AI News Fans

AI News Fans Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AI News Fans, News & Media Website, Jalan besrah, Kuantan.

Sudah hampir 100 hari pemergian arwah adik Zara Qairina 💔 Namun hingga kini, punca sebenar kepergiannya masih menjadi ta...
07/10/2025

Sudah hampir 100 hari pemergian arwah adik Zara Qairina 💔 Namun hingga kini, punca sebenar kepergiannya masih menjadi tanda tanya.

Perasan tak… kisah arwah Zara yang dulu memenuhi media sosial, kini makin senyap, makin tenggelam perlahan-lahan. Jangan biarkan kisah ini hilang begitu saja. Mari kita sama-sama teruskan suara dan doa untuk keadilan arwah adik Zara Qairina.

Biar pun tumpuan kini banyak diberikan kepada isu dan juga —
namun kisah arwah Zara jangan pernah dilupakan.
Dia juga berhak mendapat keadilan yang belum tertunai.

Al-Fatihah buat bidadari kecil syurga 🤍
Semoga kebenaran akhirnya muncul, dan keadilan berpihak kepada yang benar. ‎

"Alhamdulillah.."- Sanggup pergi ke turki?.. Netlzen sebak lihat vide0 Z**i Kirana bertemu suami tercinta.. ‎ ‎ ‎
07/10/2025

"Alhamdulillah.."- Sanggup pergi ke turki?.. Netlzen sebak lihat vide0 Z**i Kirana bertemu suami tercinta.. ‎ ‎ ‎

Baca Full Artikel

"We are not the story"Itulah kata-kata Greta ketika ditemubu selepas pembebasannya pada 6 Oktober, semalam.Tegas. Fokus....
07/10/2025

"We are not the story"
Itulah kata-kata Greta ketika ditemubu selepas pembebasannya pada 6 Oktober, semalam.Tegas. Fokus. Greta Thunberg.

Walaupun aktivis-aktivis lain sahkan Greta antara yang teruk disasarkan, tapi Greta tetap tenang dan fokus. Jauh sekali mengaku wira. Semua kata-katanya mengingatkan kembali dunia, G masih ditindas.

22 tahun sudah menggoncang dunia.

Baca Full Artikel

Lega dan syukur bila tengok deligasi Malaysia tersenyum selepas melalui pengalaman getir ❤️ ‎
07/10/2025

Lega dan syukur bila tengok deligasi Malaysia tersenyum selepas melalui pengalaman getir ❤️ ‎

Alhamdulillah, 23 orang wira dan srikandi kita sudah berlepas dari Terminal Khas di Istanbul, Turki untuk pulang ke tana...
07/10/2025

Alhamdulillah, 23 orang wira dan srikandi kita sudah berlepas dari Terminal Khas di Istanbul, Turki untuk pulang ke tanahair. Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul 9.45 malam ini. Selamat pulang ke Malaysia, kami semua menunggu kepulangan kalian 😊😊

Note : lega tengok Ardell Aryana pulang sekali

📷 : hilalazmi / 501awani

Video penuh 👇

Baca Full Artikel

Wanita tertua di Kelantan meninggal duniaAllahyarhamah Siti Liah Mamat menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.40 ...
06/10/2025

Wanita tertua di Kelantan meninggal dunia

Allahyarhamah Siti Liah Mamat menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.40 malam di sisi keluarganya. ‎

Baca Full Artikel

Setiba sahaja di Istanbul, saya bersama Dato’ Dr. Sany Araby terus bergegas untuk bertemu dengan kesemua anak-anak Malay...
06/10/2025

Setiba sahaja di Istanbul, saya bersama Dato’ Dr. Sany Araby terus bergegas untuk bertemu dengan kesemua anak-anak Malaysia peserta aktivis Sumud Flotilla.

Alhamdulillah, hampir keseluruhan delegasi dalam keadaan sihat dan akan dihantar untuk pemeriksaan kesihatan sesegera mungkin. Malah, mereka kelihatan stabil dan bersemangat untuk terus membela perjuangan pembebasan Palestin.

Semangat mereka itu sukar untuk saya gambarkan.

Kebanyakan daripada peserta aktivis terpaksa membuang telefon bimbit mereka di lautan kerana risau akan terlepas ke tangan rejim. Oleh itu, mereka kini berada di Istanbul jauh daripada keluarga tanpa telefon bimbit.

Lantaran itu, saya diamanahkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membantu sebaiknya agar permudahkan urusan mereka di Istanbul dan akan segera membawa pulang kesemua anak-anak Malaysia ini ke tanah air dengan selamat.

Kepulangan mereka kelak bukanlah satu pengakhiran kepada perjuangan menuntut kemerdekaan rakyat Palestin, tetapi bakal menjadi lambang bagaimana negara kecil Malaysia ini utuh prinsipnya dan punyai rakyat yang berani berhadapan dengan kekejaman kuasa besar.

Pohon doa rakyat dan sahabat semua untuk keselamatan pulang wira dan wirawati negara.



[TERKINI] ⚠️🍉Abang dedahkan panggilan telefon terbaru bersama Ardell Aryana. Ardell menangis ceritakan semula keadaan di...
06/10/2025

[TERKINI] ⚠️🍉

Abang dedahkan panggilan telefon terbaru bersama Ardell Aryana. Ardell menangis ceritakan semula keadaan di penjara. Tak makan/minum 4 hari. Namun dia amat sedih kerana masih ramai kawan GSF belum dibebaskan dari penjara. Tak sanggup nak dengar voice call ni sampai hujung, sedihnya suara tangisan tu 😭

Dr Fauziah Hasan9 tahun lalu, beliau menjadi wanita pertama Malaysia berlayar ke G dalam misi Women's Boat to G. Mengimb...
06/10/2025

Dr Fauziah Hasan
9 tahun lalu, beliau menjadi wanita pertama Malaysia berlayar ke G dalam misi Women's Boat to G.

Mengimbau kembali kisah perjalanan pada 2016, ketika itu kesemua sukarelawan hanyalah wanita.

Pada tahun 2025, nama beliau tercalon lagi dalam GSF gelombang ke-3. Kali ini lebih indah kerana perjalanannya ditemani suami, Prof Emeritus Mohd Alauddin.

Didoakan pasangan suami isteri ini bersama kesemua aktivis selamat sampai ke G❤️🤲

🕊️ Dokumen-Dokumen Lama Ini Buktikan Palestin Pernah Wujud — Sebelum Z Cuba MenafikannyaRamallah, Palestin – Beberapa ke...
06/10/2025

🕊️ Dokumen-Dokumen Lama Ini Buktikan Palestin Pernah Wujud — Sebelum Z Cuba Menafikannya

Ramallah, Palestin – Beberapa keping dokumen bersejarah yang tular di media sosial membuktikan dengan jelas bahawa negara Palestin pernah wujud secara rasmi, lengkap dengan kerajaan, pentadbiran, dan identiti kewarganegaraan sebelum era penjajahan moden.

Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon Amerika Jacob Berger berkongsi momen menyentuh hati apabila beliau memegang pasport asal Palestin bertulis “British Passport – Palestine” yang dikeluarkan pada tahun 1940-an semasa tempoh Mandat British.

Beliau menulis:

> “Honored to have my sister show me her family’s history in Palestine — they were kicked out after the Nakba.”

Buku pasport itu — berserta dokumen rasmi kerajaan seperti borang pencen “Government of Palestine”, surat rasmi pentadbiran Jerusalem, dan kad pos lama bertulis “Souvenir from the Holy Land – View from Ramallah” — kini menjadi bukti fizikal yang menangkis cubaan pihak tertentu untuk menafikan kewujudan Palestin sebelum tahun 1948.

---

📜 ‘Kerajaan Palestin’ Tercatat Secara Rasmi

Antara dokumen yang ditemui termasuk:

Pasport No. 259633 atas nama Mr. Bulus Suleiman Salah, dikeluarkan oleh “His Majesty’s High Commissioner for Palestine”.

Dokumen pencen rasmi bertajuk “Government of Palestine – Pensions Form”, lengkap dengan tandatangan pegawai kerajaan dan catatan gaji.

Kad ucapan lama “Christmas Greetings from Ramallah” yang menunjukkan penempatan moden Palestin ketika itu.

Semua dokumen ini membuktikan bahawa sebelum penubuhan Israel pada tahun 1948, Palestin mempunyai struktur pentadbiran rasmi, sistem pencen, dan rekod kewarganegaraan — suatu entiti yang sah di sisi undang-undang antarabangsa di bawah Mandat Liga Bangsa-Bangsa (League of Nations Mandate).

---

🧭 Fakta Sejarah yang Tidak Boleh Dipadam

Tempoh Mandat British di Palestin (1920–1948) menyaksikan pengeluaran dokumen rasmi seperti pasport, cukai, dan sistem kerajaan yang menggunakan nama Palestine secara jelas.

Melalui Palestinian Citizenship Order 1925, warga asal Palestin diiktiraf secara rasmi sebagai Palestinian citizens. Maka, setiap pasport dan surat rasmi bertulis “Government of Palestine” adalah dokumen sah antarabangsa yang membuktikan status kenegaraan Palestin ketika itu.

Namun selepas Nakba 1948, ratusan ribu rakyat Palestin diusir dari tanah mereka dan dokumen-dokumen seperti ini menjadi satu-satunya peninggalan identiti yang tersisa.

---

🚫 Cubaan Menghapus Sejarah

Dalam dekad-dekad berikutnya, terdapat usaha berterusan oleh pihak tertentu untuk menafikan kewujudan sejarah Palestin, termasuk menolak istilah “Palestinian people” dan menggambarkan tanah itu kononnya “tidak berpenghuni” sebelum 1948.

Namun, dokumen-dokumen seperti pasport dan surat kerajaan ini menjadi saksi bisu bahawa:

Palestin memiliki pentadbiran tersusun sebelum Israel wujud.

Warganya diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui dokumen rasmi.

Sejarah Palestin bukan sekadar naratif politik, tetapi realiti yang tertulis di atas kertas rasmi kerajaan.

---

🌿 Warisan Yang Tak Dapat Dihapus

Gambar-gambar yang kini tular itu bukan sekadar memorabilia — ia adalah bukti kewujudan bangsa dan negara Palestin yang cuba dipadam daripada peta dunia.
Setiap cop mohor, tandatangan, dan tulisan “Government of Palestine” membawa mesej jelas kepada dunia:

> “Kami pernah wujud — dan kami masih di sini.”

---
Sumber: Instagram , rekod sejarah British Mandate of Palestine, League of Nations Archives ‎

Pohon doa orang ramai, ardell aryana jatuh sakit. Suami dedah keadaan terkini beliau ‎ ‎
06/10/2025

Pohon doa orang ramai, ardell aryana jatuh sakit. Suami dedah keadaan terkini beliau ‎ ‎

Baca full artikel

Aktivis Malaysia adik-beradik Nur Hazwani dan Nur Heliza Helmi yang merupakan antara peserta pelayaran kapal Global Sumu...
06/10/2025

Aktivis Malaysia adik-beradik Nur Hazwani dan Nur Heliza Helmi yang merupakan antara peserta pelayaran kapal Global Sumud Flotilla yang telah ditahan oleh tentera Israel, dilihat berjalan selepas tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turki menaiki penerbangan khas.

Address

Jalan Besrah
Kuantan
25300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AI News Fans posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share