PJJ UUM

PJJ UUM PJJ UUM - VKMB2031 PEMBANGUNAN MASYARAKAT III - PROGRAM KEMBARA ILMU “WECARE 4U” - KUMPULAN 3 1. Aminati Afzan binti Jamaludin (283149)
2.
(2)

Norhidayah binti Mamat Hari (283624)
3. Nor Azizah binti Hamzah (283293)
4. Farawanisalsiah binti Saberi (283173)
5. Nur Suhaidah binti Ali Rahman (283309)
6. Syahrul Nizam bin Othman (283554)

29/06/2023

Program Kembara Ilmu “wecare4u” di Kg Ulu Renggol Raub Pahang pada 24 Jun 2023





24/06/2023

Majlis Perasmian Program Kembara Ilmu: We Care 4 U

Jangan Lupa Janji Kita, LIVE esok 24.06.2023, Sabtu, Jam 8.30 pagi... Jangan Lupa ya ekkkk
23/06/2023

Jangan Lupa Janji Kita, LIVE esok 24.06.2023, Sabtu, Jam 8.30 pagi... Jangan Lupa ya ekkkk

Jom sama2 ke sana
21/06/2023

Jom sama2 ke sana

Lawatan Tapak Program bersama Tok Batin Kg AS Ulu Renggol Sega Raub Pahang
03/06/2023

Lawatan Tapak Program bersama Tok Batin Kg AS Ulu Renggol Sega Raub Pahang

24/12/2022
21/12/2022
21/12/2022

SCCA2073 - PERHUBUNGAN AWAM

    MPU1013 (KUMPULAN 11)(i) AMINATI AFZAN BINTI JAMALUDIN (283149)(ii) FARAWANISALSIAH BINTI SABERI (283173)(iii) MUHAM...
11/07/2022






MPU1013 (KUMPULAN 11)
(i) AMINATI AFZAN BINTI JAMALUDIN (283149)
(ii) FARAWANISALSIAH BINTI SABERI (283173)
(iii) MUHAMAD DOM BIN DIN (283240)
(iv) NOR AZIZAH BINTI HAMZAH (283293)
(v) NUR SUHAIDAH BINTI ALI RAHMAN (283309)
(vi) SYAHRUL NIZAM BIN OTHMAN (283554)
(vii) NORHIDAYAH BINTI MAMAT HARI (283624)

09/07/2022

CyberSecurity Malaysia atau dikenali sebagai CRM juga turut bersedia dengan ancaman jenayah yang melibatkan teknologi dan internet di negara ini. CSM telah membina Makmal keselamatan siber lengkap dan bertaraf dunia. Antaranya adalah seperti :-

i) Makmal Forensik Digital
Iaitu satu-satunya makmal forensik digital di Asia Pasifik diiktiraf serta mendapat akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Antarabangsa ANSI (ANAB) di bawah piawaian ISO/IEC 17025.

ii) Makmal Pengujian Keselamatan Malaysia (MySEF)
Makmal ini menyediakan penilaian dilesenkan di bawah Skim Penilaian dan Pensijilan Kriteria Bersama Malay- sia (MyCC) berdasarkan MS ISO/IEC 17025 bagi menjalankan perkhidmatan penilaian dan pengujian keselamatan ICT untuk mewujudkan persekitaran komputer yang selamat dan terjamin.

iii) Makmal Kriptografi CSM (MyCEL)
Makmal ini p**a memperoleh akreditasi dan pensijilan National Voluntary Laboratory Accreditation Program (NVLAP) Amerika Syarikat (AS), berupaya menyediakan perkhidmatan pengesahan dan penilaian modul kriptografi, di samping menjalankan penyelidikan dan pembangunan pelbagai bidang kriptografi yang kini merangkumi kajian dan pembangunan (R&D) dalam bidang teknologi lejar teragih atau blockchain (rantaian blok).

iv) Pusat Penilaian Kerentanan Malaysia (MyVAC)
Pusat penilaian ini ditubuhkan untuk meningkatkan ekosistem keselamatan maklumat nasional dan meningkatkan daya tahan negara terhadap ancaman siber serta eksploitasi disebabkan kelemahan keselamatan siber dalam teknologi dan sistem maklumat sedia ada. Perkhidmatan disediakan termasuk Ujian Penilaian Kelemahan (VAPT), Sistem Kawalan Industri (ICS) dan Kitar Hayat Pembangunan Keselamatan Perisian (SSDLC).

Selain daripada itu, CSM juga membangunkan garis panduan bagi memberikan panduan atau kaedah mengenai penggunaan dan pelaksanaan teknologi secara selamat, sekali gus melindungi maklumat kepada industri di Malaysia. Dengan gabungan kepakaran, keupayaan serta garis panduan keselamatan siber, negara sentiasa bersiap siaga menghadapi kemungkinan ancaman dan serangan siber.

Nor Azizah Binti Hamzah
283293

Malaysia telah menggubal 5 undang-undang siber khusus untuk menghalang aktiviti jenayah siber dari berleluasa antaranya:...
06/06/2022

Malaysia telah menggubal 5 undang-undang siber khusus untuk menghalang aktiviti jenayah siber dari berleluasa antaranya:

Akta komunikasi dan multimedia 1998
- Perlaksanaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, memastikan keselamatan bagi maklumat, rangkaian dipercayai dan kemampuan perkhidmatan di seluruh malaysia.

Akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia 1998
- Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai kuasa untuk menyelia dan mengawal aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan multimedia Malaysia,dan bagi perkara-perkara yang berkaitan.

Akta tandatangan digital 1997
- Tandatangan Digital adalah standard pengesahan identiti yg menggunakan teknik pengkripan bagi melindungi daripada pemalsuan e-mail.kon yang dikripkan mengandungi nama pengguna dan pengolahan bagi semua bahagian mesej.

Akta jenayah komputer 1997
- Akta Jenayah Komputer 1997, melindungi daripada penyalahgunaan komputer dan aktiviti jenayah komputer seperti penggunaan program komputer tanpa kebenaran transmisi tidak sah data atau mesej menerusi komputer dan pengodaman sistem dan rangkaian komputer.

Akta teleperubatan 1997
- Akta ini menyediakan pembangun masa hadapan penyelamat bagi penjagaan kesihatan di malaysia.
- Akta Teleperubatan 1997, memastikan hanya pengamal perubatan yg berkelayakan boleh mengamalkan teleperubatan dan dengan itu hak-hak dan keinginan pesakit mereka dilindungi.

Sumber dari Bernama
SYAHRUL NIZAM BIN OTHMAN
283554

6. Bekerjasama secara multileteral bagi membanteras jenayah siber.Jenayah siber ini merupakan polimek antarabangsa keran...
05/06/2022

6. Bekerjasama secara multileteral bagi membanteras jenayah siber.
Jenayah siber ini merupakan polimek antarabangsa kerana melibatkan banyak negara. Pihak kerajaan perlu bekerjasama dengan menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain dalam mengatasi jenayah siber. Ini dapat membantu kerajaan dalam meningkatan keselamatan siber negara setanding dengan yang maju seperti Amerika, United Kingdom dan lain-lain. Perkongsian maklumat dan kerjasama dengan adanya kepakaran teknologi luar menjadikan kita bersedia menghadapi ancaman siber contoh, apabila berlakunya transaksi pengaliran wang yang meragukan ke luar negara dan kita boleh melaporkan kepada negera berkenaan berkemungkinan berlakunya penggubalan wang haram dapat dikesan dan penjenayah berkenaan dapat di dakwa.

Aminati Afzan binti Jamaludin
283149

5.  Menggunakan perisian antivirus terkiniPerisian antivirus pada setiap peranti atau gajet haruslah yang terkini dan ti...
05/06/2022

5. Menggunakan perisian antivirus terkini
Perisian antivirus pada setiap peranti atau gajet haruslah yang terkini dan tidak luput bagi melindungi sistem peranti dengan perisian yang ada di pasaran seperti firewall, pop-up blocker, antispyware dan lain-lain perisian peranti yang boleh melindungan dari digodam oleh penjenayah siber. Antivirus juga boleh memberi perlindungan tambahan apabila membuat pembelian terutama pembelian atas talian. Antivirus yang berkualiti dapat membantu untuk melindungi peranti daripada kecurian identiti dengan memusnahkan spyware.

Aminati Afzan binti Jamaludin
283149

4. Meningkatkan Keselamatan Siber NegaraKerajaan telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 ...
05/06/2022

4. Meningkatkan Keselamatan Siber Negara
Kerajaan telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan siber negara. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Agensi keselamatan Siber Negara (NASCA) adalah bertanggungjawab untuk menggubal, melaksanakan, memantau dan meyelaras pelan tindakan jangka sederhana yang bersandakan kepada lima tonggak utama merangkumi 12 strategi, 35 pelan tindakan dan 113 program dalam mendepani sebarang bentuk ancaman siber. Semua pihak perlu mendukung usaha kerajaan dalam memastikan agenda keselamatan siber negara dapat dilaksanakan.

Aminati Afzan binti Jamaludin
283149

3. Memperkenalkan pendidikan beretika dalam penggunaan teknologi siberPerlu mempekenalkan pendidikan beretika dalam peng...
05/06/2022

3. Memperkenalkan pendidikan beretika dalam penggunaan teknologi siber
Perlu mempekenalkan pendidikan beretika dalam penggunaan teknologi pada semua institusi pengajian atau pendidikan. Hampir semua golongan masyarakat mempunyai peralatan seperti telefon pintar, gajet, laptop sebagai kegunaan seharian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak didik dengan cara yang betul. Justeru ini pendidikan di peringkat awal perlu dibuat di sekolah harian ataupun institusi pendidikan adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi beretika yang berilmu pengetahuan dan mampu mendidik masyarakat yang beretika dan membimbang masyarakat yang lain. Mendidik masyakat juga boleh dilakukan daripada media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan lain-lain bagi memberi pengetahuan tentang tidak membuka pautan emel yang meragukan atau tidak melayan panggilan telefon yang meminta membuat pindahan wang tanpa sahih perlu di didik kepada golongan kanak-kanak, remaja serta warga emas. Berikutan golongan ini yang mudah terpengaruh oleh penjenayah siber untuk mencari atau mengaut keuntungan melalui penipuan atas talian. Jika pendidikan awal ini berjaya, kita boleh meneruskan dan memperluaskan lagi pendidikan beretika dalam penggunaan teknologi siber ini dengan modul pembelajaran ke semua agensi kerajaan dan swasta dalam mendidik kepentingan keselamatan siber. Kini di sekolah-sekolah rendah telah diwujudkan kelas komputer bagi mmeberi pendedahan awal tentang penggunaan komputer dan internet secara tidak langsung etiks penggunaan teknologi ini dapat di serapkan didalam didikan beretika menggunakan teknologi ini.

Aminati Afzan binti Jamaludin
283149

2. Mengkaji dan menwujudkan undang-undang Pihak berkuasa sepatutnya mengkaji, mempekenalkan dan sentiasa menambah baik u...
05/06/2022

2. Mengkaji dan menwujudkan undang-undang

Pihak berkuasa sepatutnya mengkaji, mempekenalkan dan sentiasa menambah baik undang-undang serta mampu menghalang penjenayah siber dari memerangkap mangsa terutama masyarakat di Malaysia. Pihak kerajaan perlu lebih proaktif dalam mencari dan mengumpul pakar-pakar teknologi dalam memanifestasi fikiran untuk merangka undang-undang dalam mencegah jenayah siber. Masyarakat perlu lebih peka untuk membuat laporan kepada pihak berwajib atau pihak berkuasa sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan yang melibatkan jenayah siber agar penjenayah berkenaan boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan yang tegas. Pihak kerajaan juga perlu lebih peka kerana laman-laman sesawang kerajaan juga sentiasa menghadapi ancaman yang besar oleh penjenayah siber dan pihak kerajaan sedar untuk membina laman sesawang atau aplikasi berteknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas dari risiko jenayah siber. Sejak 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah ditubuhkan untuk menangani jenayah siber dan perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negera dapat dijamin sekaligus dapat meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan menarik pelabur asing dan berasa selamat untuk menggunakan infrasruktur dan teknologi di negara ini.

Aminati Afzan binti Jamaludin
283149

1. Memberikan Kesedaran melalui kempen iklanKempen melalui iklan sama ada menggunakan media cetak mahupun media elektron...
05/06/2022

1. Memberikan Kesedaran melalui kempen iklan

Kempen melalui iklan sama ada menggunakan media cetak mahupun media elektronik (digital) perlu diperluaskan lagi bagi mencapai Kke seluruh masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang teknologi terkini. Pelbagai taktik dan teknik licik penjenayah siber gunakan untuk mempengaruhi atau memerangkap mangsa, oleh itu pengasimilasi dalam pengiklanan serta kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat hari ini betul-betul memahami dan megambil serius berkaitan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi di telefon pintar, laptop atau apa-apa peranti. Masyarakat perlu ada sikap inteligensia dan madani dalam penggunaan aplikasi teknologi terkini dan paling penting perlu peka dengan taktik-taktik baru yang digunakan oleh penjenayah siber. Sekiranya berasa pelik dari penggunan aplikasi atau pun ada berubahan hendaklah dikongsikan agar boleh dijadikan rujukan kepada golongan pakar, dimana dapat memastikan perlu atau kesilapan yang telah berlaku tidak berulang dan dapat diatasi serta mengenal pasti jenis ancaman yang digunakan oleh penjenayah siber.

Aminati Afzan binti Jamaludin
283149

6 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBERAminati Afzan Binti Jamaludin 283149
05/06/2022

6 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JENAYAH SIBER
Aminati Afzan Binti Jamaludin
283149

KES JENAYAH DI MALAYSIAFarawanisalsiah Binti Saberi 283173
04/06/2022

KES JENAYAH DI MALAYSIA
Farawanisalsiah Binti Saberi
283173

Statistik Aduan👇👇Farawanisalsiah Binti Saberi 283173
04/06/2022

Statistik Aduan
👇👇
Farawanisalsiah Binti Saberi
283173

CONTOH KES PENCEROBOHAN JENAYAH SIBER!!!!!Sumber : Farawanisalsiah Binti Saberi 283173
04/06/2022

CONTOH KES PENCEROBOHAN JENAYAH SIBER!!!!!
Sumber :

Farawanisalsiah Binti Saberi
283173

Address

Persiaran Perdana, Presint 2
Putrajaya
62623

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PJJ UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PJJ UUM:

Videos

Share


Other Social Media Agencies in Putrajaya

Show All

You may also like