06/02/2025
[PENYELARASAN HALA TUJU EXCO HUBUNGAN LUAR DAN KORPORAT]
6 Februari 2025, Kuala Nerus- Majlis Tertinggi Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal (KMPST) UniSZA sesi 2024/2025 telah mengadakan satu perbincangan bersama Exco Hubungan Luar dan Korporat bagi membincangkan hala tuju exco berkenaan. Perbincangan penyelarasan tersebut telah diketuai oleh saudari Syarena binti Lagayan (Bendahari) dan dihadiri oleh dua exco tersebut iaitu saudara Muhammad Afif Hakimi bin Mohamad Ali dan saudari Nur Mastura binti Tajuddin. Perbincangan penyelarasan memainkan peranan penting dalam memastikan kelab ini sentiasa seiring dengan kelab kesenian dan kebudayaan yang lain di bawah naungan Pusat Kesenian dan Warisan.
Antara intipati perbincangan penyelarasan ini adalah proses penjanaan hasil melalui tajaan mahupun kolaborasi bersama syarikat, agensi atau pihak tertentu. Selain itu, prosedur menyiapkan laporan kewangan dan cadangan untuk bekerjasama bersama stesen radio terkemuka di Terengganu iaitu Manis fm. Perbincangan penyelarasan ini turut membuka peluang kepada kelab ini untuk menjalankan perniagaan secara kecil sederhana di hadapan Laman Temenggong, Pusat Kesenian dan Warisan bagi menambahkan pendapatan kelab yang boleh digunakan pada waktu mendatang. Exco ini turut mengutarakan cadangan dan pandangan untuk bekerjasama bersama kelab, persatuan dan sekretariat terutamanya dalam mempromosikan dan menghebahkan program sekiranya ada.
Semoga perbincangan penyelarasan ini dapat membawa perubahan positif bagi Kelab Media Seni dan Pengurusan Teknikal sesi 2024/2025. Selain itu, memberi ruang dan peluang kepada kelab ini untuk sentiasa bekerjasama dengan kelab, persatuan dan sekretariat yang lain demi memastikan objektif kelab tercapai.