Kepuk Kubur Batu Nisan Terengganu

Kepuk Kubur Batu Nisan Terengganu Menerima tempahan kepuk kubur dan batu nisan serta baik pulih kubur lama di seluruh terengganu Tempahan mengikut bajet pelanggan

28/07/2026

HUKUM DUDUK ATAS BATU NISAN

SOALAN :

Ketika dibawa jenazah ke kubur sementara menunggu siap ditanam ada orang yang duduk di atas batu nisan di kubur.

Apakah hukumnya duduk atas batu nisan?

JAWAPAN :

Menurut pendapat jumhur ulamak duduk di atas kubur tanpa hajat adalah makruh dan bersamaan hukumnya duduk di atas batu nisan jika batu nisan itu berada di atas kubur.

Dan setengah fuqahak mengharamkan duduk di atas kubur tanpa hajat.

Jika batu nisan yang tidak berada di atas kubur seperti telah beralih dari tempat asalnya maka tidak makruh duduk di atasnya.

Berkata Imam Nawawi :

عبارة الشافعي في الأم وجمهور الأصحاب في الطرق كلها أنه يكره الجلوس وأرادوا به كراهة التنزيه كما هو المشهور في استعمال الفقهاء وصرح به كثيرون منهم وقال المصنف والمحاملي في المقنع لا يجوز

Artinya : “Ibarat Imam As-Syafie dalam kitab Al-Umm dan jumhur ashab pada beberapa jalan sekeliannya dimakruhkan duduk atas kubur dan dikehendaki dengan makruh itu ialah makruh tanzih sebagaimana ia masyhur pada sisi fuqahak. Dan telah menerangkan dengannya olih kebanyakkan dari mereka itu. Dan berkata musonnif dan Syeikh Mahamili pada kitab Al-Muqni’ tidak harus.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Dan selain duduk itu dimakruhkan juga memijak dan bertekan dan bersandar atas kubur.

Tersebut pada kitab Syarah Mahallil ‘alal-Minhaj :

ولا يجلس على القبر ) ولا يتكأ عليه ( ولا يوطأ ) أي يكره ذلك إلا لحاجة بأن لا يصل إلى قبر ميته إلا بوطئه , قال في الروضة : وكذا يكره الاستناد إليه

Artinya : “Dan tidak boleh duduk atas kubur dan tidak boleh bertekan atasnya dan memijak atasnya artinya dimakruhkan yang demikian itu melainkan kerana hajat. Contoh kerana hajat itu ialah tidak dapat sampai ke tempat mayatnya melainkan dengan memijak. Berkata Imam Nawawi dalam Kitab Ar-Raudhah dan begitu juga dimakruhkan bersandar kepadanya.”

Kesimpulan

Makruh hukumnya duduk di atas batu nisan di sisi kebanyakkan ulamak dan haram ia di sisi sebahagian ulamak.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Pemasangan 1set nisan marble perempuan Mencari kepok dan batu nisan atau lain2 pertanyaan boleh hubungi 019-402 7971
28/07/2026

Pemasangan 1set nisan marble perempuan
Mencari kepok dan batu nisan atau lain2 pertanyaan boleh hubungi 019-402 7971

Kepok Kubur Kanak-Kanak Simen Putih – Reka Bentuk Rehal Yang Kemas & Tenang ✨Mahu pusara anak syurga anda kelihatan bers...
21/07/2026

Kepok Kubur Kanak-Kanak Simen Putih – Reka Bentuk Rehal Yang Kemas & Tenang

✨Mahu pusara anak syurga anda kelihatan bersih dan sentiasa terjaga?

Kami sedia membantu menyediakan kepok berkualiti tinggi.
✅Material simen bertulang tahan lama
✅Cat putih premium (anti-kulat & tahan cuaca)
✅Design rehal yang eksklusif dan unik
✅Siap dengan ruang taburan batu kerikil

Urusan mudah, cepat, dan dipercayai. Insya-Allah kami bantu mudahkan urusan anda.📞 Hubungi terus: 019-4027971

Address

Jalan Tepoh-Batu Rakit
Kuala Terengganu
21020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kepuk Kubur Batu Nisan Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share