Buku Resepi

Buku Resepi Portal Perkongsian Resepi Masakan Dan Kek serta Membekal kelengkapan untuk memasak dan membuat kek

24/09/2025

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami serta dosa ahli keluarga kami.
Aamin

Noor AtikaSebenarnya segan nak share 😅Ada ke peminat Kuih Lapis Pelangi💜💙💚💛❤️💗Kalau buat kuih kat rumah mesti tak habis,...
24/09/2025

Noor Atika
Sebenarnya segan nak share 😅
Ada ke peminat Kuih Lapis Pelangi💜💙💚💛❤️💗
Kalau buat kuih kat rumah mesti tak habis,
So bagi kat kwn office mkn 😆
Resepi
• 2 cawan tepung beras
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan tepung jagung
• 1 kotak kecil santan
• 3 cawan air masak
• 1 cawan gula (nak manis boleh lebihkan sikit)
• 1 sudu teh garam
Cara2
• Blend semua bahan
• Bahagikan kpd 6 bahagian (warna berlainan)
• Sapu minyak sikit kat bahagian dlm loyang supaya tak melekat (sy guna loyang saiz 9 inci)
• Kukus setiap lapisan selama 5 minit, dan 20 minit utk lapisan yg terakhir.
# minta halal yer yg punya resepi.. sy pun ambil dari fb

Sulaiman DaudKuih bahulu.sape suke kite geng..Resepinye..1 mangkuk gule1 mangkuk telur ayam gred c1 mangkuk tepung gandu...
24/09/2025

Sulaiman Daud
Kuih bahulu.sape suke kite geng..
Resepinye..
1 mangkuk gule
1 mangkuk telur ayam gred c
1 mangkuk tepung gandum(di keringkn/
Sangan)
Cara2 nye:
Satukn telur dan gule.pukul dengn kalajuan maksima sampai kembang.kemudian barula masukkn tepung gandum.perlahankan mixer.apabila tepung sudah sebti dengn adunan mtikn mixer.
Panaskn acuan didalam oven selama 30 minit..atau lebih.pastikan acuan betul2 panas klu x nnti bahulu melekat.
Keluarkn acuan.oleskn dengn minyk.tuang adunan keladlm acuan.jgn penuh sangat nnti bahulu x cantik.
Bakar dengn api atas bawah ye..suhu 230.selma 10 minit.atau pun sampai msak kekuningn.
Selamat mencube..

Nor AzaBila ada yg tnya resepi, sy share ja ya..🫶🧡Menu Ayam Rose ni tiap2 thn arwah mak masak time raya..Kiranya menu wa...
24/09/2025

Nor Aza
Bila ada yg tnya resepi, sy share ja ya..🫶🧡
Menu Ayam Rose ni tiap2 thn arwah mak masak time raya..Kiranya menu wajibbb kami adik bradik tiap kali raya😉 As for myself, sy selalu guna ayam kampung coz klau ayam biasa tu, akn allergic skit 😅😅 Dh tua2 ni mcm2 sungguh 😜
Ayam Masak Rose (Resepi Arwah Mak)
Ayam 1@2 ekor (garam + kunyit - goreng sekejap, xperlu garing sgt nanti keras)
15 ulas bawang merah*
7 ulas bawang putih*
1/2' halia*
Buah keras*
Cili kering*
* blend
1 biji bawang besar (mayang halus)
2 btg serai (titik)
4 sekawan
Tomato sup Kimball
Susu cair
Santan
Garam
Gula sedikit
Minyak sapi
Minyak masak
Daun pandan
Kaedah:-
1. Tumis bawang besar + 4 sekawan + daun pandan. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan blend + serai. Masak smpai pecah minyak. (Sy s**a pecah minyak 2@3 kali)
3. Masukkan air + tomato sup (jgn b*k nanti masam) + susu cair + santan + garam + gula (klau trlmpau pedas). Warna kuah merah2 rose gitu..
4. Dah mendidih boleh masukkan ayam yg digoreng td & klau s**a boleh masukkan kacang pea. Masak sekejap then tutup api..
5. Nk mkn boleh tabur daun sup.

Noor Hafiza MohamadAyam bakar madu bakar dalam air fryer kegemaran keluarga saya.Sesuai juga untuk makan dengan pencicah...
24/09/2025

Noor Hafiza Mohamad
Ayam bakar madu bakar dalam air fryer kegemaran keluarga saya.
Sesuai juga untuk makan dengan pencicah atau untuk menu nasi ayam ✌️.
Resepi ikut tekak sendiri je, kalau s**a boleh try dan sesuaikan dengan bahan yang ada dirumah😀
Perap ayam bersama bahan-bahan ini dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam @ semalaman
> Tumbuk / cincang bawang putih dan halia
> Serbuk lada hitam
> Garam, gula
> Sos tiram, kicap manis, madu
> Minyak bijan @ minyak masak
Bakar dalam air fryer pada suhu 200. Setkan masa 10 minit dan balikkan ayam set lagi 10 minit. Total bakar ayam 20 minit (suhu 200).
Boleh juga bakar dalam periuk ajaib dalam 20 minit.
Rahsia nak bagi ayam nampak cantik, hitam dan berkilat siram kicap manis sebelum bakar.
Kicap yang kita masukkan awal semasa perap akan jadi warna kelabu sebab bercampur dengan bahan-bahan lain.
Perap dengan minyak supaya ayam masak juicy.........................................................
Resepi pencicah:
>Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih.
>Masukkan cuka, limau nipis.
>Masukkan sos ikan (dah masin) dan gula putih/gula kabung.
>Masukkan hirisan daun ketumbar.
>Gaulkan semua.....Lebihkan rasa manis supaya kurang pejar cili.

Ameen FamiTadi nengok TT ada budak tu masak Ayam Masak Merah. Nampak menarik sebab bahan2 simple and mudah. Bila dah nak...
24/09/2025

Ameen Fami
Tadi nengok TT ada budak tu masak Ayam Masak Merah. Nampak menarik sebab bahan2 simple and mudah. Bila dah nak masak, cubalah rasa.
Yarabbi…apakah rasa ini 😆😆😆.
Adjust balik ikut my resepi slalu masak..Hahhhhh ni baru ayam masak merah. Baru lah sodap. Suh Khayra rasa, “Mom, nice mom. Dah sedap ni takyah tambah pape.”
Ok nice. Tutup api. Hidang kat meja.
Apepon, tahniah dik sebab berani mencuba. Practice makes improvements. Acik dulu pon anti masuk dapur. Tapi lepas dapat title CEO DAPOQ, acik makin improved skill memasak. Alhamdulillah.
Nah resepi sempoi Ayam Masak Merah Mameen share ngan korang.
Bahan-bahan
Ayam - Potong sederhana and goreng 1/2 masak.
Sejemput Cili Kering - Rebus & Blend halus
2 Biji bawang besar - 1 blend 1 potong bulat
Daun Ketumbar - Akar dan daun
5 sudu Cili sos
7 sudu Tomato sos
2 sudu sos tiram
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cuka / Asam keping secukup rasa
Cara masak.
Tumis cili & bawang guna minyak goreng ayam. Masukkan sekali akar daun ketumbar.
Dah pecah minyak masukkan sos cili, tomato, tiram, garam, gula & cuka. Rasa dah mesra, masukkan ayam.
Masak sampai ayam sebati ngan kuah ayam, dah boleh angkat and hidang. Tuk hiasan tu, kalau ada daun ketumbar ngan bawang goreng, boleh lah tabur atas ayam.
Eh jemputlah cuba tau. Dijamin SEDAP Kompom nasi seperiuk habis.☺️.

Kesavan SupramaniamKita buat kek simple 2x jeSICILIAN ORANGE CAKEHasilnya tetap awesome dgn kek yg gebu beraroma buah or...
17/09/2025

Kesavan Supramaniam
Kita buat kek simple 2x je
SICILIAN ORANGE CAKE
Hasilnya tetap awesome dgn kek yg gebu beraroma buah oren.
Asal usul resipinya dr Sydney
'According to Almost Bourdain... This Sicilian Orange Cake is the famous orange cake from the once popular Café Agostini (this cafe was closed on 22 July, 2005) owned by Margie Agostini, in the heart of Sydney ’s suburb for the rich and famous, Woollahra. Customers have often been heard to say that “Margie’s orange cake is to d,ie for'
Bahan bahan
250gm tepung naik sendiri
250gm mentega
250gm gula caster
4 biji telur
1 1/2 sudu teh parutan kulit oren
85ml jus buah oren yg baru diperah
Pukul gula dgn mentega sampai kembang. Tambah telur satu per satu. Sebatikan. Masukkan parutan kulit oren. Tambahkan tepung selang seli dengan jus oren. Kaup balik. Tuangkan dlm loyang telah digris dan dilapis dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak sempurna

Siti FatimahAssalamualaikumSlmt ptg☺Kek butterRESEPI KEK BUTTER Bahan-bahan:250 gram buttercup1cwn gula halus2 cwn tpg k...
17/09/2025

Siti Fatimah
Assalamualaikum
Slmt ptg☺
Kek butter
RESEPI KEK BUTTER
Bahan-bahan:
250 gram buttercup
1cwn gula halus
2 cwn tpg kek( blue key)
4 biji telur
2 sudu teh susu pekat manis
1 sudu teh perisa sunquick
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat:
** Pukul gula & buttercup hingga gebu/kembang (bahan A)
** Dalam bekas lain, pukul telur , esen vanilla Susu pekat & perisa sunquick hingga kembang
** Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam bahan A
** Masukkan tepung kek (di ayak terlebih dahulu)
** Gaul hingga sebati
Kemudian
Sapukan loyang dengan sedikit butter/margerin untuk elak melekat. Tuangkan adunan
** Bakar 45 min / 150 darjah celsius (mengikut oven msg²)
SELAMAT MENCUBA

16/09/2025

15/09/2025
15/09/2025

Nora Syikin Azmi
Puding Cendol yg sgt² sedap 🤤
Lapisan bawah(putih)
1pax agar² putih 10gram
700ml santan
150gm gula pasir
400gram cendol
Secubit garam
Masukkan semua bahan kacau sebati..dan masaka sampai mendidih..
Tuang dalam loyang 8..
Lapisan atas
1pax agar² serbuk (10gram)
700ml santan
200gram gula melaka (saya guna gula merah je)
Daun pandan
Secubit garam
Masak smua smpai betul² mendidih..tapiskan dan tuang secara perlahan di atas lapisan bwh..saya tuang dgn senduk..
Klau lapisan bwh terlebih keras boleh cucukkan dgn garpu baru tuangkan lapisan atas .
Sejukkan selama 3jam.. sumpah cakap resepi ni sangat sedap 🥰

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buku Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Buku Resepi:

Share