Ustaz Zul Fadzli Hassan

Ustaz Zul Fadzli Hassan Pengajian Fardhu Ain dan Fadhu Kifayah peringkat Dewasa oleh Ustaz Zul Fadzli Hassan

20/07/2025

Bismillaah . Alhamdulillaah telah siap kitab yang terkandung di dalamnya :

1 : 'Ilmu tashawwuf yang melepasi tuntutan fardhu atas setiap mukallaf .

2 : Pelbagai 'ilmu yang dijadikan sebagai syarah bagi kitab Penawar Bagi Hati .

3 : Kemudahan bagi asatizah, bapa atau suami untuk mengajar 'ilmu tashawwuf ini kepada sekalian ahli .

4 : Syarah mengikut bahasa asal kitab dengan tulisan Rumi .

Sesungguhnya kitab ini sangat patut dimiliki dan dipelajari oleh setiap mukallaf dan sangat-sangat sesuai untuk diajarkan di masjid-masjid, surau-surau dan sebagainya . In syaa Allaah .

Barangsiapa yang berminat mendapatkan kitab ini, maka bolehlah hubungi admin Badan Ukhwah Darul Iman ( Budi Losong ) : 0146073123 . Sekian . Was Salaam .

18/11/2024

Berjalan Di Atas Muka Di Padang Mahsyar

Bismillaah . Sungguhnya berhimpun manusia di Padang Mahsyar itu bermacam-macam ahwalnya, tersebut di dalam hadits ada yang berjalan kaki dan ada yang menunggang tunggangannya dan ada yang berjalan dengan mukanya, maka haditsnya itu ada dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya ; Diriwayatkan daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada neneknya, katanya ; Telah aku dengar akan Rasullullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda ia :

‘ Bahawasanya sekalian kamu itu dikumpulkan dengan berjalan kaki dan menunggang tunggangannya dan dihela sekalian kamu atas muka kamu ’ .

Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi : Dan pada bab ini daripada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu . Katanya lagi : Bermula ini hadits hasan lagi shahih .

Masalah : Berjalan Di Atas Muka Bagaimana Terupa Pada ‘Aqal .

Sungguhnya berjalan di atas muka di Padang Mahsyar itu ada datang sebutnya di dalam Al Quran dan hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebagai datang satu riwayat :

Diriwayatkan daripada seorang Shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Anas radhiyallaahu ‘anhu bahawasanya seorang laki-laki berkata ia ; Ya Rasulullah, telah berfirman Allah Ta‘ala di dalam Al QuranNya kira-kira maknanya begini :

“ Sekalian orang yang dikumpulkan mereka itu atas mukanya kepada Neraka Jahannam ”,

Adakah yang dihimpunkan itu orang-orang kafir berjalankan muka, bagaimana rupa yang demikian itu ?

Bila didengar oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, lalu dijawab oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan pertanyaannya, sabdanya :

‘ Tidakkah Tuhan yang menjalankan kafir dengan dua kakinya di dalam dunia itu kuasa Ia menjalankan akan dia atas mukanya ’ .

Kata rawi bila didengar oleh seorang Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Qatadah, lalu berkata ia pada waktu sampai khabar ini ; Bahkan Amat Kuasa Tuhan itu Demi Kemuliaan Tuhan kami . Meriwayatkan hadits ini oleh Bukhari dan Muslim . Wallaahu a'lam .

17/11/2024

Pengajian Kitab Muqaddimah Ibaadah 17 Nov 2024 di Pondok Ustaz Mad Kecik Kg Dura Hulu Terengganu

17/11/2024

“ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah akan diri-diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada Neraka . Bermula bahan bakarnya ialah manusia dan batu ” . QS At Tahriim : 6 .

Bismillaah . Dan telah sebut Ibnu ‘Arabi bahawasa ini api yang ada di dalam dunia ini barang yang telah mengeluar akannya oleh Allah kepada manusia daripada Neraka Jahannam sehingga diselam akan dia di dalam laut dua kali . Dan ada yang mengatakan sehingga tujuh puluh kali . Dan jika tidak diselam akan yang demikian itu, tidak boleh ambil manfaat dengannya oleh seseorang pun daripada kerana panasnya dan memadalah dengan dia, ya’ni dengan ini api hal keadaannya jadi yang menakuti .

Dan selepas daripada diambilkan api dunia daripadanya, ya’ni daripada Jahannam itu dipernyalakan atasnya seribu tahun sehingga jadi putih ia kemudian dipernyalakan atasnya p**a seribu tahun sehingga jadi ia merah kemudian dipernyalakan atasnya seribu tahun p**a sehingga hitam ia, maka ia hitam lagi kelam dan panasnya iaitu hawaa΄ yang menghangus dan tidak ada bara baginya, ya’ni bagi Neraka itu selain daripada Bani Adam dan batu-batu yang diambil akan dia perbuat Tuhan yang disembah daripada selain Allah .

Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid .

17/11/2024

Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )

Bismillaah . Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Ummat Muhammad ini telah dikurnia Tuhan setuah-tuah ummat dan telah dilebihkan Tuhan daripada ummat-ummat Nabi yang dahulu beberapa perkara yang tertentu, satu daripadanya iaitu sebagai sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Ertinya :

‘ Kitalah orang yang akhir masa zhahir ke dunia, lagi orang-orang yang dahulu masa zhahir pada hari Qiyaamah ’ .

Maka jadilah ummat Muhammad itu ummat yang dahulu keluar dari bumi dan dahulu daripada segala ummat pergi berhimpun di Padang Mahsyar dan dahulu daripada segala ummat yang bernaung di bawah ‘Arasy dan dahulu daripada segala ummat diputuskan hukum dan hisab dan dahulu daripada segala ummat melalui Titian Shirath dan dahulu daripada segala ummat pergi masuk Syurga dan lebih banyak yang masuk Syurga, tiada boleh siapa dahulu daripadanya jikalau Nabi-Nabi sekalipun . Demikianlah datang pada khabar-khabar .

Maka kemudian daripada itu masuklah ummat Muhammad dengan berpuak-puak berikut-ikutan dan bershaf-shaf masuknya, maka puak yang pertama itu masuk Syurga dengan cukup perhiasannya dan mukanya gilang-gemilang seperti bulan purnama empat belas hari bulan . Demikianlah datang khabarnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda ia :

‘ Bermula awal puak yang masuk Syurga itu atas rupa bulan pada malam empat belas . Dan bermula puak yang keduanya atas rupa yang lebih elok daripada bintang yang mengerlap di langit, bagi tiap-tiap lelaki yang masuk Syurga daripada mereka itu dua isteri daripada perempuan lain daripada segala bidadari, atas tiap-tiap seorang daripada isteri itu tujuh puluh lapis daripada pakaian Syurga, nampak zhahir otak tulang betisnya dari belakang, ya’ni dari luar daging dan kulitnya ’ . Kata Abu ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi shahih . Wallaahu a'lam .

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .

16/11/2024

Fashal Pada Menyatakan Sabar

Bismillaah . ( Syahdan ) Hakikat sabar itu iaitu menahan diri daripada memarah atas sesuatu yang tiada disukainya dan menahan lidah daripada mengadukan kepada yang lain daripada Allah Ta‘ala . Dan sabar atas berbuat tha‘at dan meninggalkan ma’shiat itu iaitu fardhu atas tiap-tiap mukallaf .

Dan demikian lagi, sabar atas bala dan segala kesakitan itu fardhu atas tiap-tiap orang yang mukallaf . Adapun sabar atas berbuat yang sunat dan meninggalkan yang makruh dan yang mubah ( harus ) dan meninggalkan dunia yang lebih daripada hajat, maka iaitu sunat .

Dan demikian lagi, sabar atas membalas akan seorang yang menyakiti akan dikau atau menzhalimi akan dikau iaitu sunat dan pahala yang demikian itu amat besar seperti firman Allah Ta‘ala, ertinya :

“ Hanya sesungguhnya disempurnakan akan orang yang sabar itu akan pahala mereka itu dengan tiada dapat dikira-kira ” . Surah Az Zumar : 10

Dan Sabar Itu Tiga Martabat

Pertama : Sabar orang yang ‘awam, ya’ni kebanyakan manusia iaitu menahan atas segala kesusahan dan kesakitan yang diperlakukan akan dia oleh Allah Ta‘ala daripada segala hukumNya kerana ia menilik akan tsawab ( pahala ) sabar yang disebutkan Allah Ta‘ala di dalam Al Qur`an . Dan demikian lagi, sabar atas berbuat thaat dan menjauh akan ma’shiat kerana hendak pahalaNya dan takut akan seksaNya.

Kedua : Sabar orang muriidin yang telah ringan di dalam hati mereka itu segala kesusahan dan kesakitan kerana menilik mereka itu dengan mata hati mereka itu akan sesuatu yang datang kepadanya itu semuanya daripada Allah Ta‘ala, maka ketika itu tiada susah ia meninggalkan akan sekalian yang demikian itu dan tiada menilik mereka itu akan pahalanya dan tiada menilik akan takut seksa dan hanya sesungguhnya ia semata-mata mengikut suruh daripada Allah Ta‘ala yang tersebut di dalam Al Quran dengan firmanNya, ertinya :

“ Sabar oleh kamu bahawasanya Allah Ta‘ala serta orang yang sabar ” . Surah Al Anfal : 46 .

Ketiga : Sabar zaahidiin dan saalikiin, iaitu sabar atas segala hukum Allah Ta‘ala yang datang atas mereka itu serta berlepas mereka itu daripada ikhtiar dan tadbir kerana mereka itu telah melihat akan bahawasanya sekalian yang demikian itu daripada ketentuan Allah Ta‘ala dan tadbirnya yang di dalam azal, ya’ni di dalam Lauh Mahfuz tiada boleh berubah-ubah . Dan jika datang bala atas mereka itu atau sakit, maka iaitu telah tersurat pada Lauh Mahfuz, tiada boleh berubah-ubah padahal hati mereka itu redha akan segala yang dihukumkan Allah Ta‘ala baginya . Dan jika ada padanya zhahir badannya itu merasa susah dan sakit sekalipun tetapi hati mereka itu redha akan Allah Ta‘ala dan akan segala hukumNya . Dan dinamakan sabar ini akan ‘sabar ‘alallaah’, ya’ni sabar atas hukum Allah Ta‘ala dan qadhanya . Wallaahu a’lam .

Rujukan : Kitab Hidaayatus Saalikiin .

16/11/2024

Kelebihan Takbiiratul Ihram Ma΄mum Mengiringi Takbiiratul Ihram Imam

Bismillaah . Telah tersebut di dalam Kitab Syarhul Syihab : Diriwayatkan ada sekump**an pencuri telah mencuri mereka empat ratus unta dan empat puluh orang hamba sahaya bagi Abu Umamah Al Bahili, kemudian masuklah ia menemui Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan dukacita .

Maka ditanyanya oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Dari apa yang mendukacitakannya ’ ? Lalu ia pun mengkhabarkannya dengan peristiwa yang telah berlaku atas dirinya itu, maka bersabdalah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya :

‘ Aku sangkakan engkau berdukacita kerana luput engkau daripada takbiiratul ihram mengiringi takbiiratul ihramku ’ .

Maka jawab Abu Umamah ; Ya, Rasulullah, keluputan takbiiratul ihram itu bagi saya adalah lebih keras ( lebih besar lagi ) dari kehilangan itu semuanya ? ( ya’ni empat ratus unta dan empat puluh orang hamba sahaya yang dicuri orang itu )

Maka jawab Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya :
‘ Bahkan lebih keras ( lebih besar lagi ) daripada kehilangan unta sepenuh bumi ’ . Wallaahu a’lam .

Rujukan : Kitab Al Qaulu Tam Fi Ahkam Al Ma΄mum Wal Imam .

16/11/2024

Perihal Syurga ( Rupa Pohon Kayu Di Dalam Syurga )

Bismillaah . Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Di dalam Syurga itu ada pohon kayu yang menjadi tempat bersuka-suka orang-orang isi Syurga itu, maka pohon-pohon kayunya itu ada yang besar-besar sebagaimana tersebut di dalam hadits yang menunjukkan atas yang demikian itu . Maka haditsnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘’Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu daripada Rasuulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya telah bersabda ia :

‘ Bahawasanya di dalam Syurga itu pohon kayu yang besar-besar boleh berjalan penunggang kuda yang berlari dengan tangkasnya di bawah naungnya kira-kira seratus tahun ’ .

Kata Abu ‘Isa : Dan pada bab ini ada riwayat Anas bin Malik dan Abi Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhuma : Katanya lagi : Bermula ini hadits shahih .

Masalah : Naungan pohon kayu di dalam Syurga sangat lanjutnya

Maka tentulah lanjut dan panjang naungnya itu daripada besar pohon kayunya Demikianlah tersebut di dalam hadits seumpama yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sabdanya :

‘ Di dalam Syurga itu satu pohon kayu yang besar boleh berjalan penunggang kuda dengan memecut kudanya yang tangkas menjajahi bawah naung pohon itu selama seratus tahun tiada terhabiskan perjalanannya dan jajahnya ’ . Dan sabdanya : ‘ Itu naungan yang panjang sebagaimana tersebut di dalam Al Quran itu ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi : Bermula ini hadits hasan lagi gharib .

Dan ada tersebut di dalam At Targhib Wat Tarhib akan riwayat Ibnu Abbas menerangkan azh zhillul mamduud itu dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya ‘Abdullah bin Abbas radhiyallaahu ‘anhuma katanya :

‘ Bermula bayang-bayang yang lanjut itu iaitu satu pohon kayu di dalam Syurga berdiri atas batangnya, besarnya kadar boleh berjalan penunggang kuda yang dipecut pada naungnya seratus tahun tiada boleh meratai sekalian pihaknya, maka keluar ahli Syurga orang-orang dalam bilik-biliknya dan lainnya pergi ke bawah naungan kayu itu, lalu berbual mereka itu di bawah naungan itu dengan bermacam bualan jenaka dan macam cakap yang menyukakan hati ’ . Katanya : ‘ Maka di dalam hal itu datang ingin setengah mereka itu dan ingat akan main-mainan dalam dunia, maka diutus Allah akan angin bertiup sepoi-sepoi dari Syurga itu, lalu bergerak pohon kayu itu dengan mengeluarkan semua main yang di dalam dunia ’ .

Masalah : Pohon kayu Syurga itu berbatang besar dan cukup rendangnya, cukup ada dengan daun dan dahan-dahan dan batangnya sangat bagus warnanya iaitu semacam warna emas bersinar-sinar dan licin berkilau-kilau rupanya .

Demikianlah datang khabarnya sebagai yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu katanya : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Tiada dalam Syurga itu satu pohon melainkan batangnya daripada emas, ya’ni warna batangnya itu sebagai warna emas licin bersinar dan kuning ’ .

Kata Abi ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi gharib .

Satu lagi hadits yang menunjukkan atas yang demikian ada tersebut ia di dalam At Targhib Wat Tarhib iaitu katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu katanya, telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Bahawasanya di dalam Syurga itu pohon kayu batangnya daripada emas dan dahan-dahannya daripada zabarjad dan lu’lu’ supaya elok rupa nampaknya . Maka bertiup angin baginya, maka berbunyi ia akan bunyi yang bagus, maka tiada didengar oleh orang-orang yang mendengar apa suara sekali-kali lebih sedap bunyi daripadanya ’ .

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .

16/11/2024

Bismillaah . Dan telah sebut Ibnu ‘Arabi bahawasa ini api yang ada di dalam dunia ini barang yang telah mengeluar akannya oleh Allah kepada manusia daripada Neraka Jahannam sehingga diselam akan dia di dalam laut dua kali . Dan ada yang mengatakan sehingga tujuh puluh kali . Dan jika tidak diselam akan yang demikian itu, tidak boleh ambil manfaat dengannya oleh seseorang pun daripada kerana panasnya dan memadalah dengan dia, ya’ni dengan ini api hal keadaannya jadi yang menakuti .

Dan selepas daripada diambilkan api dunia daripadanya, ya’ni daripada Jahannam itu dipernyalakan atasnya seribu tahun sehingga jadi putih ia kemudian dipernyalakan atasnya p**a seribu tahun sehingga jadi ia merah kemudian dipernyalakan atasnya seribu tahun p**a sehingga hitam ia, maka ia hitam lagi kelam dan panasnya iaitu hawaa΄ yang menghangus dan tidak ada bara baginya, ya’ni bagi Neraka itu selain daripada Bani Adam dan batu-batu yang diambil akan dia perbuat Tuhan yang disembah daripada selain Allah . Wallaahu a'lam .

Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid .

15/11/2024

Live Kuliah Kitab Muqaddimah Ibaadah oleh Ust. Zul Fadzli(Baba Li Losong). Kitab ini merangkumi tiga Ilmu Wajib TAUHID FEQAH TASSAWUF agar lepas tanggunggan yg Fardhu keatas kita. Bantu kami dgn like & share agar Kuliah ini dapat memberi manfaat khususnya untuk ahli keluarga kita

Address

Jalan Masjid Losong Dato Amar
Kuala
DEWANBADANUKHWAHDARULIMAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Zul Fadzli Hassan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ustaz Zul Fadzli Hassan:

Share