03/09/2026
Kalau setiap keputusan masih perlu tunggu boss, mungkin kita bukan sedang membina team tapi kita sedang membina kebergantungan.
Team yang kuat bukan bila boss ada.
Team yang kuat ialah bila boss tak ada, bisnes masih boleh berjalan.
Itulah beza antara sekadar mengurus staf dengan membina pemimpin. 🔥
Satu hari, aku demam teruk. Tiga hari tak masuk pejabat.
Hari pertama aku masih balas WhatsApp dari katil. Hari kedua aku tertidur lepas makan ubat, bangun-bangun dah pukul enam petang.
Aku buka telefon. Empat puluh tujuh mesej belum dibaca.
Bukan mesej pelanggan marah. Bukan masalah besar.
👤: Boss, invois ni nak hantar hari ni ke esok?
👤: Boss, client B tanya boleh tak extend deadline dua hari. Saya nak jawab apa?
👤: Boss, sorry kacau. Tapi saya tak berani jawab dulu.
Aku baring situ, kepala masih pening, dan satu ayat terlintas dalam kepala saya:
"Semua benda ni mereka dah tahu jawapannya."
Mereka bukan tak tahu. Mereka tak berani.
Dan aku tahu siapa yang buat mereka jadi macam tu. Aku sendiri.
Selama dua tahun sebelum tu, setiap kali staf hantar kerja, aku semak. Nampak tiga benda boleh dibaiki, aku baiki dan hantar balik.
Dalam kepala aku waktu tu: "Aku tolong dia. Aku nak dia belajar standard yang betul."
Niat aku baik. Aku ambil berat. Tapi setiap kali aku betulkan, mereka belajar satu perkara yang aku tak pernah niat ajar:
🤦🏻♂️"Lagi selamat aku tanya dulu."
Sekali dua, mereka terima sebagai tunjuk ajar.
Sepuluh kali, mereka mula hantar kerja separuh siap sebab tahu akan diubah juga. Lima puluh kali, mereka berhenti fikir.
⚠️ Dalam mesyuarat, aku tengok mereka tunggu arahan, dan aku fikir "kenapa team aku tak proaktif?"
Aku yang latih mereka jadi macam ni. Bukan dengan sengaja. Setiap kali dengan niat baik.
Ni aku demam 3 hari dah macam ni.
Apa jadi kalau datang krisis betul?
⚠️ Bukan demam. KRISIS.
❗Pelanggan terbesar tarik diri. Kos naik mendadak. Orang kanan letak jawatan. Ekonomi ketat.
Krisis datang tanpa diduga. Dan hari tu aku faham satu benda.
Bisnes aku waktu tu bukan bisnes yang kuat. Bisnes aku masih muda lagi, baru je bermula.
Lepas tu aku buat satu perubahan yang bunyinya kecil.
⭕ Aku berhenti membetulkan kerja dan mula membentuk dan melatih staf aku.
Bunyi hampir sama, tapi hasilnya bertentangan.
❌ Betulkan kerja — siap hari ni, esok masalah sama datang balik.
✅ Bentuk orang — hari ni lambat sikit tapi tahun depan ada seorang lagi yang boleh putuskan tanpa aku.
Aku nak bagitau korang satu perkara penting,
Aku tak turunkan standard🙅🏻♂️
Standard tinggi tu kekuatan aku dan team director lain. Itu sebab syarikat ni wujud sampai hari ni.
Yang aku ubah cuma 'tempat standard' tu disimpan.
Dulu standard tu dalam kepala aku, dan aku check satu-satu.
Sekarang standard tu dalam kepala 9 orang managers dan HODs juga. Itu je bezanya 😎
Hari ni HitDigital ada lebih 30 orang dan dua cawangan.
Bisnes yang kebal krisis bukan bisnes yang tak pernah kena masalah.
Bisnes kebal krisis ialah bisnes yang bila masalah datang, ada 9 orang lain yang boleh berfikir dan bertindak.
Bukan satu orang.
Komen "KEBAL" kalau korang termasuk business owner yang ada ramai staf macam 9 orang aku.
Muhaimin Sakirin,
CBO HitDigital Marketing Sdn Bhd