

βœ”5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

βœ”6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

βœ”7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

βœ”8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

βœ”9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

βœ”10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

βœ”11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

βœ”12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam semua urusan hidup. Ya Allah, jangan biar aku bergantung pada manusia.

βœ”13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

βœ”14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

βœ”15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

βœ”16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

βœ”17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

βœ”18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

βœ”19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

βœ”20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

βœ”21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

βœ”22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

βœ”23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

βœ”24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

βœ”25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

βœ”26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

βœ”27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

βœ”28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

βœ”29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

βœ”30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

βœ”31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Moga Allah angkat doa kita semua. Aamiin Ya Rabbul Alamin.

Kredit post: owner

Berpuasalah sempena Tarwiyah,  (8 Zulhijjah). Yang nak keluar khilaf niatlah berpuasa sempena hari Isnin atau puasa 8 Zu...
25/05/2026

Berpuasalah sempena Tarwiyah, (8 Zulhijjah). Yang nak keluar khilaf niatlah berpuasa sempena hari Isnin atau puasa 8 Zulhijjah.

Jika tak mampu, puasa esok sempena Hari Arafah (Selasa, 9 Zulhijjah). Puasa Hari Arafah, Allah ampunkan dosa setahun yg lalu & setahun yg akan datang.

Tak mampu puasa? Sebarkan sahaja pada orang lain. Mana tahu ada yang terdetik untuk puasa, dengan niat kita pun terkena tempias ganjaran pahalanya. Insya Allah.

Amin.

Kredit post: Tengku Ahmad Safwan

Jangan lupa follow page Oh My Tranung

NSL Regional CupSambungan dari game sebelum ni Terengganu Marvels juara. Perlawanan pertama lawan KL Wildcats berjaya me...
15/05/2026

NSL Regional Cup

Sambungan dari game sebelum ni Terengganu Marvels juara. Perlawanan pertama lawan KL Wildcats berjaya menundukkan Wildcats. Untuk perlawanan kedua Regional Cup sekali lagi Terengganu Marvels berjumpa seteru utama Johor Jewels.

Sekali lagi Terengganu Marvels menunjukkan kehebatan kerana berjaya kalahkan Johor Jewels dengan perbezaan 2 mata saja. Hebat Tranungku. Tahniah Terengganu Marvels. Untuk game ketiga jumpa team Singapura. Semoga juara lagi untuk Regional Cup pulok.

Jangan lupa follow page Oh My Tranung

Hari ini 13/5/26. 10.00 pagi hingga 4.00 petang.Hok mane duduk beloh Kuala Nerus biasa lalu Drawbridge nok g ke bandor t...
13/05/2026

Hari ini 13/5/26.
10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Hok mane duduk beloh Kuala Nerus biasa lalu Drawbridge nok g ke bandor tuko haluan ke Jambatan Sultan Mahmud terus. Laluan Drawbridge tutup. Harak maklung.

Jangan lupa follow page Oh My Tranung

Makluman untuk rakyak Tranung dan Kelantan. Latihan oleh Tentera Darat Malaysia. Jangan lupa follow page Oh My Tranung  ...
10/05/2026

Makluman untuk rakyak Tranung dan Kelantan. Latihan oleh Tentera Darat Malaysia.

Jangan lupa follow page Oh My Tranung

Alhamdulillah..tahniah team nekball Tranung juara Liga Super Bola Jaring terik ning lawan Johor Jewels. Import Tranung k...
10/05/2026

Alhamdulillah..tahniah team nekball Tranung juara Liga Super Bola Jaring terik ning lawan Johor Jewels. Import Tranung kemah blake main. Ni baru btol import.

10/05/2026

Semoga berjaya
Terengganu VS Johor
Malam ini

09/05/2026

Selamat datang kepada semua peserta International Scooter Mega Gathering di Taman Syahbandar pada 6-10 Mei 2026 ke negeri paling bahagia. Semoga memberi kenangan terindah kepada yang datang ke negeri Terengganu. Negeri Cantik, Budaya Menarik insya Allah orangnya baik-baik.

Kredit post: Tengku Ahmad Safwan

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh My Tranung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share