Ketua Pegawai Eksekutif Maidam

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

Sejak kebelakangan ini, jumlah agihan zakat lebih besar daripada jumlah kutipan zakat. Keadaan ini bersifat sementara. T...
25/09/2025

Sejak kebelakangan ini, jumlah agihan zakat lebih besar daripada jumlah kutipan zakat. Keadaan ini bersifat sementara. Tidak mudah mengekalkan keadaan ini. Sebagai contoh, jumlah agihan zakat pada tahun 2024 adalah sebanyak RM318 juta. Jumlah kutipan zakat hanyalah sekitar RM276 juta. Agihan melebihi kutipan bermakna MAIDAM perlu berikhtiar mendapatkan dana tambahan. Dana tambahan ini tiada kaitan dengan wang zakat yang dikutip pada tahun berkenaan kerana ia telah diagihkan 100% (wang zakat yang dikutip pada tahun berkenaan MESTI diagihkan pada tahun yang sama). Oleh yang demikian, strategi pengagihan dana zakat khususnya kepada asnaf fakir dan miskin, tidak dapat tidak, mesti beralih daripada pendekatan memberi tunai untuk meneruskan kelangsungan hidup kepada pendekatan yang menggabungkan pemberian tunai dan pembinaan keupayaan diri. Penerima bantuan yang sihat tubuh badan mesti dilibatkan dalam pelbagai program pembinaan keupayaan diri. Jika sebaliknya (tidak sihat tubuh badan), MAIDAM akan terus membantu kelompok ini dengan pemberian bantuan tunai.

MAIDAM sedang memperhalusi cadangan daripada pelbagai pihak tentang bentuk bantuan bukan tunai menerusi pelaksanaan KAHA...
12/09/2025

MAIDAM sedang memperhalusi cadangan daripada pelbagai pihak tentang bentuk bantuan bukan tunai menerusi pelaksanaan KAHA2025 yang akan beralih daripada bantuan tunai kepada bantuan bukan tunai. KAHA2025 akan diadakan selewat-lewatnya pada November 2025. Antara cadangan yang diberikan adalah pembayaran bil utiliti (bil elektrik dan bil air), pembelian pakaian seragam sekolah anak-anak, barangan makanan dan pembayaran rawatan kesihatan di klinik.

KAHA yang dilaksanakan mulai tahun 2022 adalah BANTUAN TAMBAHAN kepada pelbagai bantuan sedia ada dalam bentuk tunai. Ertinya, bantuan dalam bentuk wang tunai masih lagi dikekalkan menerusi pelbagai bantuan utama seperti bantuan bulanan (untuk asnaf fakir) dan bantuan sara hidup (untuk asnaf miskin). Bantuan tambahan lain seperti bantuan Ramadan juga masih dikekalkan dalam bentuk wang tunai. Semua wang zakat yang dikutip telah diagihkan dalam tahun yang sama. Tidak sekadar itu, jumlah wang zakat yang diagihkan (hampir 70% daripada wang kutipan zakat disalurkan kepada asnaf fakir dan miskin) jauh lebih besar daripada jumlah wang zakat yang dikutip. Sebagai contoh, walaupun jumlah kutipan zakat tahun 2024 cuma sekitar RM276 juta, namun jumlah agihan zakat pada tahun berkenaan melebihi RM318 juta. Jumlah kutipan dan agihan zakat ini sentiasa diaudit oleh Jabatan Audit Negara pada setiap tahun.

Meskipun pop**asi pembayar zakat MAIDAM adalah kecil, sama-sama kita berdoa agar jumlah kutipan zakat di Terengganu akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh MAIDAM. Alhamdulillah dan terima kasih semua pembayar zakat MAIDAM.

22/08/2025

KETIKA DATANG SESEORANG MEMINTA ZAKAT DARIPADA RASULULLAH SAW

“WAHAI Rasulullah SAW, berikan aku zakat,” pinta seorang pemuda Ansar.

Nabi bersabda kepadanya: “Apakah kamu punyai sesuatu di rumahmu?”

“Ya. Sehelai kain yang dipakai dan yang satu lagi dibuat lapik untuk duduk dan tidur. Juga kami punya sebuah gelas yang digunakan untuk minum,” jawab pemuda Ansar itu.

“Pulanglah kamu ke rumah. Bawa semua barang itu ke mari!” Arah Baginda.

Tatkala kedua-dua kain dan gelas itu dibawa, Nabi mengambilnya dan bertanya:

“Siapakah dalam kalangan kalian yang mahu membeli barangan ini?”

“Aku akan mengambilnya dengan harga satu dirham,” jawab seorang sahabat.

“Siapakah yang mahu membayar lebih daripada itu?” Nabi membuat tawaran. Diulangi sebanyak dua atau tiga kali.

“Aku akan mengambilnya dengan nilai dua dirham!” jawab seorang sahabat.

Lantas nilai dua dirham itu diambil dan Baginda Nabi memberi kesemuanya kepada lelaki Ansar itu dengan berpesan: “Nah! Gunakan satu dirham ini dan berikan makanan buat keluargamu. Selebihnya belikan sebilah kapak dan berikan kepadaku.”

Setelah beberapa ketika, pemuda Ansar itu datang dengan membawa sebilah kapak. Nabi mengambilnya dan mengikat sendiri kapak itu pada sebatang kayu.

“Pergilah kamu mencari kayu api dengan kapak ini. Aku tidak mahu melihatmu selama tempoh 15 hari!” arah Nabi.

Lelaki Ansar itu beredar. Menuruti segala pesan dan arahan Nabi yang mulia. Akhirnya, beliau kembali bertemu Nabi dengan poketnya terdapat 10 dirham.

Dengan wang itu dibelinya pakaian dan makanan.

Rasulullah lantas bersabda memberi pengajaran:

“Ini adalah lebih baik bagi dirimu daripada sikap s**a meminta-minta. Perbuatan itu akan menyebabkan kesan hitam pada wajahmu di akhirat kelak. Sesungguhnya meminta-minta itu tidak harus kecuali oleh seorang yang amat fakir, punyai hutang terlalu banyak lantas kesempitan membayarnya serta seseorang yang menanggung (diyat) saudaranya sedangkan dia sendiri tidak berkemampuan.” - Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Bukhari dengan jalur periwayatan dan lafaz berbeza.

KAPAK HIKMAT

Dalam dunia dongengan, barangkali kapak yang digunakan pemuda itu tadi akan dikenali sebagai ‘kapak hikmat’. Namun ini bukanlah sebuah dongeng kerana Rasulullah adalah insan berwahyu dan tidak berkata-kata mengikut hawa nafsu.

Ini adalah satu motivasi dan inspirasi Nabawi yang bernilai tinggi. Hikmat atau kesaktiannya bukanlah daripada kapak yang dipasang oleh Baginda, tetapi ‘hikmat’ dan keajaiban sebenarnya adalah pada hasil usaha, kerajinan, kesungguhan, daya kerja dan sikap positif pemuda Ansar tersebut.

Walaupun boleh sahaja memberi bantuan secara langsung kepada pemuda Ansar itu kerana Nabi merupakan pemerintah ketika itu, tetapi Baginda menggunakan kaedah ‘bantuan’ yang lebih bermakna dan berkesan.

Tambahan daripada itu, sikap pemuda Ansar itu yang positif, mendengar arahan Baginda tanpa memberi alasan, rungutan dan bebelan.

Menuruti setiap perancangan dan arahan Nabi dan terbukti selepas 15 hari, modal yang bermula dengan hanya satu dirham telah menjadi 10 dirham.

Bayangkan jika berlaku sebaliknya. Nabi terus memberikan bantuan makanan misalnya, berkemungkinan bukan 15 hari, tetapi dua atau tiga hari selepas itu, pemuda Ansar itu pasti akan datang meminta lagi.

NIKMAT YANG HILANG

Inilah nikmat yang hilang daripada peradaban masyarakat hari ini. Kegagalan pembinaan jati diri asnaf, sikap malas berusaha, banyak beralasan dan cerewet adalah sikap yang membunuh kemajuan serta kejayaan.

Perancangan dan arahan yang diabaikan, membuat tindakan yang merugikan adalah resepi kemusnahan yang sengaja diadun dek sikap negatif pada diri.

Yakinlah, apa jua nikmat, jika disalah guna pasti akan membawa bencana.

Paling menakutkan jika bencana itu datang dalam bentuk istidraj sehingga menyebabkan lemas dalam timbunan nikmat yang membawa kita semakin jauh daripada Tuhan.

Mekanisme zakat, sedekah dan seumpamanya hanya akan berjaya jika semua pihak sama ada pemberi, menguruskan, mengagihkan dan paling utama pihak yang menerima bersikap amanah dan penuh kejujuran.

Inilah hikmat sebenar yang perlu diperkasa.

Sumber:Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Mulai tahun ini, setiap penerima bantuan zakat dalam kalangan asnaf fakir dan miskin akan diperhalusi seorang demi seora...
18/08/2025

Mulai tahun ini, setiap penerima bantuan zakat dalam kalangan asnaf fakir dan miskin akan diperhalusi seorang demi seorang untuk dikategori sebagai SAMA ADA (1) asnaf yang perlu terus dibantu menerusi wang tunai langsung kerana masalah kesihatan atau (2) asnaf yang perlu dibantu menerusi pembinaan keupayaan (capacity building) kerana masih sihat tubuh badan. Pembinaan keupayaan diri ini akan membolehkan peningkatan pendapatan isi rumah. Insentif akan diberikan kepada mereka yang berusaha untuk keluar dari status sebagai penerima bantuan zakat. Pemberian insentif perlu lebih tertumpu kepada mereka yang ingin keluar dari status kemiskinan. Selama ini, penerima bantuan enggan keluar dari status kemiskinan kerana bimbang tidak lagi mendapat bantuan zakat. Justeru, ada sebilangan penerima bantuan menolak pemberian bantuan modal bantu niaga dan berusaha untuk terus kekal sebagai penerima bantuan zakat buat selama-lamanya. Kemiskinan adalah fitrah. Kemiskinan dan kekayaan adalah ujian. Ia mesti diurus dengan sebaiknya. Paling utama, bangkit dan tukar nasib!

Ya Allah bantulah para penerima bantuan zakat kami agar dipermudahkan segala urusan mereka dan in sya Allah menjadi pemb...
04/08/2025

Ya Allah bantulah para penerima bantuan zakat kami agar dipermudahkan segala urusan mereka dan in sya Allah menjadi pembayar zakat kelak.

88 likes, 12 comments. “Kefakiran dan kemiskinan itu bukanlah suatu penghinaan. Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat baginda juga adalah miskin dan kadang-kadang tiada makanan di rumah. Tetapi yang menyebabkan kehinaan itu ialah sikap malas berusaha dan tidak bersyukur dalam kehidupan. - Syeikh ...

Ya Allah bantulah penerima bantuan zakat MAIDAM agar dipermudahkan segala urusan.
14/07/2025

Ya Allah bantulah penerima bantuan zakat MAIDAM agar dipermudahkan segala urusan.

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mendedahkan terdapat penerima bantuan zakat di negeri ini yang secara s**arela...

Bolehkah angka asnaf fakir dan miskin di Terengganu diturunkan daripada 29 ribu lebih yang direkodkan pada tahun 2024 ke...
23/06/2025

Bolehkah angka asnaf fakir dan miskin di Terengganu diturunkan daripada 29 ribu lebih yang direkodkan pada tahun 2024 kepada angka semasa? Jawabnya, in sya Allah boleh. Asnaf fakir dan miskin yang sihat tubuh badan mesti dibantu dengan inisiatif yang mampu meningkatkan pendapatan isi rumah, bukannya bantuan tunai secara berterusan selain bantuan spiritual, emosi dan minda.

13/06/2025

Dalam satu ucaptama yang saya sampaikan, saya ditanya soalan begini oleh salah seorang peserta persidangan: “Ada penerima bantuan zakat yang akan BERUSAHA untuk terus kekal menjadi asnaf fakir dan miskin meskipun sihat tubuh badan. Mengapa perlu bersusah payah mendapatkan uang memandangkan mereka menerima bantuan zakat sama ada secara bulanan atau tahunan. Istimewa lagi di Terengganu, ada tunai tambahan seperti bantuan Ramadan dan KAHA. Ini belum termasuk bantuan tunai daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jika begitu realitinya, tidakkah kemiskinan MUSTAHIL dibasmi?

Bagaimana Baginda Nabi menyantuni orang miskin?
13/06/2025

Bagaimana Baginda Nabi menyantuni orang miskin?

Kemiskinan merupakan fenomena sepanjang zaman. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu pun ada orang miskin. Antaranya ialah golongan ahlus-suffah. Mereka hidup dalam keadaan dha`if. Namun begitu, tidak p**a diriwayatkan Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh mereka bekerja. Pada zaman itu juga ada seorang m...

Address

Kuala
20519

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Pegawai Eksekutif Maidam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share