Cerita Kuala Kedah

Cerita Kuala Kedah MEDIA KUALA KEDAH
Menyampaikan berita & isu semasa mengenai seluruh kawasan Kuala Kedah. Termasuklah, Kubang Rotan, Anak Bukit & Pengkalan Kundor.

12/09/2024

🏍Kedah Offroad Trail & Camping 2024🔥

Inginkan cabaran lasak dan pengalaman yang luar biasa? Jom sertai sertai Kedah Offroad Trail & Camping yang bakal menghimpunkan peminat permotoran lasak serta penggemar aktiviti perkhemahan.

🗓 Tarikh: 14-16 September 2024
📍 Tempat: Puncak Janing, Kedah

Nikmati keindahan alam Kedah sambil menakluk laluan offroad yang penuh dengan aksi. Jom bersama-sama memeriahkan acara yang epik ini!

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi; -
013-200 8435 (Gie Kola)

Sumber 📂: MyOverland Team





12/09/2024

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 1446H/2024M

Tarikh : 16 September 2024M/12 Rabiulawal 1446H (Isnin)

Jam : 8.30 Pagi

Tempat : Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman Alor Setar

Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir dan juga boleh mengikuti secara atas talian.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah


12/09/2024
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • ...
12/09/2024

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) • Melaka sehingga 10:00 pagi; Khamis, 12 September 2024.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Miri (Miri dan Marudi) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat) • WP Labuan sehingga 9:00 pagi; Khamis, 12 September 2024.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 7:00 pagi, 12 September 2024




10/09/2024
Satay gedabak? "gedabak" nih istilah yang selalu oqhang Kedah pakai, membawa maksud besaq tak sangga.Haaa tudia.. "sangg...
10/09/2024

Satay gedabak?

"gedabak" nih istilah yang selalu oqhang Kedah pakai, membawa maksud besaq tak sangga.

Haaa tudia.. "sangga" ni apa pulak? Maksud dia "sungguh". Makna kata satay ni besar sungguh!

Haishh laaa.. tu pun Pak Njang nak kena ajaq..

Oqhang Kubang Rotan jangan dok buat lekeh nahh.. hampa kalau nak try boleh mai dekat Taman Kubang Rotan Perdana. Pelbagai jenis makanan dan juadah disediakan di sini.

Macam-macam lagi kawan Pak Njang juai. Dari petang sampai lah ke malam!

Hampa jangan tanya Pak Njang Basir kata sedap ka dak, kena mai try dulu baru tau rasa lagu mana.

Pakat dok qalit apa lagi? Maih kaihhh!

-Pak Njang Basir

JIWA MERDEKA DENGAN MENCINTAI KELESTARIAN ALAM7 September 2024 - Inisiatif daripada wakil rakyat dengan kolaborasi NGO s...
09/09/2024

JIWA MERDEKA DENGAN MENCINTAI KELESTARIAN ALAM

7 September 2024 - Inisiatif daripada wakil rakyat dengan kolaborasi NGO setempat membersihkan alam sekitar berskala besar di Kuala Kedah.

Kerjasama diantara PKWR Kubang Rotan, Ikatan Belia Kuala Kedah, Malaysian Student Assocation AIU, Pelajar Kedah UKM, Majlis Bandaraya Alor Setar, Skuad Permintex, Ketua kampung & masyarakat setempat. Dianggarkan kira-kira lebih 100 sukarelawan terlibat secara langsung menjayakan program berkenaan.

Dimaklumkan, gotong-royong tersebut melibatkan kampung Lorong 8 & Pantai Leman, Kuala Kedah. Jelas sekali, program tersebut dibuat pada bulan sambutan hari Malaysia. Membawa imej yang baik kepada penduduk di Kuala Kedah dan pengunjung agar sentiasa mengamalkan nilai murni, melalui kesedaran individu terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Nukilan - Cerita Kuala Kedah

Dato Salleh Saidin Pak Njang Basir Ikatan Belia Kuala Kedah Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS Kedah Kini Kedah Online Kedah Tourism

08/09/2024
08/09/2024

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata koleksi surat tersebut juga berupaya membuka ruang penulisan semula naratif kedudukan Kedah dalam sejarah global suatu masa dahulu.

"Kira-kira 30 peratus daripada koleksi Surat-surat Light menyentuh satu episod kritikal dalam perhubungan diplomasi negeri Melayu iaitu Kedah dengan Inggeris dan beberapa negara Eropah lain serta Siam," kata beliau.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

08/09/2024
08/09/2024
08/09/2024
08/09/2024

Bohong la kalau cakap tak pernah main dulu2.

08/09/2024

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cerita Kuala Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share