
16/03/2025
Loke pemenang terbesar pemilihan DAP, kata penganalisis
Setiausaha Agung DAP Loke Siew F**k muncul sebagai pemenang terbesar dalam pemilihan parti hari ini, apabila desakan beliau supaya kepimpinan dikemudi generasi ketiga membuahkan hasil, menurut penganalisis.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata Loke berjaya menampilkan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang lebih muda dan majmuk, manakala Lim Guan Eng tersadung apabila ramai sekutunya gagal mendapat jawatan tertinggi.