Resipi Masakan Melayu

Resipi Masakan Melayu 763,449 like this

17/09/2025

Di usia skrg, bukan lagi fikir malam minggu nk lepak mana, Tapi lebih fikir mcm mana cara tambah kewangan buat keluarga.

17/09/2025

"Hidup paling meletihkan bukan kerana kerja, tetapi kerana terlalu memikirkan kata manusia."

17/09/2025

Fakta orang yang sering membantu, tidak akan pernah minta tolong di saat dia susah

17/09/2025

Kalau hati nak tenang jangan tengok rezeki dalam pinggan orang lain. Fokus rezeki sendiri je.

16/09/2025
16/09/2025

Nor Khomariah Norrohman
Rezeki Hari ini, Siakap 3 Rasa, ikan hasil suami mancing...
RESEPI SIAKAP TIGA RASA
Bahan-bahannya :
1 ekor ikan Siakap.
tepung jagung secukupnya.
3 ulas bawang putih - cincang halus.
1 biji bawang merah - potong dadu.
2 keping nenas - potong dadu.
2 batang serai - potong serong.
2 biji tomato - potong dadu.
2 sudu besar sos tiram
3 sudu sos tomato.
3 sudu besar sos cili.
3 Sudu besar sos cili thai / cili kering kisar
1 sudu kecil nampla / sos ikan.
2 sudu besar jus limau @ air limau nipis.
Air secukupnya.
Minyak masak secukupnya.
Garam , gula dan perasa secukupnya.
10 biji cili padi thai merah dan hijau - potong kecil 2
Daun sup untuk hiasan
Cara cara memasak..
1. Ikan dibersihkan dan dan dilumur tepung jagung sehingga rata.
2. Goreng Ikan sehingga garing dan bila dah masak angkat dan toskan minyak..
3. Dan letakkan di atas pinggan.
4. Ambil sedikit minyak goreng ikan tadi kemudian Tumis bawang putih dan bawang merah dan serai sehingga wangi.
5. Masukkan segala jenis sos dan gaul sebati, biarkan seketika dan kemudian masukkan nenas, cili padi dan tomato gaul sebati.
6. Tambah air yang secukupnya agak2 je ye jgn cair sangat, kemudian masukkan jus limau, perasakan dengan garam, gula serta perasa.
7. Apabila kuah dah masak boleh lah tuang kat ats ikan dan tabur hiasan..siap...
Sedia untuk dihidangkan.

16/09/2025

Nur Saleza Salleh
Ayam goreng dah selalu sangat
Try ayam goreng pandan pulak.
Ayam potong kecik2
Daun pandan
Bawang besar 1*
Bawang putih*
Halia*
Lengkuas*
Serai*
Cabai kering*
Sos tiram*
Garam*
Gula*
Serbuk kunyit*
Bahan yang tanda * masuk dalam blender boh ayaq sikit.kisar sampai halus.
Perap dengan ayam dalam 1 jam
Balut dengan daun pandan
(kalau nak tengok cara balut boleh ke reels saya )
Goreng.

16/09/2025
16/09/2025

Nurul Aini Mohamed Ali
Ada yg lapar ke tu 😆
Home made ayam goreng mamak in da house yaw. Tayah p kedai mamak dh. Goreng sekor ayam bole mkn puas2.😋
Resepinya
1 ekor ayam
6 sbTepung jagung
6sb Tepung beras
3 tangkai daun kari
(Bahan utk dikisar)
6 ulas Bawang putih
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
1 sb lada sulah
Campur bahan yg dikisar bersama tepung. Gaul ayam. Perap 1 jam sebelum digoreng.

16/09/2025

Waheeda Ehsan Ahmad
Ayam goreng mamak style 😋
Cook by Nenek Lela 👩‍🍳
🍗Bawang putih,halia,bawng besar,lada (blend)
🍗Rempah kari ayam
🍗Tepung beras
🍗Tepung jagung
🍗Cili powder
🍗Serbuk kunyit
🍗Telur
🍗Garam
🍗Serbuk cukup rasa
🍗Sedikit serbuk pewarna merah(briyani)
🍗Perap sekali dengan daun kari
Ayam goreng je pun, tp sedapppp! Selamat mencuba 💋❤️

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resipi Masakan Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share